Kebanyakan bayi yang baru dilahirkan cenderung mengalami masalah jaundis atau demam kuning bayi. Ada yang teruk dan ada yang tidak. Namun jika kulit bayi kuning kelihatan teramat jelas, maka itu tentulah tanda jaundis bayi tinggi dari kebiasaannya.
Antara salah satu punca kuning bayi berlaku adalah disebabkan oleh kandungan bilirubin—pigmen berwarna kekuningan yang dihasilkan oleh pecahan normal sel darah merah—yang tinggi di dalam badan bayi.
Tetapi dalam kes biasa, kuning bayi akan mula hilang selepas 2 hingga 3 minggu selepas si manja kerap menyusu badan.
Bayi kuning boleh berlarutan lebih 30 hari
Sekiranya kuning bayi berlarutan lebih dari 3 minggu, ia mungkin boleh membawa risiko yang lebih tinggi kepada si manja iaitu:
#1. Mengalami kernictus
Baby kuning dengan tahap yang tinggi dan tidak mendapatkan rawatan segera akan menghidapi kondisi lain yang dikenali sebagai kernictus.
Kernictus adalah sejenis kerosakan pada otak yang berpunca dari kandungan bilirubin yang terlalu tinggi dalam darah si manja.
Kernictus inilah yang sebenarnya akan menyebabkan banyak lagi komplikasi kesihatan pada bayi. Walaupun begitu, kernictus adalah kondisi yang jarang berlaku pada baby kuning.
#2. Gangguan pendengaran
Sekiranya baby kuning terlalu teruk, ia mungkin memerlukan bayi untuk melalui prosedur tranfusi darah.
Tahap kuning bayi yang begitu tinggi boleh membawa kepada masalah kesukaran mendengar disebabkan kandungan bilirubin telah mengganggu saraf pendengaran bayi.
#3. Masalah pembelajaran
Selain gangguan pada pendengaran, kandungan bilirubin yang tinggi dapat mengganggu saraf-saraf otak si manja dan menyebabkan bayi anda mengalami masalah pembelajaran apabila mereka meningkat dewasa.
#4. Risiko sawan
Dalam kes yang jarang-jarang berlaku (kes yang amat teruk), tahap kuning bayi yang tinggi boleh menyebabkan risiko sawan.
Hal ini kerana demam kuning bayi boleh membawa demam yang menyebabkan suhu badan menjadi tinggi.
Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah segera mendapatkan rawatan bagi demam kuning bayi sekiranya pigmen kekuningan pada kulit mereka seperti tidak reda atau kelihatan semakin teruk sehingga menjejaskan warna mata bayi juga.
Bacaan normal kuning bayi
Bacaan normal kuning bayi ialah kurang daripada 5 mg/dL. Sebarang bacaan lebih daripada 5 mg/dL dianggap sebagai jaundis.
Sebagai panduan ibu baharu, berikut normal jadual bacaan kuning bayi mengikut hari yang biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.
- Newborn <1 hari <6.0 mg/dL @ 102.6 umol/L
- Bacaan kuning bayi normal: Usia 1-2 hari <8.7 mg/dL @ 148.8 umol/L
- Usia 2-3 hari <10.0 mg/dL @ 171.0 umol/L
- Normal jadual bacaan kuning bayi mengikut hari: Usia 3-4 hari <11.0 mg/dL @ 188.1 umol/L
- Bacaan kuning bayi normal Usia 4-5 hari <12.0 mg/dL @ 205.2 umol/L
- Normal jadual bacaan kuning bayi mengikut hari: Usia 5-14 hari <10.0 mg/dL @ 171.0 umol/L
- Usia 14-28 hari <2.0 mg/dL @ 34.2 umol/L
Fototerapi mungkin diperlukan sekiranya bacaan kuning bayi kkm jauh lebih tinggi dengan mengambil kira berapa hari bayi sudah lahir, kadar kenaikan bacaan bilirubin, berat badan bayi dan lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun ibu ayah perlu merujuk doktor terlebih dahulu untuk memastikan jika demam kuning bayi memerlukan fototerapi.
Punca kuning bayi lambat turun
Punca kuning bayi lambat turun atau maksud prolong jaundice merupakan penyakit kuning bayi tidak menunjukkan perubahan yang semakin membaik meskipun sudah lebih 14 hari usia si manja.
Penyakit kuning bayi ini berlaku atas banyak faktor, akan tetapi punca yang paling biasa adalah disebabkan susu ibu (breast milk jaundice).
Maksud prolong jaundice tidak semestinya petanda penyakit bahaya. Ibu dalam pantang harus bertenang dalam melalui situasi ini dan yakin si manja akan pulih sepenuhnya meskipun agak lambat berbanding bayi lain.
Ada beberapa punca kuning bayi lambat turun yang perlu ibu ayah tahu iaitu:
- Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst
- Punca kuning bayi lambat turun: Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)
- Punca kuning bayi lambat turun: metabolic ( galactosemia)
- Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati
- Masalah kelenjar tiroid
Dalam kebanyakan kes baby kuning yang berpanjangan, doktor akan menyiasat risiko penyakit melalui clinical suspicion berdasarkan berat lahir, dan perkembangan bayi anda.
Setelah semua siasatan melalui ujian darah dan air kencing adalah normal maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice dan tiada rawatan diperlukan kerana ia akan hilang sehingga umur bayi berusia 2 bulan.
Cara turunkan kuning bayi
Rawatan dan cara turunkan kuning bayi yang paling biasa adalah dengan memberi si manja menyusu badan atau formula dengan kerap.
Hal ini supaya tahap bilirubin tersebut akan melalui saluran usus si manja, seraya mengurangkan jaundis bayi.
Tetapi, bagi si manja yang mengalami jaundis yang teramat teruk, cara turunkan kuning bayi melalui penyusuan yang kerap mungkin tidak berjaya untuk mengurangkan jaundis bayi.
Justeru cara turunkan kuning bayi yang sebaiknya adalah dengan membawa si manja terus ke hospital mendapatkan rawatan. Dalam kebanyakan kes bayi jaundis, mereka mungkin dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam wad beberapa hari.
Ketika dalam rawatan untuk mengurangkan kandungan bilirubin dalam badan bayi, baju si manja akan dibuka dan dia akan diletakkan di bawah lampu yang dikenali sebagai Bili lights, sebuah alatan rawatan yang digunakan sebagai fototerapi.
Untuk pengetahuan anda, rawatan ini boleh dilakukan sama ada di hospital atau dengan sendiri ketika di rumah.
Tanda-tanda si manja patut berjumpa doktor
- Kulit si manja kelihatan kekuningan yang teramat jelas
- Sukar untuk bangun dari tidur atau sukar untuk tidur
- Tidak mahu menyusu badan mahupun botol
- Jelas kelihatan bayi mengalami ketidakselesaan
- Tidak mempunyai lampin basah dalam kuantiti yang kerap bagi kebiasaan untuk bayi
Tanda-tanda ini mungkin kelihatan normal, tetapi ada beberapa lagi tanda yang lebih teruk untuk anda ambil perhatian. Jika anda mendapati si manja menghidapi tanda-tanda ini, segeralah bawa bayi berjumpa doktor.
- Sukar untuk pujuk bayi yang menangis
- Menangis dengan nada yang lebih tinggi dari biasa
- Badan dibengkokkan seakan-akan busur (bow) — kepala, leher dan tumit bayi membengkok ke belakang sementara badan bayi seakan-akan mendada
Petua hilangkan kuning bayi secara tradisional
#1. Elakkan makan jamu dan herba
Petua hilangkan kuning bayi secara tradisional adalah elakkan ambil jamu dan herba buat sementara waktu.
Ketika baby kuning, para ibu dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang jamu dan herba seperti lada hitam, kunyit, dan halia kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan jaundis lambat pulih.
#2. Pati kurma
Petua hilangkan kuning bayi yang seterusnya adalah minum pati kurma. Caranya adalah dengan mengambil 2 sudu setiap pagi atau jadikan jus pada setiap pagi dan malam sepanjang anak anda terkena demam kuning.
#3. Mandikan bayi dengan air daun inai
Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi setiap pagi sehingga bayi bebas jaundis.
Sejauhmanakah keberkesanan cara hilangkan kuning bayi menggunakan ubat kuning bayi herba cina?
Selain beberapa petua hilangkan kuning bayi di atas, mungkin ibu pernah mendengar saranan untuk mencuba ubat kuning bayi herba cina kan?
Walau bagaimanapun tahukah anda keberkesanannya masih diragui kerana ada sebilangan ibu mengatakan ia langsung tidak menjadi pada anak mereka.
Hal ini kerana air rebusan menggunakan ubat kuning bayi herba cina memiliki warna kuning yang begitu pekat, menjadikan kulit si manja bertambah kuning.
Malah, memandikan bayi baru lahir dengan air rebusan herba sebegini sebenarnya tidak digalakkan kerana kulit si manja sangat sensitif dan boleh menjadi penyebab alahan.
Tanda kuning bayi hilang
Setelah beberapa hari ‘bertarung’ untuk menewaskan penyakit kuning bayi, anda akan perasan ada perubahan yang baik berlaku pada si manja.
Antara tanda kuning bayi hilang adalah:
- Apabila tekan secara lembut di bahagian hidung, sudah tidak kelihatan warna kekuningan
- Tanda kuning bayi hilang: Kulit bayi mula lebih cerah dari warna sebelum ini
- Bahagian putih mata dan gusi kembali normal
- Warna najis berubah dari kuning pucat menjadi kuning lebih cerah
- Bayi sudah dapat menyusu badan dengan baik
- Tanda kuning bayi hilang: Bayi aktif dan kurang tidur
- Berat badan bayi mula bertambah
- Suhu tubuh bayi normal iaitu antara 36.6 darjah celsius sehinggalah 37 darjah celsius
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Amalan Bahaya Yang Tidak Boleh Dilakukan Jika Bayi Kena Jaundis
Baca juga: Ikhtiar Ambil Overnight Oat & Anggur, Bayi Lahir Bebas Jaundice, Ibu Lega Tidak Perlu Ulang Alik Klinik!
Baca juga: ”Masa Bawa Check Kuning, Ramai Orang Ingat Anak,” Nenek Muda 35 Tahun Viral Timang Cucu Pertama
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!