TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bosan Dengan Menu Berbuka Biasa? Cuba Hidangan Hari Raya Unik & Lazat Ini

5 min bacaan
Bosan Dengan Menu Berbuka Biasa? Cuba Hidangan Hari Raya Unik & Lazat Ini

Raya kan setahun sekali. Jom lah cuba 5 resepi unik ini untuk hidangan raya dan kuih-muih anda. Tetamu yang makan pasti terikat!

Pejam celik, pejam celik, kita sudahpun masuk minggu ketiga berpuasa. Kebanyakan ibu-ibu pun sudah tiada lagi idea nak masak apa untuk berbuka kan? Haaa.. kalau begitu tak salah kita mula mencuba masak hidangan hari raya.

Dah alang-alang mungkin tahun ini tidak dapat beraya di kampung, apa kata kita cuba masak sendiri yang membangkit memori beraya beramai-ramai. Sebenarnya tak susah pun nak masak hidangan hari raya. Yang kita perlukan hanyalah masa dan bahan-bahan lengkap.

Jadi apa tunggu lagi. Malam ini bolehlah berbuka dengan hidangan lazat ini. Kami sediakan hidangan utama serta pencuci mulut. Barulah anak-anak meminta-minta tambah nasi!

Resepi Hidangan Hari Raya Untuk Santapan Keluarga

1 # Nasi Briyani Kurma Daging

hidangan hari raya

Kredit gambar: Resepi Mudah

Nasi memang pelengkap makanan orang Melayu. Kalau tak jamah nasi sekali dalam sehari (walaupun ketika hari raya), rasa macam tak sah! Mari cuba resepi nasi briyani istimewa ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan beras basmati 
  • 4 cawan air
  • 2/4 tin susu cair
  • 600 gm daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 100 gm kacang gajus (kisar halus)
  • 2 sudu besar jus limau nipis + 1/4 susu cair (untuk buat tairu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam, gula (secukup rasa)

Bahan Tumis dan Kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 3 biji buah pelaga

Cara memasak:

  1. Potong dan rebus daging. 
  2. Panaskan minyak, masukkan marjerin dan bahan tumis.
  3. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas dan kacang gajus.
  4. Kacau dan biar pecah minyak
  5. Masukkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam dan gula.
  6. Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan beras dan kacau.
  7. Kecilkan api, dan biar nasi masak.
  8. Siap! Sebelum hidang, tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

2# Ayam Masak Kam Heong

hidangan hari raya

Kredit gambar: Resepi Mudah

Hidangan sampingan yang boleh dimakan dengan nasi briyani anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gm ayam
  • 4 tangkai cili pidi – diketuk
  • 2 tangkai cili merah – dihiris
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • garam dan gula

Cara memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam. Goreng ayam kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
  3. Masukkan serbuk kari dengan sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan sos tiram.
  4. Kacau hingga kuah jadi pekat. Boleh tambah air.
  5. Masukkan cili merah dan cili padi. 
  6. Masukkan ayam dan kacau.
  7. Tambah gula dan garam. Siap!

3# Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh

hidangan hari raya

Kredit gambar: Resepi Mudah

Teringin nak makan masak lemak belimbing buluh? Boleh cuba masak sekarang jadi bila waktu hari raya nanti, masakan sudahpun rasa lebih sempurna. Pasti terangkat hah!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 6 biji telur itik
  • 2 kotak kecil santan pekat
  • air
  • 2 batang serai 
  • 2 helai daun kunyit 
  • 10 biji belimbing buluh
  • garam dan serbuk perasa
  • segenggam cili api (tumbuk lumat)
  • 2 inci kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • 1/2 biji bawang besar (tumbuk)

Cara memasak:

  1. Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air
  2. Kacau hingga masak
  3. Masukkan santan dan air. Kecilkan api.
  4. Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa.
  5. Perlahankan api dan pecah telur. Biar telur masak. Siap!

Pencuci Mulut Hidangan Hari Raya

Hidangan raya sudah siap. Apa kata anda cuba 2 resepi kuih raya unik ini pula! Lain dari yang lain sikit kuih raya anda. Baru tetamu asyik teringat! Hehe.

1# Biskut Pepero

Bosan Dengan Menu Berbuka Biasa? Cuba Hidangan Hari Raya Unik & Lazat Ini

Kredit gambar: Facebook Wanita Idaman

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur (asingkan kuning dan putih)
  • 3 1/2 oz coklat
  • 1 oz coklat putih
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar gila
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 sudu air
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara membuatnya:

  1. Campur susu pekat manis dengan air. Ketepikan.
  2. Campur tepung, gula, baking powder dan garam. 
  3. Masukkan mentega, kuning telur dan bancuhan susu pekat tadi.
  4. Kacau hingga adunan menjadi doh.
  5. Masukkan doh dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Keluarkan doh dan buat bentuk jari. Kemudian simpan balik dalam peti sejuk selama 10 minit.
  7. Panaskan oven dengan suhu 175 °C.
  8. Sapu putih telur pada jejari dan bakar selama 20-25 minit.
  9. Celup biskut jejari dengan coklat dan coklat putih.

2# Biskut Oreo Penakluk Cinta

Bosan Dengan Menu Berbuka Biasa? Cuba Hidangan Hari Raya Unik & Lazat Ini
Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Kredit gambar: Sedaptube.com

Bahan-bahan:

  • 30 keping Oreo
  • 6 sudu besar mentega
  • 2 cawan marshmallow
  • 1 sudu besar sos karamel
  • 3 sudu besar cip coklat

Cara membuatnya:

  1. Cairkan mentega. Hancurkan Oreo. Kemudian campur dan gaul sebati.
  2. Panaskan oven dengan suhu 180°C.
  3. Tuang adunan Oreo dalam acuan. Rata dan padatkan.
  4. Bakar selama 10 minit
  5. Keluarkan dari oven dan tabur marshmallow. 
  6. Picit sos karamel di atas biskut.
  7. Bakar kembali selama 8 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan tabur cip coklat.
  9. Sejukkan dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber rujukan: Says dan Resepi Mudah

Kredit gambar: Facebook Wanita Idaman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Masakan Sotong Mudah & Sedap, Mesti Makan Nasi Licin & Bertambah-Tambah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Bosan Dengan Menu Berbuka Biasa? Cuba Hidangan Hari Raya Unik & Lazat Ini
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham