X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

8 min bacaan
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

Dengan situasi pandemik sekarang, kita perlu lebih berjaga-jaga dan mempertingkatkan sistem pertahanan badan agar tidak mudah jatuh sakit. Selain mendapatkan rehat yang cukup serta makan makanan seimbang, ada beberapa cara lain lagi untuk bantu lindungi diri kita sekeluarga.

Hati rasa gelisah dan risau sangat apabila memikirkan tentang peningkatan kes COVID-19, lagi-lagi apabila sekarang anak-anak mula kembali bersekolah manakala orang dewasa pula sudah mula masuk ke pejabat seperti biasa.  Oleh sebab itu, sistem pertahanan badan perlu sentiasa kuat agar dapat melawan penyakit.

Bukan sahaja kita akan meminta keluarga untuk sentiasa menggunakan produk pembasmi kuman, memakai pelindung muka selain menjarakkan diri, kita juga akan memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi agar badan lebih kuat.

Sebelum kita meneroka cara-cara untuk tingkatkan sistem pertahanan badan, kita perlu memahami mengapa badan menjadi lemah.

Apa Tanda-Tanda Sistem Pertahanan Badan Kita Lemah?

melawan penyakit

Kami bertanya kepada pakar perubatan Dr Rakhee Yadav dan menurutnya, tanda-tanda sistem pertahanan badan yang lemah ialah apabila seseorang itu mudah atau terlalu kerap sakit. 

Sekiranya seseorang itu jatuh sakit beberapa kali setahun, terutamanya anak-anak mahupun orang tua, mereka harus berjumpa dengan doktor dan melakukan ujian darah. Sesetengah ujian darah dapat mengesan sebab-sebab tertentu sistem pertahanan badan rendah.

Ketika pandemik ini, mereka yang menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti dan sistem pertahanan badan lemah lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Jadi amat penting untuk kita pastikan mereka yang berisiko tinggi ini dilindungi dengan membantu meningkatkan daya pertahanan badan mereka.

Apabila kita mempunyai sistem pertahanan tubuh yang berfungsi secara optimum, ia dapat menangkis dan melawan banyak jenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, virus dan lain-lain.

Cara Mudah Untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan – Ibu Boleh Cuba Ini

1) Makanan harian seimbang perlu diamalkan selalu

melawan penyakit

Sebagai ibu, anda perlu menerapkan asas dan tabiat pemakanan yang kukuh dan berkhasiat. Jadi anda perlu menyediakan hidangan diet seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, daging, ayam dan sebagainya. 

Apabila keluarga mendapat jumlah protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi, ini dapat membantu menyokong sistem pertahanan badan. Sekiranya anak-anak kecil meminta snek, cuba amalkan snek seperti yogurt atau buah-buahan.

2) Tidur perlu 8 jam sehari

melawan penyakit

Jelas Dr Rakhee, tidur yang tidak mencukupi dan tekanan yang meningkat dalam kehidupan seharian boleh menjejaskan sistem pertahanan badan kita.

Kajian menunjukkan bahawa jika kita tidak cukup tidur, ini mungkin menyebabkan kita lebih kerap jatuh sakit1 atau sering berasa letih. Kita perlu memastikan kita mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk orang dewasa dan antara 10 hingga 12 jam sehari untuk kanak-kanak mengikut umur mereka2. 

Semakin lama kita menangguh tidur kita, semakin sukar untuk dapatkan rehat dan akhirnya ini menyebabkan badan menjadi letih dan menjejaskan produktiviti kita.

Jika anda sukar untuk tidur, pengambilan segelas susu suam sebelum tidur dipercayai sebagai salah satu cara yang membantu untuk menenangkan badan. Cubalah!

3) Kawal tekanan dengan lebih baik 

Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

Untuk pengetahuan anda, tekanan yang tinggi boleh melemahkan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit. Jadi oleh sebab itu, sekiranya anda dapati diri menjadi tertekan, cuba luangkan masa untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan anda seperti meditasi mahupun menonton televisyen.

