Sebagai ibu bapa, sudah tentu anda menitikberatkan penyediaan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak agar mereka membesar dengan sihat dan bebas alergi protein.
Sistem imunisasi dalam badan anak tidak mampu melindungi sepenuhnya si manja anda dari masalah bakteria, parasit dan kuman.
Risiko alergi protein
foto: shutterstock
Namun sebenarnya tidak semua kanak-kanak boleh menerima apa sahaja menu makanan yang anda sediakan, malah bagi sesetengah kanak-kanak akan berlaku masalah alergi protein.
Antara salah satunya alergi yang sering terjadi pada kanak-kanak ialah alahan terhadap telur.
Masalah ini dapat dilihat dengan munculnya beberapa gejala setelah beberapa minit atau jam anak diberikan telur atau makanan yang mengandungi telur.
Dalam hal ini, dikatakan alergik terhadap telur putih adalah yang sering berlaku berbanding dengan kuning telur.
Penyebab utama alahan telur pada adalah ketidakmampuan sistem kekebalan tubuh untuk membezakan protein telur dengan serangan penyakit.
Tubuh menganggap protein telur sebagai penyerang asing dan melakukan serangan dengan melepaskan antibodi yang berlebihan.
Penyebab alahan terhadap telur
#1. Faktor genetik
Jika anda memiliki sejarah keluarga yang mengalami alahan terhadap makanan, besar kemungkinan untuk anak mengalami alergi yang sama.
#2. Tidak balas tubuh badan
Jika bayi mempunyai kecenderungan memberi reaksi terhadap alergi protein, maka mereka juga terdedah mengalami alahan terhadap telur.
Sekiranya ank mempunyai alahan terhadap makanan lain seperti bijirin dan kacang, sebenarnya mereka beriskio lebih tinggi untuk turut alahan dengan telur.
#3. Disebabkan oleh penyakit
Oleh kerana alahan melibatkan sistem kekebalan tubuh, penyakit yang teruk boleh menjadikan tubuh sangat sensitif dan berjaga-jaga terhadap bahan asing.
Ini bermakna tubuh akan mempertimbangkan protein telur sebagai agen jangkitan yang mendorong sistem imun untuk menyerangnya.
Simptom alergi telur
Tanda-tanda alahan telur pada bayi kelihatan sama seperti penyakit lain. Ia hanya memerlukan beberapa minit atau kadang-kadang hingga satu jam untuk menunjukkan tanda-tanda alahan.
#1. Masalah pada kulit. Alahan telur akan menyebabkan bengkak merah atau ruam yang menyebabkan gatal-gatal yang ringan dan teruk. Komplikasi keadaan ini boleh membawa kepada ekzema.
#2. Bengkak pada bahagian mulut. Anda mungkin melihat bengkak di bibir dan mungkin lidah yang bengkak.
#3. Mata menjadi merah. Kemerahan pada mata akan datang bersama-sama dengan rasa gatal-gatal, bengkak, dan air mata yang berlebihan.
#4. Hidung berair, merah dan gatal.
#5. Bengkak di tekak. Anak mungkin menunjukkan ketidakselesaan semasa menelan.
#6. Kesakitan perut yang disertai dengan cirit-birit.
#7. Muntah dan mual: Anak akan menunjukkan ketidakselesaan kerana rasa mual yang berterusan.
#8. Kesukaran bernafas. Anak akan mengerang dan bernafas dengan cepat. Sekiranya keadaan ini berlanjutan dalam tempoh lama, dia mungkin akan mengalami asma.
#9. Nadi jantung lemah boleh menyebabkan rasa pening.
#10. Kegelisahan dan keresahan. Selepas kegelisahan tiba-tiba, bayi mungkin kelihatan kehilangan kesedaran.
#11. Demam: Suhu badan meningkat, yang sering disertai oleh mana-mana gejala yang disebutkan di atas.
#12. Anafilaksis (alergik yang serius). Dalam kes tindak balas alahan yang melampau, bayi boleh mengalami kejutan anafilaksis yang boleh mengancam nyawa melalui tanda-tanda berikut:
- Kesakitan perut melampau
- Otot tekak membengkak akan menyempitkan saluran pernafasan sehingga menjadikannya sukar untuk bernafas.
- Denyutan jantung menjadi sangat cepat.
Walaupun ini adalah gejala alahan telur, terdapat komplikasi lain yang disebabkan oleh alahan, kerana alergi telur mungkin tidak selalu bersendirian.
Proses rawatan dengan pihak perubatan
foto: julioandrian
Apabila anda melihat satu atau lebih daripada gejala atau komplikasi di atas, jangan menunggu untuk masa memulihkannya, tetapi terus bawa anak untuk rujukan doktor.
Adalah penting untuk mengesahkan masalah tersebut sebelum membuat kesimpulan bahawa bayi mempunyai alahan terhadap telur.
Doktor akan menganalisis diet anak dan sejarah penyakit atau alahan lain. Selalunya, dia akan menggunakan prosedur berikut:
#1. Pengubahsuaian diet
Perkara pertama, doktor akan meminta anda menjauhkan makanan yang disyaki memberi alahan. Kemudian, anda diperkenalkan satu alergen dalam diet harian anak. Ini membantu mengenal pasti perkara makanan tertentu yang menyebabkan alergi.
#2. Ujian pada kulit (SPT)
Sebilangan kecil bahan alahan akan diletakkan pada kulit bayi bagi melihat sebarang reaksi. Jika ia menunjukkan bengkak dan bintik merah seperti gigitan nyamuk, ia bermakna anak sensitif terhadap telur.
#3. Ujian darah
Ujian darah yang dipanggil RAST (ujian radioallergosorbent) dan ELISA (ujian imunosorbent berkaitan enzim) dijalankan untuk menentukan kehadiran antibodi dalam darah yang mungkin menunjukkan alahan terhadap telur.
Doktor anda akan mencadangkan rawatan yang sesuai berdasarkan keputusan diagnosis.
Sumber: Momjunction
Credit photos: Medical News Today, Healthline
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Kematian Kanak-Kanak Ini Mengingatkan Kita Tentang Bahaya Alergi Makanan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!