Aneka Resepi Sotong Mudah & Sedap, Konfem Makan Nasi Sepinggan Tak Cukup!

Aneka Resepi Sotong Mudah & Sedap, Konfem Makan Nasi Sepinggan Tak Cukup!

Pernah tak setiap kali ingin memasak, anda kehilangan idea sebab selalu masak lauk yang sama! Aneka resepi sotong ini wajib cuba sebab ia sedap dan mudah.

Setiap kali ingin masuk dapur, pasti ibu-ibu akan berfikir panjang untuk idea masakan yang mudah dan sedap. Jika selalu makan ayam, tidak elok juga kan? Jadi apa kata anda cuba aneka resepi sotong ini kerana penyediaannya cukup ringkas dan menjimatkan masa!

Penggemar makanan laut terutamanya sotong, resepi-resepi ini sangat menarik untuk dicuba. Memandangkan sekolah masih belum dibuka, confirm seisi keluarga selalu ulang-alik ke dapur minta makanan!

Aneka resepi sotong yang lazat

#1. Sotong telur masin

koleksi resepi sotong

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Daun kari
  • Cili padi atau cili kering
  • Bawang putih cincang 
  • Susu pekat
  • Telur masin mentah 2 biji (kuning sahaja)
  • Tepung beras
  • Putih telur ayam
  • Garam, gula

Cara penyediaan

  1. Sotong dihiris bulat-bulat, celup dalam putih telur dan celupkan pula ke dalam tepung beras.
  2. Goreng, angkat dan toskan.
  3.  Cairkan mentega dan tumis bawang putih yang dicincang halus, cili serta daun kari.
  4. Tambah susu pekat dan gara. Rasa perlu manis, masin dan berlemak. Kemudian masukkan telur masin dan hancur-hancurkannya.
  5. Letak sotong yang sudah digoreng dalam kuah dan ratakan. Sedia untuk dihidangkan!

#2. Paprik sotong

resepi sotong mudah

Bahan-bahan

  • 3-4 ekor sotong dibersihkan dan dipotong
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dihiris kasar
  • 2 batang serai dihiris kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi diketuk
  • 1 biji cili merah dihiris menyerong
  • Sedikit bunga kubis, carrot dan kacang (ikut suka)
  • Sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan
  • Garam dan gula

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi ketuk. Kacau sekejap.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan sotong. Tambah sedikit air dan biarkannya mendidih.
  3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Apabila mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan jika perlu masukkan garam.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.

#3. Kari sotong

idea masakan sotong

Bahan-bahan

  • 1kg sotong
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging (dibancuh sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar kicap manis jalen
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • Air
  • Garam dan gula

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 batang serai diketuk

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau.
  3. Masukkan air sedikit dan biarkannya mendidih.
  4. Masukkan sotong, asam gelugor, madu, sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkannya mendidih. Siap!

#4. Sambal merah sotong

resepi sotong masak merah

Bahan-bahan

  • Sotong dibersihkan
  • Bawang besar dipotong bulat

Bahan tumis:

  • Bawang merah dikisar
  • Bawang putih dikisar
  • Cili kisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Sedikit kicap untuk mencantikkan sambal

Cara penyediaan

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga garing.
  2. Masukkan pes asam jawa, garam, gula, secukup rasa. Kemudian tambah bawang yang dipotong bulat, masukkan sedikit kicap manis dan akhir sekali masukkan sotong. Biarkan 3-5 minit sahaja dan siap!

#5. Sotong masak kicap

resepi sotong sedap

Bahan-bahan

  • 3-4 ekor sotong
  • 1 inci halia dihiris dan diketuk
  • 3 biji bawang putih dihiris dan diketuk
  • 1 batang serai diketuk
  • 6-7 biji cili api (ikut suka)
  • 1 biji bawang besar hirisan bulat
  • 1 cawan kicap manis atau lemak manis
  • Garam
  • Cuka atau air asam jawa

Cara penyediaan

  1. Tumis halia, bawang putih, cili api dan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggi sehingga mendidih.
  3. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. Kacau rata sampai bawang layu.
  4. Kemudian tambahkan secubit garam dan cukup sedikit sahaja ikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas!

Sumber: Resep Masakan Rumahan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner