X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu, Tak Perlu Guna Kopi Atau Asam Jawa Lagi. INI 3 Tips Cerai Susu Badan, Tanpa Calarkan Emosi Si Manja!

4 min bacaan
Ibu, Tak Perlu Guna Kopi Atau Asam Jawa Lagi. INI 3 Tips Cerai Susu Badan, Tanpa Calarkan Emosi Si Manja!

Selalunya ramai yang mencadangkan anda untuk meletakkan asam jawa atau serbuk kopi pada payudara untuk buat anak tidak mahu menyusu bukan? Tahukah anda, cara begitu boleh menyebabkan anak kecewa?

Runsing pula bila anak sudah 2 tahun, tapi anak masih belum bersedia cerai susu badan!

Tidak ada persoalan mengenai pendapat pakar kesihatan global tentang manfaat susu ibu untuk bayi – secara eksklusif sehingga 6 bulan, dan sehingga 2 tahun dan mungkin lebih dari itu. Walau bagaimanapun, akan tiba masa bagi ibu mula berfikir soalan ini: bagaimana untuk hentikan penyusuan anak yang berusia 2 tahun (dan ke atas)?

cerai susu badan, berhenti susu badan, doa cerai susu badan, wean off anak, berpisah susu badan, wean off maksud, cerai susu badan anak 2 tahun, perkembangan anak 2 tahun, berhenti menyusuan anak, tips wean off, tips cerai susu badan

Cerai Susu Badan: Kelebihan Melanjutkan Penyusuan Ibu

Terdapat banyak faedah dalam penyusuan susu ibu yang dilanjutkan untuk kanak-kanak, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas, menurut pakar laktasi.

  • Pada bayi dan kanak-kanak, penyusuan susu ibu akan membantu mereka untuk menghadapi lebih baik dengan pengalaman baru dan perubahan dalam rutin.
  • Saat menyusu dapat membantu kanak-kanak kembali ke “tempat yang dikenali dan selamat”. Ini seterusnya membantu mereka menghadapi cabaran baru dengan kawalan yang lebih baik terhadap kecemasan mereka sendiri.
  • Apabila anak-anak kecil jatuh sakit, menyusukan bayi membantu memberi imuniti dan memberi ganti untuk makan (tetapi tidak menggantikan sepenuhnya) apabila selera makan mereka turun. Susu ibu adalah lebih cair bagi tubuh manusia untuk dicerna dan lebih cepat diserap oleh badan.
  • Menyusukan anak selama lebih 2 tahun juga mempunyai manfaat untuk ibu. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia mengurangkan risiko penyakit tertentu seperti kanser payudara, kanser ovari, rheumatoid arthritis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes. Ini bermakna semakin lama anda melanjutkan penyusuan ibu, maka kesihatan ibu juga lebih terjamin.

Kenapa Ibu Perlu Cerai Susu Badan?

Walaupun ada banyak kelebihan penyusuan ibu, akan tiba masa apabila ibu perlu cerai susu badan dengan si manja. Sebelum usia bayi 2 tahun, ada 3 sebab utama anda perlu hentikan penyusuan badan.

  • Persepsi tidak menghasilkan susu yang mencukupi, atau bayi tidak cukup kenyang selepas penyusuan.
  • Bayi menggigit pada payudara / puting susu.
  • Bayi kehilangan minat dalam penyusuan susu ibu.

Bagaimana Hentikan Penyusuan Bagi Anak Lebih Usia 2 Tahun?

Jika anda rasa cara terbaik untuk cerai susu badan adalah dengan berhenti tiba-tiba, sebaiknya jangan lakukan sedemikian kerana boleh menyebabkan pembengkakan payudara. Payudara anda boleh menjadi penuh, sakit dan mengalami leaking.

Sekiranya tidak diatasi, masalah lebih serius seperti mastitis boleh berlaku– mastitis memerlukan rawatan antibiotik atau pembedahan.

Malah bayi juga, tiba-tiba berhenti menyusu bukanlah idea yang bagus. Ingatlah bahawa sepanjang kehidupannya, payudara anda menjadi sumber keselesaan dan pemakanan kepada si manja anda. Oleh itu, tiba-tiba berhenti menyusu akan memberi kesan kepadanya pada tahap emosi, malah mewujudkan kebimbangan dan tekanan.

cerai susu badan, berhenti susu badan, doa cerai susu badan, wean off anak, berpisah susu badan, wean off maksud, cerai susu badan anak 2 tahun, perkembangan anak 2 tahun, berhenti menyusuan anak, tips wean off, tips cerai susu badan

3 Tips Cerai Susu Tanpa Mencederakan Emosi Anak

1. Jangan Tawarkan Tetapi Jangan Menolak

Menurut Kelly Bonyata (IBCLC), ini adalah kaedah yang paling lembut untuk hentikan penyusuan anak. Ia melibatkan tidak menawarkan payudara anda, tetapi tidak menolak jika anak anda meminta untuk menyusu.

Namun satu kelemahannya ialah ia mengambil masa lebih lama daripada kaedah lain. Walau bagaimanapun, keperluan dan emosi kanak-kanak anda pasti datang dahulu di sini.

2. Kurangkan Sesi Penyusuan Secara Beransur-Ansur

Sekiranya anda ingin meringankan anak anda menyusu pada kadar yang lebih cepat, anda boleh cuba mengurangkan sesi penyusuan pada satu-satu masa. Dengan cara ini, payudara anda juga akan mengalami pengurangan susu secara perlahan dan tidak menyakitkan.

Gantikan waktu penyusuan dengan memberi anak susu dalam cawan atau sippy cup, atau pendekkan masa penyusuan sehinggalah anak anda berhenti sendiri.

3. Alihkan Perhatian

Ibu, Tak Perlu Guna Kopi Atau Asam Jawa Lagi. INI 3 Tips Cerai Susu Badan, Tanpa Calarkan Emosi Si Manja!

Alihkan perhatian anak anda dengan menawarkan sesuatu yang lain. Ia boleh menjadi snek yang sihat, playdate atau berjalan-jalan setiap kali dia minta untuk menyusu.

Berapa lama tempoh anda menyusukan anak adalah hak anda dan si manja. Sekiranya orang yang dikasihi – dan juga orang yang tidak dikenali – berkongsi pendapat mereka tentang masa sesuai untuk cerai susu, jangan mudah berasa tertekan dan ingat yang ia merupakan pilihan anda, bukan mereka.

Semoga bermanfaat.

Bolehkah menyusukan anak sehingga 3 tahun?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unnantenne dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: 

Menyusu Badan Sangat Susah – Apa Perlu Saya Buat?

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Ibu, Tak Perlu Guna Kopi Atau Asam Jawa Lagi. INI 3 Tips Cerai Susu Badan, Tanpa Calarkan Emosi Si Manja!
Kongsikan:
  • Bagaimana ibu boleh cerai susu badan terutamanya pada waktu malam?

    Bagaimana ibu boleh cerai susu badan terutamanya pada waktu malam?

  • Akar Seruntun Untuk Cerai Susu Badan? Biar Betul! Berkesan atau Tidak?

    Akar Seruntun Untuk Cerai Susu Badan? Biar Betul! Berkesan atau Tidak?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.