X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya

7 min bacaan
Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini SebabnyaWarna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya

Anak dilahirkan cerah tetapi ada masanya nampak gelap dan kusam pula, kenapa ini terjadi?

Bayi biasanya nampak kemerah-merahan sebaik sahaja dilahirkan dan tidak mengalami banyak perubahan semasa masih di hospital. Tetapi sesetengah ibu mungkin perasaan warna kulit bayi baru lahir kelihatan gelap sedikit semasa dalam tempoh berpantang.

Saya sendiri mengalami keadaan ini padahal semasa dilahirkan si manja berkulit cerah kemerahan. Tidak dinafikan ini membuatkan saya rasa hairan dengan perubahan yang berlaku dan ada merasa sedikit risau akan tahap kesihatannya.

Malah ada pengguna di komuniti theAsianparent ada bertanya tentang perkara yang sama, malah menerima kritikan pula dari orang sekeliling!

Perlu Tahu Tentang Warna Kulit Bayi

bayi baru lahir

Semasa dilahirkan, kulit bayi biasanya diselaputi oleh bahan putih yang tebal dan pekat yang dipanggil vernix caseosa ( ianya terdiri daripada sel-sel kulit janin dan rembesan kelenjar kulit). Ia biasanya hilang setelah bayi dimandikan buat pertama kali.

Warna dan tanda pada kulit bayi yang baru lahir juga mungkin mengejutkan sesetengah ibu bapa. Berikut merupakan beberapa sebab mengapa warna kulit bayi yang pelbagai, warna kulit bayi tidak rata atau perubahan pada warna kulit bayi yang harus ibu ayah tahu.

1. Merah Gelap

Apabila bayi dilahirkan, mereka mempunyai kulit yang nipis dan kelihatan agak lutsinar. Ini menyebabkan darah bayi dan struktur vaskular bayi mungkin dapat dilihat melalui kulit mereka dan akan menyebabkan kulit bayi kelihatan rona merah gelap.

2. Kuning

Biasanya bayi yang mengalami jaundis kulit mereka akan berwarna kuning. Jaundis sangat kerap dialami oleh bayi yang baru lahir dan selalunya akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Ia terjadi apabila hati bayi memecahkann sel darah merah yang lama. Apabila darah merah lama dipecahkan, ia menghasilkan bahan kuning yang dipanggil bilirubin. Hati bayi yang baru lahir mungkin perlu berkembang selama beberapa hari sebelum ia boleh mengeluarkan bilirubin dengan sendirinya. Paras bilirubin yang tinggi dalam darah bayi yang menyebabkan bayi mengalami jaundis.

Walaupun jaundis ringan adalah normal bagi bayi yang baru lahir, tetapi sekiranya warna kuning pada kulit kekal lama ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang serius.

Jaundis yang berlaku beberapa hari pertama kelahiran bayi dipanggil jaundis fisiologi. Selain itu masalah kesihatan lain yang menyebabkan jaundis termasuklah :

- Darah ibu dan bayi yang tidak sepadan

- Tiriod yang tidak aktif

- Jangkitan pada saluran kencing

- Sekatan yang terdapat pada pundi atau saluran hempedu

Sekiranya jaundis kekal atau bertambah teruk selepas 72 jam kelahiran, bayi kelihatan lemah dan menolak untuk makan segera dapatkan rawatan.

3. Biru

Kaki dan tangan bayi baru lahir berwarna biru adalah normal. Ini kerana sistem peredaran darah bayi yang belum berkembang sepenuhnya. Apabila sistem peredaran darah bayi belum berkembang sepenuhnya ia akan menyebabkan aliran darah ke tangan dan kaki bayi kurang.

Tetapi sekiranya bayi mempunyai kulit biru di seluruh badan atau di sekitar bibir ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang dihadapi oleh bayi contohnya sianosis (cyanosis). Bayi yang mempunyai cyanosis akan mempunyai kulit yang kebiruan atau selaput lendir. Cyanosis mungkin berlaku disebabkan oleh penyakit jantung, paru-paru atau sistem saraf pusat. Cyanosis biasanya disebabkan oleh kekurangan oksigen pada tubuh bayi. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya cyanosis ini termasuklah :

- Tetralogy of Fallot: Ialah keadaan yang menyebabkan pelbagai keabnormalan jantung. Keabnormalan jantung ini menyebabkan darah yang kurang oksigen dibawa bergerak di sekeliling badan bayi.

- Atresia tricuspid: Ialah adalah kelainan genetik yang menyebabkan injap hilang dari jantung bayi. Injap yang hilang ini menyebabkan darah tidak boleh bergerak dari jantung bayi ke paru-paru bayi untuk menerima oksigen dan akan menyebabkan cyanosis.

- Total anomali pulmonary venous return (TAPVR): TAPVR ialah kelainan jantung yang menyebabkan darah kaya oksigen bercampur dengan darah kurang oksigen di dalam jantung bayi. TAPVR berlaku apabila darah kaya oksigen dari paru-paru kembali ke bahagian jantung bayi yang salah.

4. Kulit Pucat

Kulit yang kelihatan pucat pada bayi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah :

-Anemia: Anemia adalah keadaan dimana bayi tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Ia terjadi apabila sel darah merah tidak berfungsi dengan betul. Ini akan menyebabkan bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dalam aliran darah.

- Albinisme: Ia adalah keadaan genetik yang menyebabkan tahap pigmen melanin rendah dalam kulit bayi. Bayi yang mempunyai albinisme biasanya mempunyai warna kulit dan rambut yang pucat.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

- Phenylketonuria (PKU): PKU ialah gangguan yang diwarisi yang mengakibatkan bayi tidak dapat memecahkan fenilalanin asid amino. PKU juga mengganggu pengeluaran melanin dan menyebabkan kulit dan mata pucat.

Mengapa Warna Kulit Bayi Merah Ketika Lahir

Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya

Warna kulit yang merah pada bayi yang baru lahir kadangkala merisaukan ibu ayah. Ibu ayah seharusnya tahu membeza kes mana yang berbahaya dan yang mana ia adalah normal.

Fisiologi bayi baru lahir tidak sama dengan kanak-kanak atau orang dewasa. Selepas dilahirkan, bayi mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim ibu dengan memastikan semua organ dan sistem tubuh berfungsi dengan baik. Semasa tempoh ini, sesetengah bayi akan menunjukkan semua jenis perubahan pada warna kulit, bintik-bintik, bengkak dan perubahan lain.

Bayi yang baru lahir juga kerap mengalami perubahan dalam warna kulit mereka. Ada diantaranya bersifat sementara dan boleh menjadi sebahagian daripada fenomena fisiologi yang dilalui oleh setiap bayi selepas kelahiran. Tetapi ada juga perubahan kulit seperti tanda lahir yang kekal

Perubahan dalam peredaran darah bayi sejurus selepas kelahiran, menyebabkan kulit bayi kelihatan kemerahan. Kulit bayi berwarna merah gelap atau kelihatan seperti warna ungu. Ini kerana bayi mengalami hipoksia sementara. Ia juga disebabkan oleh bayi itu tidak bernafas dan karbon dioksida tidak dikeluarkan pada masa ini. Karbon dioksida bersama-sama dengan sel darah merah menyebabkan kulit berwarna sedemikian, jadi semua bayi dilahirkan dengan kulit merah cerah. Setelah itu, apabila bayi mula menghirup udara, warna kulit berubah menjadi lebih cerah, dan kemudian menjadi merah jambu.

Kemerahan kulit ini biasanya mula hilang pada hari pertama manakala lengan dan kaki bayi boleh kekal kebiruan selama beberapa hari. Ia adalah normal kepada bayi yang masih tidak matang. Walau bagaimanapun, warna biru pada bahagian lain tubuh badan bayi adalah tidak normal. Warna kekal kulit bayi akan terbentuk sekitar bayi berusia 6 bulan.

 Ciri Ciri Kulit Bayi Putih atau Hitam

Jenis melanin yang akan menentukan sama ada warna kulit yang terhasil adalah hitam atau putih. Kulit hitam adalah hasil daripada penghasilan eumelanin, yang akan menghasilkan kulit yang berwarna coklat gelap hingga hitam. Manakala kulit putih adalah hasil daripada penghasilan pheomelanin, yang akan menghasilkan kulit yang berwarna kemerahan hingga kuning.

Melanin adalah pigmen utama yang bertanggungjawab untuk menentukan warna kulit pada manusia sama ada yang terhasil dari warna yang paling gelap hingga ke paling cerah. Selain itu faktor genetik juga mempengaruhi warna kulit yang terhasil. Variasi warna kulit hitam atau putih adalah berbeza-beza di seluruh dunia. Tambahan pula, kedua-dua jenis pewarnaan kulit menunjukkan pelbagai penyakit kulit atau keadaan dermatologi. Contohnya keadaan seperti melasma, ekzema diskoid dan lupus eritematosus sistemik biasanya ditemui pada orang berkulit gelap.

Kulit Hitam

- Kulit hitam mengandungi eumelanin.

- Kandungan melanin yang dihasilkan tinggi.

- Populasi kulit hitam mempunyai jumlah melanosit yang tinggi.

- Saiz sel melanosit lebih besar.

- Warna kulit coklat terang hingga warna hitam.

Kulit Putih

- Kulit putih mengandungi pheomelanin.

- Kandungan melanin yang dihasilkan rendah.

- Populasi kulit putih mempunyai bilangan melanosit yang rendah.

- Saiz sel melanosit lebih kecil.

- Warna kulit kemerahan hingga kuning.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:

https://www.quora.com/How-is-skin-color-determined-in-babies-Can-white-and-black-parents-give-birth-to-a-white-child

https://m.iliveok.com/family/why-does-newborn-have-red-skin-priest-and-face_128719i15866.html

https://www.medicalnewstoday.com/articles/are-black-babies-born-white

Baca juga: Bayi Kembar Ini Lahir Dengan Rupa & Warna Kulit Tak Sama, Tapi Dua-Dua COMEL!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya
Kongsikan:
  • "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

    "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

  • Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

    Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

app info
get app banner
  • "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

    "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

  • Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

    Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.