X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

4 min bacaan
Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Gara-gara dilahirkan berkulit hitam, ibu bapa baby Saad tidak mahu menjaganya tapi opah tetap menjaganya dengan sepenuh kasih sayang

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi kulit bayi hitam selepas dilahirkan? Kemudian anda mungkin akan terasa hati dengan cakap-cakap orang sekeliling berkaitan kulit anak itu.

Sememangnya inilah hakikat yang harus ditelan oleh ibu bapa hari ini terutama bila ia membabitkan bayi kecil yang belum tahu apa-apa.

Sekiranya anda mengambil kata-kata orang itu sebagai penghalang untuk membesarkan anak mungkin anda juga akan melakukan perkara yang sama seperti mana yang terjadi kepada seorang bayi yang baru dilahirkan ini yang diberi nama Saad Bin Abi Waqas.

Kulit bayi hitam dibuang ibu bapa

kulit bayi hitam

"Biarlah ibu bapa buang Saad, tapi opah akan tetap jaga dengan sepenuh kasih sayang,".

Inilah luahan dan rasa hati penjaga kepada bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya setelah hampir dua bulan ini.

Bayi berkenaan dinamakan sempena nama sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqas yang kini ditempatkan di rumah perlindungan Baitus Solehah dan dijaga pengetuanya, Liza atau lebih mesra disapa sebagai Opah.

Menurut Opah, dia berbesar hati untuk menjaga si comel ini dan belum bersedia untuk menyerahkan bayi itu kepada keluarga angkat.

Opah setia menjaga Saad

Menurut Opah lagi, dia akan menjaga Saad dengan sepenuh kasih sayang dan tidak akan menyerahkan Saad pada orang lain. Ini kerana dia sendiri belum bersedia untuk menyerahkan Saad kepada sesiapa.

Dalam laporan polis, Opah memberitahu buat masa sekarang biarlah Opah yang menjaga Saad.

"Opah faham kenapa ibu dan keluarga kandung tinggalkan Saad. Kalau Saad comel, kulit cerah, hensem tentu mereka datang semula untuk menjaga Saad".

"Tapi tidak mengapa Saad, Allah ada bersama Saad dan pelihara Saad di dalam RahmatNya," Opah meluahkan rasa hati di dalam Facebook miliknya.

Disebabkan status yang dimuat naik itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap bayi malang ini selain mengharapkan agar ada keluarga lain yang berbesar hati menjaga Saad sehingga menjadi anak yang baik bila besar
nanti.

Benarkah warna kulit bayi dipengaruhi faktor genetik?

kulit anak hitam

Menurut Dr Saroja, kulit bayi hitam atau cerah semasa lahir memang ditentukan oleh genetik pada masa pembesaran dalam kandungan.

Ini kerana genetik menentukan jumlah melanin pada kulit bayi. Melanin ini adalah pigmentasi yang memberi warna semulajadi pada kulit manusia. Maksudnya semakin banyak melanin maka semakin gelap warna kulit.

Fungsinya bukan mewarna kulit semata-mata tapi melanin ini juga berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya yang dapat menyebabkan kulit terbakar.

Sebab itu, jika ibu bapa bayi berasal dari pasangan perkahwinan campuran maka bayi yang dilahirkan mungkin menerima setengah dari gen warna kulit ibu dan ayahnya.

Jadi, bayi mungkin mewarisi warna kulit salah seorang daripada ibu atau ayahnya itu. Meskipun kekadang langsung tak sama atau mirip dengan kedua- duanya.

Kesimpulannya ya benar warna kulit bayi baru lahir sememangnya dipengaruhi oleh faktor genetik walaupun tidak sepenuhnya.

Jadi ibu ayah tak perlu rasa pelik jika warna kulit anak sedikit berbeza dengan adik beradiknya yang lain atau tidak sama dengan warna kulit anda.

Info tambahan : Keadaan kulit bayi selepas lahir

cara ubat kulit anak

1) “Infantile seborrheic dermatitis” dikenali sebagai ‘cradle cap’, iaitu tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. Namun, biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan.

2) “Diaper rash” merupakan ruam biasa disebabkan penggunaan lampin basah dengan agak lama. Jadi pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk elak dari keadaan ini. Jumpa doktor
sekiranya ruam tidak hilang.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

3) “Miliaria crystallina” adalah benjolan kecil berwarna putih di bahagian hidung, dagu dan pipi. Ia terjadi apabila cebisan kulit yang sangat kecil tersangkut dalam kantung berdekatan dengan permukaan kulit bayi. Namun, hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu.

4) Jangkitan “yeast” adalah ruam berwarna merah pada bahagian bawah bayi, atau bahagian lain di mana kulit bersentuhan dengan kulit. Jangkitan ini berpunca dari mikroorganisma yang terdapat di persekitaran yang panas dan lembap. Namun, boleh dirawat dengan krim antikulat.

5) “Oral Thrush” merupakan satu lagi masalah yang sering terdapat di mulut bayi yang merupakan jangkitan oleh kulat Candida albicans. Jika berlanjutan, dapatkan rawatan dengan doktor. 

Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya

Baca juga: "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

Baca juga: Mengapa Warna Kulit Manusia Berbeza? Bila Anak Tidak Sama Warna Kulit dengan Mak Ayah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Nasihat keibubapaan
  • /
  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!
Kongsikan:
  • Ini Rupanya Punca Kulit Hitam Ketika Hamil, 4 Cara Anda Boleh Buat Untuk Kurangkannya

    Ini Rupanya Punca Kulit Hitam Ketika Hamil, 4 Cara Anda Boleh Buat Untuk Kurangkannya

  • Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

    Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ini Rupanya Punca Kulit Hitam Ketika Hamil, 4 Cara Anda Boleh Buat Untuk Kurangkannya

    Ini Rupanya Punca Kulit Hitam Ketika Hamil, 4 Cara Anda Boleh Buat Untuk Kurangkannya

  • Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

    Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.