X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bertuah Betul Anak! Teringin Mandi Kolam, Diam-Diam Berendam Dalam Mesin Basuh

4 Aug, 2021
Bertuah Betul Anak! Teringin Mandi Kolam, Diam-Diam Berendam Dalam Mesin Basuh

Kenangan masa kecil adalah yang paling berharga. Meskipun anak-anak sering menguji kesabaran ibu ayah, perkara inilah akan kekal dalam ingatan mereka

Proses membesarkan anak penuh suka dan duka. Meskipun hidup secara sederhana, banyak kenangan masa kecil akan diingati apabila mereka dewasa kelak. Memandangkan kini kita dalam tempoh kawalan pergerakan, anak-anak tidak dapat keluar rumah dan ibu ayah perlu melayan setiap karenah mereka di rumah.

Pastinya segala tindakan anak yang masih kecil ini di luar fikiran orang dewasa, apa yang dilakukan tidak terjangkau oleh akal sehingga kadang-kadang menguji kesabaran ibu ayah.

Kenangan masa kecil, anak diam-diam mandi dalam mesin basuh

anak mandi dalam mesin basuh

Tidak dinafikan bukan mudah untuk meneruskan rutin harian bersama anak-anak ketika musim pandemik ini. Jika dahulu adanya sesi persekolahan, namun kini segalanya telah berubah.

Masa yang ada banyak dihabiskan di dalam rumah. Ibu ayah juga perlu memainkan peranan sebagai ‘guru sementara’ ketika berlangsungnya sesi pdPR. Bagi anda yang bekerja dari rumah pula, agak mencabar untuk menyiapkan kerja sambil melayan ragam anak-anak.

Meskipun sukar, inilah realiti yang perlu dihadapi buat masa ini. Seorang ibu, Siti Suhaidi Bakar berkongsi gelagat anak lelakinya berusia 6 tahun teringin mandi kolam.

Difahamkan, kebelakangan ini anak-anak sering meminta izin untuk mandi di luar rumah. Namun tidak menyangka anak lelakinya panjang akal dan menjadikan mesin basuh sebagai kolam.

Bukan itu sahaja mereka sering memberikan alasan untuk bermain ikan keli yang dipelihara. Apabila bangun pagi terus sahaja nak mandi.

Umi memang ada dekat dapur je menyiapkan sarapan. Bila terdengar gelak ketawa mereka berdua ini di luar, umi biarkan sahaja. Hampir siap semua kerja di dapur, umi berasa pelik mereka masih tidak siap mandi. Lama betul!

Umi jenguk la melalui tingkap. Nampak kepala Hasan. Umi pandang dia, dia pandang umi. Tersenyum-senyum simpul manis.

”Bertuah betul anak!”

kenangan anak ketika kecil

Dia mandi dalam mesin basuh rupanya. Kakak yang jadi tukang memberi sokongan. ”Hasan mandi dalam kolam umi” Hasan cuba terangkan apa yang dia rasa.

”Umi ambil gambar sebagai bukti bila nak tunjuk dekat abi.” Umi gertak dia. Teruslah Hasan keluar ketakutan. Nasiblah plug tidak pasang. Sabar jelah dengan anak bertuah ni.

Kenangan masa kecil, pendeknya waktu membesarkan anak-anak

Melihat anak yang sudah membesar dan berjaya menjadi suatu kebahagiaan buat ibu ayah. Segala jerit perih terasa berbaloi, namun jauh di dasar hati ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan buat ibu ayah apabila si anak tinggal berjauhan.

Rumah yang dahulunya riuh dengan gelak tawa, kini sunyi sepi.

Demikian luahan seorang ibu yang cukup menyentuh hati dan dimuat naik oleh seorang pengguna twitter @LNH_15.

Suatu ketika dahulu rumah ini dipenuhi tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan pelbagai lagi. Buku-buku, pensel, seluar, baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat entah ke penjuru mana.

Maka… kedengaranlah jeritan si ibu suruh diam, kemaskan buku-buku dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya, seorang akan bertanya pada emak. ”Mak.. mana pensil saya.” Kemudian seorang lagi bertanya… ”bedak mana mak?” Sorang pulak akan tanya… ”anak tudung saya mana mak?” Mak segera lupakan jerita semalam, ”Tu lah, lain kali jangan sepah barang-barang.”

kenangan membesarkan anak

credit to sources

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak-anak. Yang ada hanyalah katil kosong, tempat sangkut baju pun.. sikit sahaja bajunya.

Apa yang tinggal hanya kesan kenangan dan bau anak pada bantal, tilam dan dinding. Segala gelak tawa, tangis dan aneka perangai anak-anak segar dalam ingatan.

Dan juga.. kehangatan badan anak-anak di bawah pelukannya masa kecil dahulu.

Hari ini rumah mak sudah bersih, kemas dan teratur. Tapi ia seindah padang pasir tidak berpenghuni. Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jeritm suruh anak-anak buka atau tutup.

Kini kamu semua sudah ada dunia sendiri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perbezaan Zaman Kanak-Kanak Dahulu & Sekarang Yang Dilalui Ketika Membesar

Stories Rakan Kongsi
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
Every Parent’s Worst Nightmare:  When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Every Parent’s Worst Nightmare: When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bertuah Betul Anak! Teringin Mandi Kolam, Diam-Diam Berendam Dalam Mesin Basuh
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.