TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Mengapa Warna Kulit Manusia Berbeza? Bila Anak Tidak Sama Warna Kulit dengan Mak Ayah

5 min bacaan
Mengapa Warna Kulit Manusia Berbeza? Bila Anak Tidak Sama Warna Kulit dengan Mak Ayah

Nak tahu mengenai warna kulit manusia berbeza dan mengapa warna kulit anak tidak sama dengan ayah. Ketahui lebih lanjut mengenai warna kulit manusia disini!

Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa warna kulit anak anda nampak berbeza selepas anak anda dilahirkan. Ibu dan ayahnya mempunyai warna kulit sawo matang. Tidak terlalu cerah dan tidak pula terlalu gelap. Adakah warna kulit manusia memang boleh berubah-ubah?

Ini sering terjadi pada warna kulit anak anda yang gelap atau terlalu cerah selepas dilahirkan. Mulalah timbul macam-macam keraguan dari pihak ibu bapa dan tanda tanya. Ini khususnya bagi ibu bapa yang baru pertama kali mempunyai pengalaman mendapat anak.

Kami pasti anda mesti sentiasa mempunyai tanda soal mengenai perkara ini. Tetapi, kalau anda nak tahu warna kulit manusia sememangnya berbeza dan boleh jadi pelbagai. Tapi kalau dilihatkan kepada warna kulit bayi itu sendiri yang tidak sama dengan ibu ayah saat anak anda dilahirkan itu adalah perkara biasa. Malah ia turut berlaku kepada bayi-bayi di seluruh dunia. 

Mesti anda nak tahu lebih lanjut mengenai perkara ini kan? Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang warna kulit bayi yang berbeza pada awal kelahirannya, apa kata kita pelajari terlebih dahulu tentang warna kulit manusia. Bolehlah anda tambah ilmu dengan perkongsian kami kali ini.

Kenapa warna kulit manusia berbeza?

warna kulit manusia

Kredit: Pexels

Perasan tak? Jika anda pernah pergi ke negara barat dengan iklim yang dingin atau pun pernah melihat orang-orang barat sama ada di depan mata ataupun di kaca TV, kebanyakan penduduk mereka mempunyai kulit yang jauh lebih cerah berbanding dengan mereka yang tinggal di kawasan tropika. Agak-agak anda kenapa ya?

Warna kulit manusia sering dikaitkan rapat dengan faktor geografi dan sinar ultraviolet. Bagi mereka yang tinggal di kawasan sejuk, mereka tidak banyak terdedah kepada sinar UV tidak seperti kita yang berada di Malaysia ini. Dingin dan panas sahaja memanjang. Jadi bagi mereka, badan mereka tidak banyak menghasilkan melamin dan kulit mereka pun cerah. 

Lain pula dengan mereka yang berada di kawasan tropika. Akibat terdedah kepada sinaran UV sepanjang hari, badan akan menghasilkan lebih banyak melanin yang menjadikan kulit semakin gelap. Bercakap pasal melanin ini, ini juga antara faktor yang menentukan kulit bayi tau. 

Warna kulit manusia memang berbeza tetapi begitu juga dengan warna kulit bayi saat dilahirkan. Ada yang gelap, ada yang kemerahan dan ada juga yang putih. Jangan bimbang, keadaan ini tidak lama dan semakin anak anda membesar barulah kulit anak anda akan matang. 

Genetik mempengaruhi warna kulit manusia dan sudah tentulah bayi!

warna kulit manusia

Kredit: Pexels

Sampai ke saat ini soalan mengenai berapakah jumlah genetik yang mempengaruhi kulit bayi sememangnya masih menjadi tanda tanya atau misteri oleh pakar-pakar genetik.

Untuk pengetahuan ibu bapa, setiap anak mewarisi sebahagian daripada genetik anda. 

Genetik inilah yang menentukan sifat fizikal anak anda dan sebagainya. Begitu juga dengan warna kulitnya juga.

Ingat tak mengenai perkataan melanin yang mula-mula kami sebutkan terlebih dahulu? Melanin ialah zat pewarna kulit. Secara ringkas, semakin banyak melanin, semakin gelaplah warna kulit. Apakah kaitan melanin dengan genetik itu tadi?

Warna kulit bayi ditentukan oleh genetik yang diwarisi daripada ibu bapa dan juga genetik turut menentukan jumlah melanin pada kulit. Genetik yang lebih dominan yang dimiliki oleh bahagian belah ibu atau bahagian belah bapalah yang akan menentukan warna kulit bayi.

Mengapa ton kulit anak tidak sama dengan ibu bapa?

warna kulit manusia

Kredit: Pexels

Kita dah pelajari mengenai warna kulit manusia dan juga belajar mengenai genetik! Menarik kan? Pasti ada yang mempunyai soalan seperti jika bayi mendapat genetik daripada ibu bapa, mengapa warna kulit bayi nampak berbeza daripada ibu bapa?

Jawapannya adalah, ya! Bayi boleh mempunyai warna kulit berbeza daripada warna kulit ibu bapanya. Untuk merujuk kepada mengapa bayi boleh mempunyai warna kulit berbeza, kita perlu berbalik kepada faktor yang mempengaruhi warna kulit bayi iaitu faktor genetik.

Untuk menentukan kulit bayi,  bukan satu gen sahaja yang terlibat tau tapi boleh jadi daripada pelbagai jenis rantaian gen yang bertanggung jawab dalam menentukan warna kulit bayi. Umum sudah kita ketahui bahawa bayi mempunyai gabungan gen daripada bahagian kedua ibu bapanya dan gen ini diwarisi bayi secara rawak. 

Kalau semua gen sama, kita semua mesti dah mempunyai rupa yang sama kan? Tetapi gen yang diwarisi ini mempunyai salinan yang hampir serupa. Serupa, tapi tidak sama. 

Jadi, anak anda boleh memiliki warna kulit cerah ataupun gelap bergantung kepada gen tersebut. Secara ringkasnya, gen yang lebih dominan juga boleh menentukan kulit untuk menjadi cerah atau gelap. 

Jika anda dan pasangan anda  berkulit cerah tetapi mempunyai anak yang berkulit gelap, ianya mungkin berkait rapat dengan keturunan anda juga yang mempunyai kulit gelap.

Begitu juga dengan warna kulit manusia, banyak faktor yang mempengaruhi warna kulit manusia sebenarnya dan semestinya faktor genetik menjadi antara faktor terpenting. Tetapi, sampai sekarang, ianya kekal misteri kerana tiada siapa tahu bagaimana set gen yang menentukan rupa ini boleh pergi kepada anak yang mana. 

Buat ibu bapa, jangan gusar jika anak anda mempunyai warna kulit yang berbeza daripada anda kerana anak anda adalah hasil kasih sayang anda dan suami. Semoga bermanfaat!

Sumber: Genetics

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  “Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?”- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Mengapa Warna Kulit Manusia Berbeza? Bila Anak Tidak Sama Warna Kulit dengan Mak Ayah
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham