TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Viral Luahan Isteri Di Radio, Para Suami Sedarlah Bukan Mudah Jaga Anak Seorang Diri!

5 min bacaan
Viral Luahan Isteri Di Radio, Para Suami Sedarlah Bukan Mudah Jaga Anak Seorang Diri!

Luahan hati seorang isteri yang terlalu penat urus anak seorang diri. Dia bukan tidak sayang, tetapi hanya inginkan sokongan orang sekeliling

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok berkenaan luahan hati seorang isteri yang merindui zaman bujangnya ekoran suaminya kerja jauh serta perlu menguruskan anak seorang diri. Wanita tersebut berkongsi perasaannya melalui panggilan telefon di sebuah stesen radio.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Luahan hati seorang isteri, tidak bermaksud dia tidak sayang anak
  •  Ambil berat emosi pasangan
  •  Tak tunjuk emosi, cuba untuk kuat

Bagaimanapun ia mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen termasuk ada yang mengkritik dan memberi kecaman. Seorang ibu menerusi akaun Facebook, Shahada Fauzi turut berkongsi pandangannya berhubung luahan hati daripada pemanggil yang dikenali sebagai Puan Nurul.

Luahan hati seorang isteri, tidak bermaksud dia tidak sayang anak

luahan hati

Berkongsi pandangan, Shahada yang membahasakan diri sebagai Cik Sha berpendapat, Puan Nurul belum bersedia sepenuhnya untuk memiliki zuriat dan sebab itu, dia merancang dua tahun selepas perkahwinan untuk tidak mempunyai anak.

Namun sudah rezeki Puan Nurul dikurniakan cahaya mata.

“Kedua ialah dia tertekan kena jaga anak seorang diri tanpa bantuan daripada suami yang kerja jauh. I’m sure mereka perkahwinan jarak jauh (PJJ). Jalan salahkan dia 100%.

“Bukan dia tak sayang anak dia. Kalau tak sayang, dia tak uruskan dan jaga anak macam dia cakap, dia buat semua seorang diri. Cuma dia penat, penat yang tak boleh nak describe dengan kata-kata.

“Stop hina dia tak layak jadi ibu, tiada sifat keibuan, bodoh sebab menyesal ada anak, bebal sebab orang lain nak anak kau tak nak anak, bak sini anak tu. Stop it,” tegas wanita tersebut memberikan pandangan.

Cik Sha juga berharap supaya netizen dalam kalangan ibu tidak membandingkan diri mereka menguruskan anak dengan situasi dihadapi Puan Nurul.

“Jangan bandingkan dengan diri kita yang mampu handle. Aku pun PJJ dengan suami boleh jaga anak seorang diri tak stress pun. Lelaki aku pun tak tolong jaga anak, aku ok je, cukup…don’t compare.

“Dia tak sebut pun dia menyesal, dia cuma cakap dia tertekan. That was a sign and red flag, she needs a help. Ketahuilah, bukan mudah nak handle anak kecil seorang diri. Tambah lagi dia sendiri belum bersedia,” katanya lagi.

Ambil berat emosi pasangan bila kena urus anak-anak di rumah

luahan hati

Cik Sha yang juga ibu kepada empat anak turut menasihati para suami tidak kira tinggal berjauhan dengan anak dan isteri ekoran tuntutan kerja atau tinggal sebumbung supaya mengambil berat keadaan emosi isteri.

“Itu tanggungjawab awak paling besar sekali sebagai ketua keluarga. Isteri tu amanah untuk awak, anak juga amanah. Benih daripada awak sendiri. Hasil cinta suami dan isteri juga. Perkongsian, sama-samalah jaga anak. Jangan letak 100% pada isteri awak seorang.

“Kalau terpaksa PJJ, bergilirlah jaga anak atau at least setiap hari tanya khabar emosi isteri awak. Bila berpeluang balik cuti, ganti peranan isteri untuk jaga anak bagi isteri rehat. Yang tinggal sebumbung pun, wajib sama-sama uruskan anak setiap hari.

“Oh by the way, benda ini terpakai juga untuk suami yang terpaksa jadi househusband dan isteri bekerja. Isteri kena alert keadaan emosi suami yang kena handle anak-anak kecil di rumah seorang diri. Situasinya tetap sama kalau melibatkan penjagaan anak-anak kecil 24 jam seorang diri.

“Faktanya, 5 tahun awal usia anak memang emosi kena kuat untuk handle anak-anak. Tambah-tambah anak pertama, belum ada pengalaman. Baru nak belajar handle anak-anak. Memang sangat perlukan sokongan dan bantuan daripada pasangan. Kalau tak, memang boleh breakdown, burn out.

“Anak dah sekolah lain cerita. Ini cerita anak yang kecil lagi. The struggle is too hard. Yes, ini ujian untuk dia. Ujian untuk orang di sekeliling dia juga. Mungkin ujian untuk kita yang tak mengenali dia mengambil iktibar daripada kisah ini,” katanya.

Ramai isteri tak tunjuk emosi, cuba untuk kuat

luahan hati

Cik Sha juga berpandangan, individu seperti ini tidak akan menunjukkan kepada orang terdekat yang dia dalam keadaan tertekan.

“In real life dia akan tunjuk dia kuat, sedangkan hakikatnya dalaman dia dah sakit. Tapi tak nak orang terdekat dan sekeliling dia tahu. Sebab tu dia call meluahkan macam tu dalam slot luahan ini sebab dia fikir tiada orang tahu siapa dia di sebalik suara itu.

“Semoga suami dia atau ahli keluarga atau orang di sekeliling dia sedar tentang ini dan cepat-cepat bawa dia dapatkan bantuan pakar untuk ‘sembuhkan’ dia. Jangan sampai terlambat.

“Sebab bila dia dah sebut ‘baik tiada daripada ada’ itu bukan perkara yang boleh dipandang remeh ya. It’s a red flag. Something bad will happen kalau tak dibantu. Ibu yang masih rasional, dia penat macam mana pun hadap anak punya perangai takkan sebut perkataan yang tak wajar macam itu.

“Dia dah terlalu ‘sakit’ sangat. Luaran tak nampak sebab ini sakit dalaman. Melibatkan kesihatan mental, ramai tak cakna pasal ini. Mental health issues is real,” tegasnya lagi.

Facebook Shahada Fauzi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanpa Sedar, Ini 5 Perkara Yang Ibu Ayah Buat Jadi PUNCA Anak Belajar Dalam Terpaksa

Baca juga: Mimpi Suami Kahwin Lain Boleh Buat Isteri Murung & Sedih, Ini 5 Makna Sebaliknya!

Baca juga: 7 Tahun Penantian Untuk Bergelar ibu, Wanita Ini Berkongsi Tips Cara Mudah Hamil!

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Viral Luahan Isteri Di Radio, Para Suami Sedarlah Bukan Mudah Jaga Anak Seorang Diri!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham