TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kematian Kanak-Kanak Ini Mengingatkan Kita Tentang Bahaya Alergi Makanan

3 min bacaan
Kematian Kanak-Kanak Ini Mengingatkan Kita Tentang Bahaya Alergi Makanan

Kematian kanak-kanak ini membuka mata ibu bapa untuk lebih prihatin tentang alergi makanan yang dihadapi anak-anak. Alergi makanan boleh bawa maut, ya!

Alergi makanan meragut nyawa budak berusia 11 tahun

Sebut sahaja perkataan alergi tentu sahaja ramai yang biasa mendengarnya.

Tapi tahukah anda alergi sebenarnya boleh membawa maut? Dan itulah yang terjadi kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ini, meninggal dunia akibat alergi.

Oakley Debbs meninggal dunia akibat komplikasi alergi yang teruk terhadap kacang, ya kacang.

Dan kematian Oakley telah menjadi pengajaran kepada ibu bapa untuk lebih peka dengan tanda-tanda alergi serta ilmu tentang alergi. 

Di dalam kes ini, kesan alerginya tidak muncul serta-merta namun apabila alergi telah merebak, ia terus mengakibatkan kesan yang paling teruk – kematian.

Kematian Kanak-Kanak Ini Mengingatkan Kita Tentang Bahaya Alergi Makanan

Kredit gambar: Cara Mengatasi Alergi

Kek yang mengandungi kacang jadi punca alergi makanan

Semuanya bermula apabila Oakley telah makan kek yang mengandungi kacang walnut di dalamnya semasa Hari Kesyukuran.

Setelah Oakley perasan terdapat kacang di dalam kek tersebut, dia terus memberitahu ibunya.

Selalunya, kesan alergi yang dihadapi Oakley ialah kesan biji air di bibirnya yang akan hilang selepas memakan ubat Benadryl.

Pada hari itu, selepas mengambil Benadryl, Oakley rasa lebih lega dan terus pergi bermain dengan kembar dan sepupunya.

Tetapi lewat petang itu, dia mulai rasa tidak sihat dan muntah-muntah. Beberapa minit kemudian dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

Mukanya menjadi biru dan Oakley tidak sedarkan diri! Empat hari kemudian, Oakley meninggal dunia di hospital.

Pelan untuk mengatasi insiden alergi makanan

Menurut ibu bapa Oakley, mereka menyangka keadaan asma Oakley lebih penting. Jadi mereka ada pelan kecemasan untuk asma tapi tidak untuk alerginya!

Dan selepas Oakley meninggal dunia akibat alergi, mereka rasa perlu untuk meningkatkan kesedaran tentang alergi makanan. 

Jadi mereka menubuhkan Pertubuhan Red Sneakers yang diberi nama sempena nama kasut kegemaran Oakley. 

Motif utama pertubuhan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang alergi makanan.

Mereka juga mahu label makanan jelas menunjukkan kandungan bahan yang boleh menjadi punca alergi. 

Ia supaya orang yang membaca tahu kandungan bahan tersebut boleh mengakibatkan kesan alergi yang teruk seperti kematian.

Apakah yang anda boleh lakukan jika anak tiba-tiba mengalami alergi makanan?

Reaksi alergi ada pelbagai dan ia boleh jadi antara kes minor hinggalah kes membahayakan seperti kes Oakley. 

Sebab itu, sebagai ibu bapa, amat penting untuk tahu jika anak anda mempunyai alergi terhadap sesuatu. Dan penting untuk tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kesan reaksi alergi.

Dan penting untuk tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kesan reaksi alergi.

Kematian Kanak-Kanak Ini Mengingatkan Kita Tentang Bahaya Alergi Makanan

Foto ehsan: Consumer Health Digest

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh lakukan:

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
  • Ambil ujian alergi. Ini adalah langkah terbaik untuk mengetahui jika anda atau anak anda mempunyai alergi terhadap sesuatu.
  • Tahu tanda-tanda kesan alergi. Ia mungkin berbeza, ada gejala seperti kulit gatal-gatal, ada yang mengalami sakit perut, muntah-muntah atau bersin. Malah ada yang hingga pening kepala hingga pengsan.
  • Baca label makanan. Ketahui apa kandungan makanan yang anda bakal makan. Jika termakan sesuatu yang anda alergi, terus makan ubat antihistamine yang boleh mengurangkan kesan alergi.
  • Bincang dengan doktor anda. Ambil tahu cara terbaik untuk menangani kesan alergi melalui doktor anda. Ini kerana kesan alergi mungkin mempunyai cara atasi yang berbeza.

Sumber: theAsianParent Singapore, Scarymommy.com, Today.com, dan Kidshealth.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commasalah-alahan-makanan-pada-kanak-kanak-dan-bayi/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kematian Kanak-Kanak Ini Mengingatkan Kita Tentang Bahaya Alergi Makanan
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham