X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

"Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

4 min bacaan
"Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi"Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

Terkejut dengan warna kulit bayi anda? Jangan risau! Apa kata anda baca dengan lebih lanjut mengenai warna kulit bayi disini? Jom baca!

Adakah anak anda baru dilahirkan dan anda berasa terkejut melihat warna kulit bayi anda yang mungkin kemerah-merahan? Jangan bimbang, ibu bapa kerana ia adalah sesuatu yang normal. 

Setiap bayi tidak mempunyai warna kulit yang sama kerana mereka berbeza-beza. Ianya bergantung kepada faktor suhu, latar belakang etnik dan umur bayi. Malah, perkara seperti menangis pun boleh membuatkan kulit bayi nampak berbeza. Perasan tak kulit bayi akan bertambah kemerah-merahan sewaktu menangis? Itulah dia!

Bagi ibu bapa yang sudah melalui pengalaman mempunyai anak, adakah anda terkejut apabila kulit anak anda mula berubah saat anak anda semakin membesar? Pasti anda tertanya-tanya mengapakah kulit anak anda berubah dan apa puncanya? Untuk ibu bapa yang baru melalui pengalaman ini, perubahan ini adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam kalangan bayi dan bersifat sementara.

Tahukah anda?

warna kulit bayi

Kredit: Pexels

Perubahan warna kulit anak ini adalah di luar kawalan sesiapa sahaja mahupun ibu bapa. Jadi, ibu bapa kenalah terima seadanya warna kulit anak anda. 

Warna kulit anak anda sama ada cerah mahupun putih telah ditentukan genya sewaktu dalam kandungan lagi. Jadi, kalau anda cuba makan apa-apa suplemen dengan harapan anak anda akan putih sewaktu anda mengandung, lupakan ya.

Peringatan kepada ibu bapa! 

Jangan pula cuba-cuba untuk putihkan kulit anak anda dengan menggunakan krim atau apapun losyen! Ingat tu, ibu bapa!

Nak tahu lebih lanjut mengenai mengapa kulit bayi berubah? Jom kita baca!

Mengapa kulit bayi baru lahir berubah?

Mengikut keadaan kesihatan bayi dan juga persekitaran, kulit bayi yang dilahirkan akan kelihatan kemerahan dan juga berwarna ungu. Ini betul-betul selepas bayi dilahirkan. Tidak kisah apa jua latar belakang bayi, semua bayi yang dilahirkan akan mempunyai kulit kemerahan gelap dan juga berwarna ungu. Namun, selepas beberapa ketika, kulit bayi akan mula berubah menjadi kemerah-merahan. 

Adakah kulit bayi akan berterusan kemerahan? Semestinya tidak. Ianya akan beransur pudar dalam masa 24 jam. Cuma pada kaki serta tangannya sahaja yang akan nampak unsur kemerahan. Ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana selepas bayi mula membesar, warna kemerahan pada kaki dan tangannya akan hilang.

Bila kulit sebenar bayi akan muncul?

Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

Kredit: Pexels

Bergantung. Ada pandangan yang menyatakan bahawa kulit bayi sebenar akan muncul daripada 6 bulan sehinggalah ke setahun. Namun, apa yang pasti semakin bayi membesar, semakin anda boleh melihat perubahan pada warna kulitnya dan warna kulitnya akan menjadi kekal. 

Warna kulit bayi adalah berdasarkan oleh genetik yang menentukan jumlah melanin dalam kulit. Lebih banyak melanin, lebih gelaplah kulit bayi. Apa fungsi melanin ini?  Kalau bayi banyak berjemur di luar matahari, bayi akan kelihatan lebih gelap. Jika kurang, maka warna kulit bayi akan kelihatan lebih cerah. 

Alamak, kenapa kulit bayi saya berwarna kekuning-kuningan?

Warna kulit bayi dan mata bayi bertukar menjadi kekuningan? Itu mungkin bermaksud bahawa anak anda mempunyai jaundice ataupun demam kuning. Terdapat dua jenis jaundice iaitu ‘physiologic jaundice’ dan ‘pathologic jaundice’.

Adakah jaundice atau demam kuning adalah berbahaya?

Ianya bergantung kepada jenis jaundice yang dialami oleh bayi. Sekiranya kekuningan dilihat selepas 3 hari bayi dilahirkan, ianya tidak merbahaya dan akan berakhir selepas seminggu. Tiada rawatan diperlukan kerana bayi akan sembuh sendiri. Ianya diberi nama phsysiologic jaundice.

Manakala, pathologic jaundice adalah penyakit kuning yang merbahaya dan memerlukan rawatan serta penjagaan rapi yang khusus untuk bayi. Ianya bermula sejurus selepas bayi dilahirkan.

Walaupun untuk physiologic jaundice, rawatan tidak diperlukan. Namun, ini tidak bermaksud anda boleh menganggapnya sambil lewa. Memang terdapat petua orang dahulu kala, bahawa menjemur bayi boleh menyembuhkan demam kuning bayi. Tapi anda pula terlalu menjemur anak anda.

Pesanan buat ibu bapa

warna kulit bayi

Kredit: Pexels

  • Warna kulit bayi tidak boleh berubah: Tidak kira apa jua anda lakukan, terimalah kenyataan bahawa bayi anda dilahirkan dengan sempurna dan bersyukurlah atas kehadiran anak anda.
  • Kulit bayi sensitif: Jangan jemur anak anda atau dedahkan anak anda dengan cahaya matahari kerana selaran matahari akan menyebabkan kulit anda menjadi teruk. Ingat pada awalnya kami bercakap mengenai melanin? Melanin inilah yang merupakan pigmentasi yang membantu menyerap cahaya matahari dan melanin masih belum terbentuk sepenuhnya sewaktu anak masih bayi.
  • Jangan pakaikan sebarang krim atau losyen pemutih yang mengandungi bahan kimia kerana ianya tidak baik untuk bayi. Dan tidak sesekali akan putihkan kulit anak anda!
  • Bawa berjumpa doktor sekiranya kulit anak anda kekuningan atau mempunyai sebarang tanda yang tidak anda kenali.

Sumber: Baby.lovetoknow

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi
Kongsikan:
  • Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya

    Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya

  • Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

    Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya

    Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya

  • Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

    Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.