X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Selain Nenas, 12 Makanan Ini Juga Punca KEGUGURAN Yang Ramai Ibu Tidak Tahu!

4 min bacaan
Selain Nenas, 12 Makanan Ini Juga Punca KEGUGURAN Yang Ramai Ibu Tidak Tahu!Selain Nenas, 12 Makanan Ini Juga Punca KEGUGURAN Yang Ramai Ibu Tidak Tahu!

Makanan berbahaya untuk ibu hamil perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi jika anda berada di trimester pertama kehamilan kerana ia boleh membawa keguguran

Perjalanan menjadi seorang ibu bermula saat anda hamil. Part paling kena jaga adalah makanan yang sihat kerana terdapat beberapa jenis makanan berbahaya untuk ibu hamil dan boleh menyebabkan keguguran. 

Biasanya kita hanya tahu nenas saja punca keguguran, kan? Tapi kalau nak tahu, makanan yang boleh menyebabkan keguguran ada banyak dan mungkin ada yang anda tak pernah tahu! Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik anda elakkan dari terus menikmati makanan ini. 

Walauapapun, sepanjang mengandung, ibu perlu amalkan makanan yang sihat, ambil kalsium yang mencukupi dan gaya hidup yang lebih sihat. Semuanya demi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. 

12 makanan berbahaya untuk ibu hamil dan menyebabkan keguguran di awal trimester pertama 

1. Nenas 

Selain Nenas, 12 Makanan Ini Juga Punca KEGUGURAN Yang Ramai Ibu Tidak Tahu!

Kredit: Unsplash

Nenas ini memang buah kegemaran ramai dan ia juga makanan yang boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana, nenas adalah makanan berbahaya untuk ibu hamil dan boleh menyebabkan kontraksi awal ketika wanita hamil di trimester pertama.

Ada yang bertanya buah nenas saja ke? Ya betul, semua jenis makanan yang berasaskan nenas TAK BOLEH. Sama ada jus nenas, kuah pajeri nenas dan jem nenas. Semuanya perlu elak. 

2. Ketam 

makanan penyebab keguguran

Walaupun ketam kaya dengan kalsium, tapi ia juga tinggi kolesterol. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pengecutan rahim dan membawa kepada pendarahan lantas penyebab keguguran. 

3. Hati ayam/ lembu 

Makanan yang boleh menyebabkan keguguran seterusnya ialah hati ayam atau lembu. Walaupun ia mengandungi vitamin A, tapi ia boleh menyebabkan keguguran dan tak bagus untuk diamalkan di awal kehamilan. 

4. Daun lidah buaya @ Aloe Vera 

Macam tak percaya bukan? Tapi ya betul.

Walaupun ia kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan, tapi kajian menunjukkan wanita hamil tak boleh makan aloe vera kerana daun ini terdiri daripada anthraquinones, sejenis julap yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan pendarahan. Seterusnya ibu hamil boleh keguguran. 

5. Betik 

Bukan betik masak yang dimaksudkan,  tapi betik muda atau betik yang belum masak. Warnanya pun masih hijau.

Itu tak boleh dan tak bagus untuk ibu hamil kerana ia boleh mencetuskan kontraksi awal yang cenderung untuk keguguran. 

6. Susu yang belum diproses

Makanan yang boleh menyebabkan keguguran juga datang daripada susu mentah atau produk tenusu mentah. Hal ini kerana, dalam makanan tersebut terdapatnya bakteria yang boleh merosakkan kehamilan anda. Jadi elakkan ya! 

7. Kafein 

makanan bahaya ibu mengandung

Menurut kajian, kafein termasuk dalam kategori makanan yang boleh menyebabkan keguguran atau bayi lahir kurang berat badan. Jadi sebaiknya, ibu perlu elak dari minum minuman yang berasakan kafein seperti kopi, teh, nescafe, coklat dan minuman tambah tenaga yang lain. 

8. Herba, buah pic dan epal masam 

Herba, ulam-ulaman, buah pic dan epal masam juga merupakan kategori makanan ini.

Pertamanya kerana, herba boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut ketika dalam kandungan. Selain ia juga menyebabkan kerosakan hati, penyakit kuning atau jaundice dan masalah otak bayi. 

Begitu juga dengan buah pic. Ia boleh menyebabkan keguguran dan pendarahan awal. Sama juga dengan epal masam, ia tak bagus untuk ibu mengandung amalkan sepanjang kehamilan kerana boleh jadi penyebab bayi lahir pramatang dan tak sihat. 

9. Makanan yang diproses 

Makanan yang diproses ialah seperti sosej, daging burger, daging cincang, nugget dan lain-lain. Semasa kehamilan, makanan proses ini dianggap tak selamat dan tak bagus untuk bayi dalam kandungan.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Selain itu, ibu hamil juga harus elak makan makanan yang kurang masak atau mentah kerana bakteria yang terdapat dalam daging tersebut boleh menyebabkan masalah teruk seperti keguguran, kematian bayi semasa lahir atau pramatang.

Jadi, adalah penting untuk ibu memastikan ayam dan daging dimasak dengan betul. Walhal, telur pun harus dimasak sempurna. 

10. Sayur yang tak dibasuh  

makanan punca keguguran

Makanan yang boleh menyebabkan keguguran juga boleh didapati pada sayur yang tak dibasuh. Betul, ada sesetengah orang beranggapan makan sayur mentah tanpa dibasuh itu baik.

Tapi untuk wanita hamil, ia dianggap tak betul dan boleh menyebabkan masalah lain muncul. Bahkan bayi boleh terkena macam-macam jangkitan dan penyakit!

Sebaiknya, ibu basuh dan cuci bersih sayur dengan garam dan ulangkan mencuci sayur sekurang-kurangnya 3 kali. Biar sampai yakin bersih. 

11. Makanan laut 

Kategori makanan laut ini ada banyak seperti udang, sotong, ketam, sushi, oyster, dan tiram. Jika ia dimakan mentah, ia boleh menyebabkan risiko bayi tak sihat, keguguran dan pramatang. Sebaiknya ia dimasak sempurna.

Sushi merupakan contoh makanan laut yang tak dimasak dan di makan mentah. Jadi ibu perlu elak. 

12. Makanan pedas

Makanan pedas juga perlu dielakkan kerana ia juga antara makanan yang boleh menyebabkan keguguran, kelahiran bayi pramatang dan kontraksi awal lantas berlakunya pendarahan.

Sebaiknya ibu, jangan ambil makanan pedas-pedas ini jika inginkan bayi lahir sihat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Minum Teh Susu Ketika Hamil, Ia Punca Keguguran & Risiko Bayi Lahir Cacat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • Selain Nenas, 12 Makanan Ini Juga Punca KEGUGURAN Yang Ramai Ibu Tidak Tahu!
Kongsikan:
  • Semua Ibu Hamil Harus Tahu 7 Tanda-Tanda Kandungan Bermasalah & Tidak Sihat Ini

    Semua Ibu Hamil Harus Tahu 7 Tanda-Tanda Kandungan Bermasalah & Tidak Sihat Ini

  • Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

    Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Semua Ibu Hamil Harus Tahu 7 Tanda-Tanda Kandungan Bermasalah & Tidak Sihat Ini

    Semua Ibu Hamil Harus Tahu 7 Tanda-Tanda Kandungan Bermasalah & Tidak Sihat Ini

  • Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

    Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.