Menjadi ibu adalah satu dunia baru yang wanita akan teroka. Ia penuh dengan kecelaruan tapi ia adalah kecelaruan yang anda seronok menikmatinya. Baik untuk yang baru bergelar ibu, atau ibu yang baru melahirkan anda kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, pengalaman menimang cahaya mata setiap kalinya berbeza, dan banyak ragam tentang ibu yang anda akan explore!
Tapi yang pasti akan ada persamaan tentang ibu yang anda alami, nak tahu apa dia? Jom semak senarai di bawah!
Pengalaman ‘unik’ yang pasti ibu-ibu lalui apabila bergelar ibu
#1. Ketagih bau bayi sendiri
Memang susah nak stop cium anak sendiri tau, tak kiralah ni bayi yang ke berapa, asal bau bayi mesti buat ibu-ibu nak cium lagi dan lagi. Seperti ketagih pula, kalau boleh nak letak saja muka ni kat atas bayi sendiri. Ada manfaat tau suka bau bayi ni, sebenarnya bau bayi membantu ibu untuk mengenal mereka dan merapatkan hubungan. Kajian menunjukkan, ibu yang bau bayinya, otak tengahnya akan bercahaya. Jadi teruskan bau bayi banyak-banyak lagi!
#2. Asyik tengok bayi anda dan periksa pernafasan dia
Ya, saat anda bergelar ibu mulalah satu fasa kerisauan yang tiada penghujungnya. Tengah-tengah malam anda akan terbangun periksa bayi anda walaupun dia tak menangis atau merengek. Rasa paranoid tu mungkin akan hilang apabila bayi anda sudah membesar sikit. Tapi kerisauan tu berkekalan ya!
#3. Mendokong bayi anda lama-lama
Banyak sebenarnya benda nak buat ni, tapi tak mengapalah nampak sedap je bayi tidur di pangkuan, letak nanti menangis pula. Tu semua alasan saja. Anda memang suka kan pegang bayi lama-lama? Seronok pula rasa bila bayi tidur di pangkuan kan. Tapi jangan dilupa baju-baju yang menimbun masih tak dilipat, susu tu kena pam, botol susu anak kena sterelized dan banyak lagi!
#4. Ada saja benda tak kena mesti google!
Tak kiralah jika ada benda baru yang anda lihat pada bayi anda baik dari kelakuan atau perubahan pada bayi, pasti anda cepat-cepat ambil telefon bimbit dan cari di internet kan? “Taip..mengapa bayi saya senyum ketika tidur..” Apabila keluar di carian menyatakan ia normal, barulah lega hidup anda. Betul tak?
#5. Kongsi gambar anak di media sosial
Ya semua orang faham anda obses dengan bayi anda sendiri. Mula dengan bayi baru lahir, lepas itu cukup 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan dan seterusnya. Siap ada sesi penggambaran! Habis media sosial dibanjiri dengan gambar-gambar anak, gambar awak tu satu pun tak ada. Biasalah mak-mak memang begitu ya. Nak cipta memori katanya. Kalau siapa yang tak nak tengok tu, boleh suruh mereka unfollow kejap. Tunggulah anak tu dah masuk sekolah rendah ke universiti ke. Baru boleh follow balik.
#6. Tugasan laundry tiba-tiba jadi banyak
Dengan socks, mitten, tuala kecil untuk muntah dan air liur bayi, tuala mandi tukar hari-hari, baju tukar 3 kali sehari, topi, barut bayi campur baju anda lagi. Eh, bila nak habis basuh baju ni? Masuk waktu menjemur pun jenuh juga, apatah lagi waktu melipat, untunglah siapa yang ada Confinement Lady. Untuk bayi seterusnya jangan lupa booking awal-awal ya!
#7. Rambut gugur segenggam setiap masa
Ini antara fakta tentang ibu baru yang saya tak tahu dulu! Mula-mula panik juga dibuatnya, mana tidakya asal nak tanggal getah rambut je segenggam yang gugur. Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil.
Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam badan ibu akan berkurang dengan mendadak, bersama dengan kesan-kesan positifnya.
Rambut-rambut, yang gugur dalam tempoh ini, sebenarnya adalah rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.
Tetapi jumlah estrogen yang tinggi dalam badan ibu ketika hamil telah melambatkan proses ini. Jadi jangan risau, ia normal ya!
#8. Overpacking tapi masih ada barang tinggal
Tak kiralah nak pergi bercuti ke, balik kampung ke, nak pergi mall sekejap ke. Mesti anda suka bawa barang bayi lebih dari yang sepatutnya kan? Yang tinggal almari bayi je, kalau boleh bawa, dah lama anda bawa. Tapi yang tak syoknya, bila dan bawa macam-macam barang, malangnya ada saja barang penting yang tertinggal. Kalau tak puting bayi, susu bayi, kalau bukan susu mesti botol susu. Ada sajalah yang tinggal.
#9. Pakai baju kotor dan yakin
Dah jadi ibu, kalau boleh elakkan nak berangan pakai baju putih. Alamatnya baru keluar rumah nanti, tiba-tiba ada saja calitan misteri. Memang tak boleh nak elak, melainkan anda tak sentuh langsung bayi anda, boleh ke? Mestilah tak. Jadi nak buat macam mana ibu-ibu semua kalau tiba-tiba ada kotoran di bahu, di perut si seluar? Wipes sajalah caranya kalau tak hilang juga, yakin sajalah keluar dengan baju kotor. Dan kalau boleh pakailah baju rona gelap untuk selamat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Buzzfeed
Baca juga:
Bau bayi bukan saja wangi tapi sains juga buktikan apa kepentingan bau wangi ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!