TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

7 Barang Keperluan Bayi Yang Penting & Wajib Dibawa Bersama Bila Ibu Ayah Keluar Rumah

4 min bacaan
7 Barang Keperluan Bayi Yang Penting & Wajib Dibawa Bersama Bila Ibu Ayah Keluar Rumah

Barang keperluan anak amat penting untuk dibawa bersama sewaktu keluar dari rumah atau mengunjungi rumah sanak saudara

Hanya berbilang beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut Aidilfitri. Pasti ada sesetengah dari kita sudah pulang ke kampung atau sedang membuat persiapan untuk pulang ke kampung. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, jangan lupa tentang barang keperluan anak yang perlu dibawa bersama. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 7 barang keperluan anak yang wajib dibawa apabila keluar beraya
  • Rancang perjalanan ikut jadual rutin bayi 

7 barang keperluan anak yang wajib dibawa apabila keluar beraya

barang keperluan bayi

Barang keperluan bayi merupakan keperluan yang sangat penting khususnya kepada ibu bapa yang tidak biasa melakukan perjalanan jauh dengan anak-anak. Antara barang keperluan yang wajib dibawa adalah seperti:

#1. Pakaian bersesuaian dengan cuaca

Cuaca dan suhu di Malaysia hampir seragam sepanjang tahun iaitu antara 21° C sehingga 36° C. Ini bermakna, keadaan purata suhu adalah tidak terlalu sejuk dan tidak juga terlalu panas.

Oleh itu, pemilihan material kain memainkan peranan penting untuk bayi. Bukan hanya faktor material yang perlu dititik-beratkan. Malah dari segi aliran pengudaraan yang baik, material kapas, berbutang atau riben, warna, dan sebagainya juga memaikan peranan.

#2. Lampin

Anda pasti sengsara jika lupa bawa lampin bersama sebelum memulakan perjalanan jauh. Lampin pakai buang sangat memudahkan para ibu di luar sana.

Bila tiba masa untuk ditukar, terus tukar lampin kotor dengan yang baru. Ini akan sentiasa mengekalkan keselesaan anak di dalam kereta.

#3. Susu formula

barang keperluan bayi

Anak yang masih menyusu sama ada susu formula atau susu ibu dengan menggunakan kaedah pumping, masing-masing mempunyai kepentingannya yang tersendiri bagi bayi. Pastikan bekalannya mencukupi dan mudah untuk anda bancuh walau dimana sahaja.

#4. Bekalan ubat

Pastikan bekalan ubat asas seperti minyak angin bayi, ubat selsema, ubat batuk, ubat gigitan serangga dan nyamuk, ubat ruam dan sebagainya sentiasa sedia di dalam kereta. 

Antibodi anak-anak agak rendah berbanding orang dewasa. Malah tahap kesihatannya juga boleh berubah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. 

#5. Mainan kegemaran

barang keperluan bayi

Bawa bersama mainan anak-anak yang mereka gemar. Jika anak gemar dengan anak patung beruangnya, jadi bawalah sekali dalam perjalanan. Begitu juga dengan mainan-mainan yang lain. Tetapi hadkan bilangan dan bawa mainan yang mempunyai saiz yang sederhana sahaja. 

Dengan cara ini boleh mengelakkan anak dari mudah bosan semasa dalam perjalanan. Mereka akan merasa masa-masa yang ada sentiasa terisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. 

#6. Makanan bayi

Anak yang masih kecil dan belum mampu untuk menghadam makanan pejal, perlukan makanan bayi yang lembut seperti puri atau bubur.

Tips terbaik, anda sediakan sahaja makanan bayi yang sudah dimasak sendiri secara segar. Kemudian simpan di dalam peti sejuk dan panaskan sahaja apabila perlu.

#7. Peralatan mandian bayi

Kulit bayi sangat sensitif. Oleh itu, mereka tidak boleh dimandikan dengan menggunakan sebarang sabun atau produk mandian. Pastikan anda bawa peralatan mandian mereka sekali seperti sabun mandi dan syampu. 

Rancang perjalanan ikut jadual rutin bayi 

Untuk mendapatkan pengalaman dalam perjalanan yang selesa dan memuaskan, anda perlu rancang mengikut  jadual rutin bayi anda.

Contohnya seperti, mulakan perjalanan setelah anak benar-benar bersedia dengan tidur yang cukup, dan perut yang kenyang. Hal ini memudahkan anda untuk menyusun perjalanan dengan lebih baik. 

Tidak sukar sebenarnya melakukan perjalanan jauh bersama anak yang masih kecil. Hanya sahaja anda perlu bijak dalam merancang dan sabar menghadapi kerenah anak-anak yang selalu beragam.

100 comments, sishawa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 35 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir, #5 Amat Penting & Wajib Ada!

Baca juga: Memilih Keperluan Bayi Bakal Lahir, Ikutkan Hati Semua Nak Beli – Tips Jimat & Lengkap

Baca juga: Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 7 Barang Keperluan Bayi Yang Penting & Wajib Dibawa Bersama Bila Ibu Ayah Keluar Rumah
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham