X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Telatah Lucu Dua Beradik Main Air Sirap, Pentingnya Permainan Kreatif Buat Kanak-Kanak! Ibu Ayah Jangan Terus Melatah

3 min bacaan
Telatah Lucu Dua Beradik Main Air Sirap, Pentingnya Permainan Kreatif Buat Kanak-Kanak! Ibu Ayah Jangan Terus Melatah

Tular gambar lucu (dan agak menyeriaukan!) dua orang beradik yang berlumuran cecair air sirap. Nah, ia sebenarnya menunjukkan sisi seni dan kreatif si kecil itu! Jom kita tengok kepentingan permainan kreatif untuk anak-anak!

Baru-baru ini, tular satu gambar yang cukup lucu (dan mendebarkan!) di mana dua orang adik beradik sibuk dengan permainan kreatid mereka. Apa dua kanak-kanak ini buat? Mereka ralit bermain dan berlumur dengan cecair air sirap! Ramai netizen yang tersenyum dan tertawa apabila melihat gambar yang telah dikongsikan oleh ibu mereka, Puan Nor Farra Farihan, di FB.

Mula-mula lihat, berdebar juga rasa di hati! Ingatkan sesuatu yang teruk telah berlaku dan mereka bermandi darah, rupanya mereka sibuk berenang dalam air sirap.

Sebagai ibu bapa, ini adalah lumrah kehidupan kita. Anak-anak akan melakukan perkara-perkara yang sangat naif dan mencuit hati. Dari satu sudut, ia juga sebenarnya menampilkan sudut kreativiti kanak-kanak.

Mereka sibuk berimaginasi dan meluahkan kreativiti dengan permainan kreatif mereka dalam pelbagai cara. Ini mungkin salah satu daripada caranya!

Kanak-Kanak Suka Benda Seni dan Permainan Kreatif

Anak kecil suka melihat benda yang cantik dan berwarna-warni. Jika anda perasan, apabila anda meletakkan kertas kosong dan memberi mereka pensel warna, pasti bersinar mata mereka. Tangan pula laju mencapai pensel dan mulalah mereka melukis atau menconteng kertas tersebut.

art quotes for kids

Source: Pinterest.com

Sama juga apabila diberi berus dan cat warna. Apa yang akan berlaku apabila diberi dua benda seni ini? Pasti sarat kertas lukisan (dan kadangkala, dinding rumah) dengan hasil lukisan seni anak-anak ini.

Apakah Kepentingan Seni dan Kreativiti Buat Kanak-Kanak?

Sebenarnya, menurut Lisa Ecklund-Flores, seorang direktor Musik dan Seni di New York City, seni mampu menggalakkan perkembangan mental, sosial dan emosi kanak-kanak. Ia juga membantu si kecil untuk meningkatkan kemahiran dirinya dalam menganalisis dan menyelesaikan masalah.

Malah, ia juga turut memperbaiki kemahiran motor atau pergerakan fizikal si kecil. Jika si kecil itu turut mengira pensel-pensel atau objek yang dilukisnya, kemahiran matematik dirinya juga akan semakin meningkat dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.

arts and creativity for kids

Source: Sheknows.com

Ingin tahu lagi apakah kepentingan seni dan kreativiti buat anak-anak anda? Ini ada lagi satu: apabila anak anda berasa seronok dan bebas dalam mengekspresikan dirinya, keyakinan diri dan rasa nilai diri dia juga akan bertambah!

Lihat? Banyak sebenarnya kebaikan apabila anak kita meluahkan diri atau bermain dengan benda-benda seni dan kreatif. Ya, walaupun kadangkala, mereka membuat semak atau menyepahkan barang dalam proses tersebut, kita perlu bersabar sahaja. Ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan dan pembesaran dirinya!

Anak Anda Membuat Sepah Ketika Bermain atau Ketika Mengekspresikan Sisi Seni Dirinya? Senyum Sahaja!

Kita kan selalu dengar orang-orang lama kata? Hiruk pikuk bunyi anak kita bermain dan suasana sepah di rumah kita akan dirindui satu hari nanti apabila mereka membesar dewasa dan meninggalkan rumah kita.

Jadi, jom! Kita nikmati sahaja musim kehidupan yang menggembirakan ini bersama dengan anak-anak kita!

Biarkan mereka terokai hidup mereka dengan cara yang menghiburkan, ia sangat bagus untuk daya imaginasi anak-anak. Jadi bila sepah sikit dan comot tak mengapalah ya ibu?

Stories Rakan Kongsi
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
6 ways playtime can shape your child's learning!
6 ways playtime can shape your child's learning!

Baca lagi: Bertuah Betul Anak! Teringin Mandi Kolam Sampai Diam-Diam Mandi Dalam Mesin Basuh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Aktiviti anak
  • /
  • Telatah Lucu Dua Beradik Main Air Sirap, Pentingnya Permainan Kreatif Buat Kanak-Kanak! Ibu Ayah Jangan Terus Melatah
Kongsikan:
  • Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

    Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

  • Kisah sayu kenapa anak 5 tahun ini sudah pandai memasak dan kemas rumah

    Kisah sayu kenapa anak 5 tahun ini sudah pandai memasak dan kemas rumah

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

    Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

  • Kisah sayu kenapa anak 5 tahun ini sudah pandai memasak dan kemas rumah

    Kisah sayu kenapa anak 5 tahun ini sudah pandai memasak dan kemas rumah

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.