TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sayur Kailan Pahit Sedikit Tapi Sebenarnya Bagus Untuk Pengeluaran Susu Ibu!

4 min bacaan
Sayur Kailan Pahit Sedikit Tapi Sebenarnya Bagus Untuk Pengeluaran Susu Ibu!

Mesti ramai ibu hamil tidak tahu mengenai manfaat kailan. Mari pelajari mengenai manfaat kailan yang baik untuk kehamilan ibu. Mari baca!

Ada peminat sayur kailan disini? Kalau ada di antara bakal-bakal ibu semua yang kurang berminat untuk makan sayur kalian, mungkin artikel kami kali ini akan membantu anda untuk mengubah fikiran anda! Bagi yang sudah berminat dengan sayur kailan, tahukah anda sebenarnya manfaat kailan sangat besar lebih-lebih lagi pada wanita hamil. 

Ramai pakar mengesyorkan agar wanita memakan sayur kailan ketika hamil. Anda mesti tidak tahukan apakah sebabnya? Kami akan kongsikan kepada anda manfaat kailan yang sangat berfaedah untuk wanita hamil di luar sana.

Sebelum itu, jom kita berkenalan dengan sayur kailan.

Nutrisi dalam sayur kailan 

manfaat kailan

Sayur kailan ini ada peminatnya tersendiri. Ramai yang tidak menggemarinya kerana rasanya sedikit pahit. Ya betul! Sayur kailan kalau tidak kena gaya masaknya memang boleh jadi susah nak makan. Jadi, kena sabar sedikit bila telan rasa pahit itu. Ia nampak sahaja seperti sayuran sawi tetapi ianya berbeza sedikit. Nampak sama tapi tak serupa.

Walaupun mempunyai ciri yang pahit tetapi sayur kailan mempunyai banyak khasiat dan nutrien penting yang diperlukan oleh badan. Antaranya ialah vitamin A, vitamin C, vitamin K, ditambah pula dengan kalsium, folat dan mangan. Bukan itu sahaja tau! Ada lagi. Antara nutrien lain ialah vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin E. Malah diserikan lagi dengan kolin, betaine, besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, dan selenium.

Jangan main-main dengan kailan. Nampak biasa sahaja tetapi kandungannya zat dan nutrisinya sangat menarik dan bermanfaat untuk tubuh badan kita. Tanpa buang masa lagi, mari kita baca dengan lebih lanjut manfaat kailan untuk ibu-ibu yang hamil!

Manfaat kailan untuk ibu hamil

Dalam banyak-banyak sayur, sayur kailan sangat disyorkan untuk ibu-ibu hamil. Sebenarnya makan kailan dengan kerap mampu memberi manfaat kepada ibu. Antaranya ialah:

#1 Membantu pertumbuhan janin

Sayur kailan mengandungi khasiat seperti kalsium dan zink yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan janin. Kandungan kalsium dalam sayur kailan juga turut membantu perkembangan dan  menguatkan tulang janin dalam rahim. Pemakanan sayur kailan secara berterusan juga dikatakan dapat memberi jaminan untuk mengurangkan risiko kecacatan janin dan menjamin janin agar kekal sihat.

#2 Memperkuat sistem imunisasi ibu

Jangan tak tahu bahawa kailan adalah sangat tinggi dengan kandungan vitamin C tau. Manfaat vitamin C pada badan adalah sangat baik yang mana ia membantu menguatkan sistem imunisasi badan dan menjadikan badan dapat melawan serangan daripada virus dan penyakit. 

Daya tahan wanita sewaktu hamil semestinya tidak sebaik wanita yang tidak hamil. Lantas, menyebabkan si ibu mudah terdedah kepada penyakit. Jadi, ambillah sayur kailan untuk menolong membina sistem imunisasi badan anda.

#3 Menggalakkan pengeluaran susu

manfaat kailan

Kredit: iStock

Sayur kailan amat baik dan digalakkan pemakanannya sewaktu hamil kerana ia mampu untuk membantu ibu menghasilkan susu yang banyak. Ini sudah tentu bermanfaat kepada ibu untuk menyusukan anak selepas lahir. Jika anda ingin menaikkan dan meningkatkan pengeluaran susu badan, sayur kailan adalah merupakan alternatif terbaik dan selamat bagi membantu pengeluaran susu badan anda.

#4 Menghalang sembelit

Sembelit dan wanita umpama berpisah tiada. Ini kerana ia merupakan keadaan yang biasa bagi wanita hamil untuk sembelit. Wanita hamil kerap mengalami sembelit disebabkan perubahan hormon. Sebab itulah, wanita hamil dinasihatkan untuk makan sayur kailan kerana ia membantu mengurangkan sembelit untuk wanita hamil. Sayur kailan tinggi dengan kandungan serat yang membantu melancarkan sembelit. Dengan pengambilan secara berterusan, bolehlah ibu-ibu menarik nafas lega kerana ia membantu anda melawan sembelit.

#5 Membantu menguat dan menyihatkan tulang ibu

Sayur Kailan Pahit Sedikit Tapi Sebenarnya Bagus Untuk Pengeluaran Susu Ibu!

Kredit: Shutterstock

Bukan sahaja kailan baik untuk pembentukan janin dalam rahim ibu, malah si ibu juga boleh mendapat manfaat apabila makan kailan kerana kandungan kalsiumnya. Kailan mengandungi kalsium yang dapat menyihatkan dan menguatkan tulang ibu.

Maklumlah apabila berbadan dua ini, sekaligus badan akan turut naik. Sebab itulah, adalah amat penting untuk anda mempunyai tulang yang kuat. Jika anda amalkan memakan kailan dan menjadikannya sebagai salah satu hidangan harian anda, tulang anda kekal kuat dan sihat.

#6 Baik untuk perkembangan sistem saraf

Asid folik juga turut terkandung dalam sayur kailan. Mengapa asid folik ini penting untuk ibu hamil? Ini kerana sepanjang kehamilan anda, asid folik membantu dalam menambahkan sel darah dan untuk menyokong perkembangan bayi anda. Untuk bayi pula, asid folik dan folat sangat membantu dalam perkembangan otak bayi dan saraf bayi. 

Bukan sahaja boleh membantu ibu, malah ianya juga baik untuk tumbesaran bayi.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jadi, apa tunggu lagi! Jom cuba masak kailan hari ini dan dapatkan manfaat kailan sebanyak mungkin. Selamat mencuba.

Sumber: Drhealthbenefits

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Elakkan Makan 5 Jenis Sayur-Sayuran Ini Secara BERLEBIHAN, Ia Bahaya Untuk Anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Sayur Kailan Pahit Sedikit Tapi Sebenarnya Bagus Untuk Pengeluaran Susu Ibu!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham