X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

''Masa Bawa Check Kuning, Ramai Orang Ingat Anak,'' Nenek Muda 35 Tahun Viral Timang Cucu Pertama

25 Aug, 2022
''Masa Bawa Check Kuning, Ramai Orang Ingat Anak,'' Nenek Muda 35 Tahun Viral Timang Cucu Pertama

Nenek muda berusia 35 tahun menjadi tular apabila video dia mendukung cucu pertamanya di hospital. Ramai tidak sangka dan tumpang gembira

Zaman kini kebanyakan ibu bapa memilih untuk mengahwinkan anak-anak mereka apabila sudah memiliki pekerjaan tetap dan kehidupan stabil. Namun berbeza dengan kisah viral ini apabila seorang nenek muda menimang cucu pertamanya.

Sebuah video telah menjadi tular di TikTok apabila seorang wanita yang baru berusia 35 tahun sedang mendukung cucu yang baru dilahirkan pada 13 Ogos yang lalu.

Nenek muda usia 35 tahun bersyukur dapat cucu pertama

gambar nenek

Perkongsian video yang dianggap 'rare' pada zaman kini telah ditonton melebih 1.2juta di aplikasi TikTok. Ramai yang seolah-olah tidak percaya dan menganggap cucu yang dimaksudkan itu berkemungkinan anak kepada saudara-maranya yang lain.

Namun menurut nenek muda tersebut, Nur Fadilah Che Ahamad yang berasal dari Kelantan mengakui bahawa bayi perempuan yang dipegang dalam video berkenaan merupakan cucunya sendiri.

Dia menjelaskan bahawa anak perempuannya, Nurin Idrina Muhd Muhizan berkahwin ketika usia 15 tahun pada dua tahun yang lalu.

''Awalnya kami sekeluarga memang tidak menyangka yang Nurin mengandung. Lagipun dia merancang untuk tidak mengandung di usia muda, tapi tiba-tiba dimaklumkan bahawa sudah hamil,''

''Lagi pula dia sudah lama berkahwin. Jadi kami sekeluarga menerima kehadiran bayi ini dengan hati terbuka,'' kongsi Dila yang teruja dapat cucu pada usia muda.

Keterujaan menimang cucu yang baru berusia tidak sampai 20 hari itu dirasakan seperti anak sendiri. Dila gembira membeli pelbagai barang keperluan bayi sebagai persiapan.

Nenek muda tolong uruskan bayi ketika dalam pantang

Menurut Dila yang memiliki lima orang anak, walaupun kini Nurin baru berusia 17 tahun, dia langsung tidak kekok menggalas tanggungjawab sebagai ibu.

opah muda 35 tahun

''Mungkin sebab dia anak sulung dalam keluarga dan pernah menjaga adik-adiknya sebelum ini. Nurin sedang berpantang di rumah dan saya menjaganya.''

''Setiap pagi saya tolong uruskan bayi. Tapi bila petang Nurin akan ambil alih dan menjaga anaknya bersama suami,'' ujarnya.

Nenek awet muda ini turut berkongsi pengalamannya apabila ramai orang tidak menyangka bahawa bayi comel tersebut adalah cucunya sendiri.

''Bila saya bawa ke klinik kesihatan untuk periksa kuning, ramai yang melihat menganggap saya adalah ibu saudara atau kakak kepada bayi ini.''

''Tapi bila saya maklumkan bahawa saya adalah Opah (neneknya), mereka seolah-olah tidak percaya. Ada sesetengah jururawat tahu, tapi saya diamkan saya. Lebih-lebih lagi apabila mereka bertanyakan mengenai umur.'' katanya.

Anak tidak mahu sekolah dan selalu keluar rumah

Bercerita lebih lanjut, dia kongsikan pengalaman sebenar mengapa anaknya dikahwinkan pada usia yang begitu muda.

''Nurin ambil keputusan untuk tidak mahu sekolah dan selalu keluar dengan lelaki yang jadi suaminya sekarang ini. Jadi kami sebagai ibu bapa buat keputusan untuk kahwinkan mereka. Lagipun dia dah tidak fokus untuk belajar di sekolah,''

gambar nenek muda

''Kalau ikutkan memang tak nak bagi dia kahwin bawah umur. Tapi saya anggap ia sebagai takdir dan meneruskan perkahwinan mereka berdua.''

''Ramai juga yang memandang serong, tapi saya tidak endahkan. Ada juga yang fitnah Nurin mengandung dulu sebelum kahwin, hakikatnya tidak pun. Saya kahwinkan dia sebab nak elak perkara tidak baik berlaku,'' jelasnya.

Menurut Dila, pada awalnya suaminya juga sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak perempuan sulung mereka akan mendirikan rumah tangga di usia yang sangat muda. 

Namun terpaksa akur demi masa depan yang lebih terjamin.

Dalam pada itu dia menzahirkan rasa bersyukur kerana anaknya itu sudah pandai berdikari meskipun masih remaja. Kini dia menjalankan perniagaan bersama ibu saudaranya yang lain.

Malah suaminya yang kini berusia 18 tahun sudah memiliki kedai makan sendiri.

''Kedua-dua mereka sudah pandai mencari pendapatan sendiri dan sangat bertanggungjawab. Mereka tidak bergantung harap pada keluarga semata-mata.'' katanya.

Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sering Dimarahi Datuk Nenek Pilih Kasih, Tapi Cucu Tetap Sayang Tak Pernah Berdendam

Baca juga: Tidak Dapat Keluar Menjaja Kerepek, Nenek Terpaksa Catu Makanan Anak & Cucu Di Rumah

Baca juga:  Sangka Ia Adalah Puri Bayi, Rupanya Nenek Beri Cucu 18 Bulan Makan Hand Sanitizer!

Stories Rakan Kongsi
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
#DudukDiRumah dan Bergembira bersama Kempen Friso® Gold x Lazada 11.11 Mission Moo-Possible
#DudukDiRumah dan Bergembira bersama Kempen Friso® Gold x Lazada 11.11 Mission Moo-Possible
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • ''Masa Bawa Check Kuning, Ramai Orang Ingat Anak,'' Nenek Muda 35 Tahun Viral Timang Cucu Pertama
Kongsikan:
  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

    Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

    Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.