TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

12 Perkara Yang Ibu Hamil Selalu Takut Dan Kesannya Ke Atas Kandungan Anda

3 min bacaan
12 Perkara Yang Ibu Hamil Selalu Takut Dan Kesannya Ke Atas Kandungan Anda

Kehamilan seharusnya jadi saat paling menggembirakan. Tapi ada wanita hamil yang sering ketakutan hingga menghilangkan seri hamil. Ia sebenarnya mengganggu proses perkembangan bayi dalam kandungan!

Kehamilan boleh menjadi saat yang paling menggembirakan malah juga menakutkan buat kebanyakan wanita. Namun usah risau. Berita baiknya — anda tidak bersendirian melalui fasa ketakutan saat hamil ini. 

Menurut tinjauan pada tahun 2015, seramai 130 orang ibu hamil di Malaysia dan Singapura telah disoal tentang ketakutan saat hamil. Dan hasilnya, ini antara 4 ketakutan saat hamil yang paling dirasai oleh kebanyakan wanita:

4 ketakutan saat hamil yang dialami oleh di Asia 

1) Ketakutan saat hamil: Bayi saya akan mengalami beberapa jenis cacat kelahiran – 48% 

ketakutan saat hamil, ketakutan ketika hamil, takut ketika hamil, takut ketika mengandung, ketakutan semasa mengandung, ketakutan semasa hamil, takut, perasaan takut ibu hamil, perasaan bimbang saat mengandung, ketakutan bila tahu hamil, takut mengandung, takut beranak

Ketakutan terbesar ibu hamil adalah memikirkan sekiranya bayi mereka mengalami kecacatan kelahiran terutama apabila membaca berita bayi yang dilahirkan cacat hingga ibu hamil risau jika bayi mereka juga berkeadaan sedemikian.

2) Ketakutan saat hamil: Keguguran – 13% 

” Saya sangat bimbang jika mengalami keguguran atau bayi meninggal ketika dilahirkan. Masa itu, tiada apa yang dapat dilakukan meskipun saya telah mengambil makanan yang berkhasiat!” 

3) Ketakutan saat hamil: Proses bersalin dan kontrasi yang menyakitkan – 11% 

“Dalam kehamilan pertama dahulu, saya takut apabila mengalami sakit kontraksi yang teruk. Bukan itu sahaja, saya juga seram bila tengok jarum di wad bersalin”. 

4) Ketakutan saat hamil: Bayi terbelit tali pusat – 10.4% 

ketakutan saat hamil, ketakutan ketika hamil, takut ketika hamil, takut ketika mengandung, ketakutan semasa mengandung, ketakutan semasa hamil, takut, perasaan takut ibu hamil, perasaan bimbang saat mengandung, ketakutan bila tahu hamil, takut mengandung, takut beranak

“Risau jika bayi terbelit tali pusat kerana kini bayi semakin aktif bergerak dari dalam perut” 

Lain-lain ketakutan yang dibimbangi wanita Asia ketika hamil 

  • Melahirkan bayi pramatang
  • Berat badan tidak akan turun selepas bersalin
  • Suami curang semasa hamil
  • Saya mungkin tidak boleh menjadi ibu yang terbaik.
  • Saya makan sesuatu yang membahayakan bayi dalam kandungan
  • Saya tidak boleh galas tanggungjawab baru sebagai ibu
  • Saya meninggal semasa proses kelahiran.
  • Saya mungkin terkencing di dalam seluar tanpa saya menyedarinya dan itu membuatkan saya malu dengan orang sekeliling.

Kesan jika ibu takut melampau semasa hamil 

Ketakutan saat hamil adalah perkara biasa yang sering membelenggu ibu hamil meskipun anda punya pengalaman mengandung sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pakar bersetuju kebimbangan ini boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Menurut Dr Wendy Teo, Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Hospital Mount Elizabeth Novena, kebimbangan yang berterusan dan tekanan semasa hamil boleh memberi kesan negatif pada kesihatan ibu.

Ibu berisiko menghadapi kemurungan sebelum dan selepas bersalin, hipertensi dan juga diabetes ketika hamil. Tahap tekanan yang tinggi menyebabkan imuniti ibu merosot dan risiko jatuh sakit lebih kerap!

Bukan itu saja, bayi juga turut terkena tempias yang sama dek kerana kebimbangan ibu, seperti:

  • Bayi mugkin mempunyai masalah aliran darah dan oksigen.
  • Risiko imuniti menurun sekaligus memudahkan jangkitan 
  • Risiko penyakit paru-paru, perkembangan terlewat dan masalah pembelajaran.
  • Bayi juga cenderung alami penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes bila dewasa.
  • Sesetengah kajian juga percaya sikap bayi mungkin dipengaruhi oleh tekanan ibu.

 Cara mengatasi ketakutan saat hamil, jom ibu amalkan!

ketakutan saat hamil, ketakutan ketika hamil, takut ketika hamil, takut ketika mengandung, ketakutan semasa mengandung, ketakutan semasa hamil, takut, perasaan takut ibu hamil, perasaan bimbang saat mengandung, ketakutan bila tahu hamil, takut mengandung, takut beranak

  • Kongsi kebimbangan anda dengan pasangan,teman rapat atau rakan sekerja.
  • Menghadiri kelas antanal jika ketakutan anda semakin meruncing.
  • Banyakkan masa berehat.
  • Berjumpa doktor bagi mengetahui sekiranya anda mengalami masalah kemurungan.
  • Manjakan diri dengan berkunjung ke spa, mengurut badan atau buat sebarang aktiviti yang anda suka.
  • Jaga pemakanan dan minum banyak air supaya kekal hidrat.
  • Buat senaman ringan yang sesuai untuk ibu hamil.

Ingatlah ibu, anda harus tetap kuat mengharungi sembilan bulan kehamilan itu dan laluinya dengan penuh rasa syukur.

Apabila bersalin nanti ,wajah anak itu tentunya akan membuatkan segala kebimbangan anda selama ini hilang. Sebaiknya berdoa dan memohon supaya segala perjalanan kehamilan dan melahirkan dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Insyaallah.

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Artikel asal ditulis oleh Roshni Mahtani dan mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comemosi-ibu-mengandung/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 12 Perkara Yang Ibu Hamil Selalu Takut Dan Kesannya Ke Atas Kandungan Anda
Kongsikan:
  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham