X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

9 Soalan 'Panas' Yang Sering Ditanya Orang Bila Balik Kampung, Ibu Ayah Bertabahlah!

4 min bacaan
9 Soalan 'Panas' Yang Sering Ditanya Orang Bila Balik Kampung, Ibu Ayah Bertabahlah!

Soalan lazim sering ditanya makcik dan pakcik sewaktu sambut hari raya Aidilfitri. Anda sudah ada jawapan nak jawab soalan cepuemas mereka?

Sudah dua tahun umat Islam di Malaysia tidak dibenarkan merentas daerah menyambut Aidilfitri berikutan sebelum ini pandemik Covid-19. Apabila sudah lama tidak berkumpul bersama sanak saudara, maka banyaklah soalan lazim yang biasa ditanya oleh pakcik dan makcik sewaktu balik kampung?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Soalan lazim biasa ditanya sewaktu hari raya

Maklumlah sebagai orang yang lebih tua, makcik dan pakcik pun mahu bertanya khabar dan memulakan bicara dengan anak-anak saudara. Boleh jadi ada pertanyaan itu mengguris hati, tetapi kita sabar sahajalah. Ada juga pertanyaan itu adalah soalan-soalan biasa tentang perkembangan terkini.

Di sini kami senaraikan antara pertanyaan sering ditanya sewaktu sambutan hari raya Aidilfitri.

9 soalan lazim biasa ditanya sewaktu hari raya

1- SPM dapat berapa? Nak sambung belajar mana?

soalan lazim

Antara pertanyaan sering ditanya oleh makcik dan pakcik di kampung ialah pencapaian akademik. Mereka pun mahu tahu perancangan melanjutkan pelajaran selepas SPM, bagaimana pula dengan jurusan yang bakal dipilih.

Mungkin anda tidak gemar mendedahkan keputusan peperiksaan. Tidak kiralah ia cemerlang atau sebaliknya, jika ada yang bertanya jawab sahaja, ‘alhamdulillah, cukup-cukup makan’. 

2- Semester ke berapa sekarang?

Apabila menyambung pengajian di kolej atau universiti, berbeza pula pertanyaan daripada makcik atau pakcik. Kali ini berkisar tentang tempoh pengajian, sudah berada di semester ke berapa atau bila akan habis belajar.

Seterusnya, akan ditanya juga suasana kehidupan di kolej atau universiti seperti ‘cukup tak makan?’ atau ‘belajar macam mana’. Untung-untung dapat pula wang saku daripada makcik dan pakcik buat belanja di kampus.

3- Bila hendak kerja?

soalan lazim

Nampak anda muat naik gambar di media sosial kenangan manis konvokesyen selepas berjaya menamatkan pengajian, maka bertukar lagi soalan yang diajukan. Kali ini anda ditanya ‘bila hendak kerja’.

Sekiranya pertanyaan itu dengan niat mereka mahu menawarkan pekerjaan atau memberitahu ada tawaran kerja di mana-mana tempat, rezeki untuk anda boleh mencuba.

4- Kerja kerajaan banyak manfaat, tak nak cuba?

soalan lazim

Kerjaya sebagai penjawat awam atau swasta adalah pilihan anda sendiri. Tidak dinafikan, ada yang memilih pekerjaan di sektor awam kerana manfaat di hari tua.

Terpulang kepada anda, asalkan ia rezeki yang halal kerana mana-mana pekerjaan pun, tetap ada cabarannya tersendiri.

5- Banyak tak bonus dapat?

Eh, belum habis lagi rupanya soalan-soalan panas. Sudah ditanya tentang kerja, masuk pula mengenai bonus. Pertanyaan seperti ini agak peribadi bagi kebanyakan orang. Tidak mengapa, jawab saja ‘alhamdulillah, ada rezeki lebih, dapatlah bonus’.

6- Bila nak kahwin?

Soalan makcik dan pakcik diteruskan pula ‘bila kau nak kahwin’ atau ‘sudah ada berpunya ke?’ Berlakulah usaha makcik dan pakcik korek rahsia anda dengan soalan serkap jarang. Mana tidaknya, mereka mahu juga tahu siapa gerangan berkawan dengan anda.

Kalau anda jawab ‘tidak’ dan soalan dihentikan di situ, kira anda bernasib baik. Tetapi ada juga makcik dan pakcik memberi ‘tawaran’ mahu memperkenalkan anda dengan seseorang. Pening bukan?

7- Bila nak anak?

Bagi yang sudah lama berumah tangga, soalan sebegini agak menyentuh hati kerana kita tidak tahu sejauh mana usaha pasangan tersebut mencuba. Rezeki itu tuhan yang tentukan dan mereka belum dikurniakan rezeki tersebut.

Pertanyaan tentang hal berkaitan anak ini sebenarnya agak sensitif. Jika ada yang bertanya sedemikian, minta penanya soalan itu mendoakan supaya dipermudahkan untuk mendapat rezeki anak.

8- Kurusnya kau ni? Gemuknya kau ni?

kelima

Soalan berkaitan bentuk badan ini biasa kedengaran apabila balik ke kampung menyambut raya. Apabila kurus, dikatakan sakit manakala apabila berisi dikatakan gemuk.

Jumpa setahun sekali, bukan mereka nampak perubahan sepanjang tahun. Seeloknya soalan sebegini jangan ditanya dan jika mahu bertanya juga, pastikan ia menggunakan ayat yang sopan serta tidak mengguris hati.

9- Dah beli kereta, rumah? Kau kan bergaji besar, mesti mampu.

Soalan sebegini pun biasa ditanya oleh saudara-mara. Jika penanya itu mempunyai hubungan rapat dengan anda, kita tidak rasa ia soalan mengguris hati.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada rezeki lebih dapat membeli kereta dan rumah, boleh juga merasa menaiki kereta anda atau menziarahi ke rumah, berkongsi kegembiraan dengan makcik atau pakcik. Jika soalan tersebut ditanya dengan nada sinis, tidak perlu ambil peduli dengan perkara negatif.

Apa pun pertanyaan daripada saudara-mara atau makcik pakcik di kampung, diharapkan ia tidaklah sampai sehingga terputus hubungan silaturrahim atau menyebabkan anda berantakan.

Kita sambut hari raya dengan suasana gembira, mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sudah dua tahun tidak berkumpul, apa kata sentiasa manis muka dengan senyuman. 

The Vocket

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

Baca juga: Bosan Dengan Menu Berbuka Biasa? Cuba Hidangan Hari Raya Unik & Lazat Ini

Baca juga: 5 Cabaran Berpantang Semasa Hari Raya, Bertabahlah Wahai Ibu Semuanya Demi Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 9 Soalan 'Panas' Yang Sering Ditanya Orang Bila Balik Kampung, Ibu Ayah Bertabahlah!
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham