Waktu tidur adalah tempoh paling nikmat bagi menghilangkan penat lelah selepas seharian bekerja atau menguruskan anak-anak. Ketika menyusun perabot dalam bilik, ramai mengelakkan dari letak katil tidur menghadap kiblat.
Ibu ayah dan nenek kita juga mempraktikkan hal yang sama sehingga mungkin ada diantara anda tertanya-tanya apakah hukumnya jika meneruskan tidur dengan kedua belah tapak kaki dilunjurkan menghadap kiblat.
Hukum tidur menghadap kiblat mengikut pandangan Ustaz Azhar Idrus
credit to sources
Soalan:
Adakah benar haram hukumnya jika kita tidur dengan kaki menghala ke arah kiblat?
Jawapan:
Sebenarnya, tidur dalam kedudukan kedua-dua kaki menghadap ke arah kiblat adalah harus dan tidak diharamkan kecuali jika tidur seorang itu dihadapan Ka’bah maka sebahagian fuqahak menyatakan sebagai makruh.
Berkata Mufti Mesir Dr Ali Jumaah:
”Dengan dinisbahkan kepada dua tapak kaki pada arah kiblat, saya belum temui nas pada Quran dan Sunnah barang yang menegah akan demikian itu.
Maka tidak ada di sana dalil atas haramnya menghalakan kedua tapak kaki ke arah Kaabah kecuali sungguhnya telah tersebut pada adab-adab sebahagian solihin bahawasanya orang Islam kerana memelihara segannya daripada Allah tidak ia luruskan kedua tapak kakinya ke arah Kaabah.”- Fatawa Dr Ali Juma’ah
Telah berkata Imam Ibnu Muflih:
”Bukan seorang dari ulamak mazhab Hanafi menyebut bahawa dimakruhkan meluruskan dua kaki menghala kiblat pada ketika tidur atau lainnya.
Dan hukum ini jika menghendaki mereka itu dengannya ialah di sisi Kaabah.
credit to sources
Dan jika menghendaki secara mutlak sebagaimana ia yang zahir maka kemakruhan itu memerlukan dalil disisi syarak.
Dan sungguhnya telah sabit pada jumlah menghukumkan dengan sunat atau harusnya (kaki arah kiblat) sebagaimana pada hukum membaringkan mayat.”
Kesimpulannya yang dikatakan makruh tidur dalam kedudukan meluruskan kedua kakinya menghadap kiblat ialah apabila berada dekat Kaabah.
Berkata ulamak dalam beberapa tulisan mereka:
”Maka tiada tegahan daripadanya kecuali sungguhnya sebahagian ulamak memakruhkan bahawa dihanjurkan kedua kakinya ke arah kiblat apabila adalah dia dekat daripada kiblat makruh yang demikian itu sebagai makruh tanzih.” -Al Mauzu’atul Fiqhiyah/ Fatawa Baitulmaqdis/ Fatawaonline
Tidur menghadap kiblat, ketahui cara Nabi Muhammad tidur
Gaya tidur yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah cara paling sihat sehingga ia diakui oleh kebanyakan pakar kesihatan. Berikut beberapa cara yang boleh anda amalkan:
#1. Memadam lampu
credit to sources
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari, Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ”Padamkanlah lampu-lampu di malam hari ketika kalian tidur malam, kuncilah pintu dan tutuplah bekas, makanan dan minuman.”
Apakah hikmah disebalik ajaran Rasulullah ini? Menurut sebuah kajian yang dilakukan ahli biologi, Joan Robert menunjukkan tubuh berupaya menghasilkan hormon melatonin ketika tiada cahaya. Ia berfungsi meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga kesihatan jantung, mengatasi peningkatan kolesterol dan antikanser.
#2. Posisi tidur mengiring ke kanan
Dipetik dari laman bersamadakwah.net, Ustazah Ida Nur Laila menjelaskan bagaimana anjuran posisi tidur pasangan suami isteri adalah sesuai dengan sunnah Rasulullah.
”Posisi tidur suami isteri sesuai sunnah Nabi, suami isteri tetap mengiring ke kanan. Isteri ada di depan, suami boleh memeluk isteri dari belakang.” jelasnya.
Kajian yang diterbitkan dalam The Journal of American College of Cardiologi, tidur mengiring ke kanan adalah lebih selesa kerana jantung yang berada di bahagian kiri tidak bertindih oleh organ lain. Ini sekaligus mengurangkan risiko kegagalan fungsi jantung.
#3. Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan
Nabi lebih selesa tidur dengan beralaskan tikar yang dibuat dari kulit binatang dan diisi dengan sabut. Posisi tubuhnya menghadap ke arah kanan dan tidak pernah bertelungkup. Kepalanya diberi alas sebagai bantal, namun kadang-kadang menggunakan salah satu tangan yang diletakkan di bawah pipinya.
Ternyata tidur beralaskan tangan membuatkan posisi kepala, leher dan punggung tercipta garis lurus. Ia turut mengelakkan berlaku sakit leher setelah bangun dari tidur.
Sumber: Aku Islam, Liputan6
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Biarkan Anak Yang Sudah Bersekolah Tidur Bersama Ibu Ayah, Ia Kesilapan Besar!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!