Menjadi ibu bapa buat kali pertama adalah tugasan yang sangat mencabar. Jadi, anda perlu siapkan diri anda dengan 8 tips penjagaan bayi baru lahir ini supaya tak kelam kabut nanti!
Penjagaan bayi baru lahir di hospital
Jika bayi lahir dalam keadaan yang sihat dan tak memerlukan bantuan perubatan, badan bayi akan dikeringkan dengan tuala hangat.
Kemudian, bayi akan dipindahkan ke kain kering untuk mengelak hiportemia. Proses pengeringan juga dilakukan untuk buat bayi menangis.
Doktor kemudian akan buat pemeriksaan fizikal untuk mengagak ukuran bayi, periksa alat kelamin mereka, keabnormalan kongenital atau masalah lain.
Tali pusat bayi kemudian akan diikat dan kemudian doktor akan meletak bayi ke atas perut atau dada ibu untuk sentuhan kulit ke kulit dan menstimulasi penyusuan.

Semasa dalam rahim, bayi berada pada suhu hangat dan bila mereka dilahirkan, suhu turun lebih rendah hingga mereka mempunyai risiko untuk mendapat hiportemia.
Kerana ini, sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sangat penting. Bayi akan dapat menghangatkan badan mereka secara semula jadi dengan suhu kulit anda.
Ketika bayi diletakkan di dada, bayi anda akan mencari puting untuk melakukan proses stimulasi penyusuan. Proses ini dapat meningkatkan sistem imunisasi bayi dan merangsang pelepasan oxytocin pada ibu.
Apabila anda sudah boleh pulang ke rumah, bersiap-sedia untuk melakukan 8 tips penjagaan bayi baru lahir ini pula! ;)
8 tips penjagaan bayi baru lahir di rumah
1. Rambut dan kulit kepala

Cuci rambut bayi menggunakan syampu yang khas untuk bayi sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok rambut bayi perlahan-lahan dan bilas hingga bersih dengan tangan. Jangan sampai kena mata ya!
Jika anda lihat kulit kepala bayi berkerak, ia normal dan dipanggil sebagai cradle cap. Kerak ini boleh dibersihkan dengan baby oil.
Caranya, letak baby oil pada kulit kepala bayi dan biarkan selama 10-15 minit. Bersihkan dengan kapas atau cotton bud perlahan-lahan dan kemudian cuci hingga bersih.
2. Mata bayi
Untuk membersihkan kotoran atau tahi mata, basahkan kapas bersih dengan air masak. Sapu dari arah dalam ke luar. Ganti kapas baru untuk membersihkan mata lagi satu.
3. Hidung dan telinga

Hidung sudah mempunyai fungsi pembersih sendiri dan tak memerlukan penjagaan khusus. Tapi, jika ada cecair atau kotoran yang dilihat terkeluar, anda boleh bersihkan bahagian luar hidung mereka saja.
Sama juga dengan telinga, anda hanya perlu membersihkan bahagian luar telinga saja. Cuping telinga boleh dibersihkan semasa anda memandikan bayi anda dengan menggunakan kapas atau kain bersih.
4. Mulut
Jika lidah bayi putih kerana susu yang mereka minum, bersihkan dengan kapas yang dibasahkan dengan air masak. Jangan lupa untuk pastikan tangan anda bersih sebelum membersihkan mulut bayi.
5. Tali pusat

Anda perlu berhati-hati dengan tali pusat bayi kerana ia mudah terkena jangkitan. Jika tali pusat terkena air semasa mandi, keringkan dengan kapas atau kain bersih.
Tali pusat bayi biasanya akan putus satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Selepas tali pusat putus, anda boleh bersihkan kotoran dengan baby oil.
6. Kulit
Penjagaan bayi baru lahir yang tak kurang pentingnya adalah memandikan bayi anda. Anda boleh mandikan mereka sekali sehari di tab mandi atau lap mereka dengan tuala basah.
Pastikan air yang anda guna untuk mandikan bayi anda dalam keadaan hangat.
7. Kuku

Potong kuku bayi anda secara berkala. Potong secara berhati-hati dengan menggunakan pengetip kuku yang khas untuk bayi.
8. Punggung bayi
Punggung bayi adalah kawasan yang paling sensitif. Jika tak dibersihkan dengan betul, ruam akan mula timbul di kawasan tersebut.
Jadi, pastikan punggung bayi anda sentiasa kering dan bersih. Anda juga boleh menggunakan diaper cream selepas mengeringkan punggung mereka sebelum memakai lampin.
Jika punggung bayi anda mempunyai ruam, anda boleh jemur bayi anda di waktu pagi pada posisi menyiarap di pangkuan anda..
Mudah saja kan? Semoga cara penjagaan bayi baru lahir ini dapat bantu memudahkan urusan ibu dan ayah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau Tapi Sebenarnya Normal
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!