Anak-anak juga boleh berhadapan dengan tekanan, apatah lagi mereka yang kini mula bersekolah. Luangkan masa anda untuk mendengar masalahnya dengan hati terbuka, kemudian bawa mereka keluar untuk aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Kekurangan Protein Salah Satu Faktor Yang Mempengaruhi Sistem Pertahanan Badan

Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

Tahukah anda bahawa protein memainkan peranan penting dalam menyokong sistem pertahanan tubuh? Protein merupakan sebahagian daripada sel dalam badan dan dibina oleh asid amino. Protein membekalkan asas kepada sel badan termasuk sel yang terlibat dalam sistem pertahanan badan dan merupakan beberapa bahagian penting dalam sistem pertahanan badan3. 

Kekurangan protein harian bakal menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan antibodi dalam melawan penyakit. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi proses pemulihan badan apabila dijangkiti penyakit4.

Selain itu, protein juga penting untuk membantu membina tisu-tisu badan termasuk otot, dan penting untuk pertumbuhan dan perkembangan badan.  

Produk Apakah Yang Membekalkan Protein Berkualiti Tinggi?

Protein berkualiti tinggi membekalkan kesemua asid amino perlu (essential amino acid) yang penting untuk badan, atau dikenali sebagai ‘protein lengkap’. Asid amino perlu ini tidak dapat dijana oleh tubuh sendiri, jadi perlu mengambilnya melalui diet yang seimbang. 

Apabila kita kekurangan mana-mana asid amino perlu, ia akan menjejaskan bekalan bahan asas yang penting dalam membantu mengekalkan fungsi badan5.

Protein berkualiti tinggi boleh didapati dalam bentuk susu. Susu mengandungi karbohidrat, lemak, mikronutrien seperti kalsium, magnesium serta pelbagai vitamin yang penting dalam diet seimbang.  

Oleh itu, anda disaran untuk mengamalkan pengambilan susu secara konsisten setiap hari bagi membantu tubuh mendapatkan sumber protein berkualiti tinggi dan nutrisi penting dalam diet seimbang.

Kenalpasti Sumber Protein Melalui Label Produk

Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengenal pasti sumber protein yang terdapat dalam sesuatu produk, sila rujuk pada label makanan produk tersebut. Kebiasaanya, ramuan makanan yang tersenarai adalah mengikut turutan dari kandungan ramuan yang tertinggi sehingga yang paling rendah.

Sebagai contoh, jika merujuk kepada label makanan yang tertera pada Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf, ramuan pertama adalah susu tepung penuh (whole milk) yang membekalkan sumber protein berkualiti tinggi tau!

Mengambil susu dan amalan diet seimbang sebenarnya merupakan salah satu cara untuk tingkatkan sistem pertahanan badan  kerana, susu mengandungi nutrisi penting termasuk protein, kalsium, vitamin A, vitamin B2 dan sebagainya. 

Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf adalah 100% diperbuat daripada susu New Zealand (dipek di Malaysia) – salah satu negara penternak tenusu terbaik di dunia, di mana lembu-lembu mendapat jagaan dan diberi makan rumput segar yang sebaiknya untuk menghasilkan susu secara semulajadi6.

Setiap hidangan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf membekalkan protein bersamaan 1.3 biji telur. Ia juga mengandungi nutrisi semulajadi dari susu seperti kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12. Hidangan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf yang disyorkan adalah sebanyak 2-3 gelas setiap hari.

Kelebihan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf

Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

1) Tidak mengandungi gula tambahan 

2) Boleh digunakan sebagai pengganti bahan masakan utama seperti santan, krimer tin, dll.

3) Kaya dengan nutrisi yang penting* untuk seisi keluarga

4) Mudah disimpan dan digunakan (sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja)

*merujuk kepada protein, Vitamin B2, B12, & kalsium

Tepung Susu Penuh Krim Fernleaf Sebagai Alternatif Dalam Masakan?

Ya! Mungkin kedengaran sedikit janggal, namun sebenarnya susu tepung Fernleaf Penuh Krim amat versatil yang mana ia boleh digunakan sebagai penambah rasa dan pengganti dalam ramuan masakan.

Sebagai contoh untuk resepi kurma kambing, susu ini boleh digunakan sebagai pengganti santan yang mana ia masih lagi menghasilkan hidangan lazat namun lebih berkrim! Ia juga sesuai digunakan dalam bahan untuk pencuci mulut seperti puding dan ais-krim. Bukan sahaja rasa lebih lazat; tetapi mengandungi nutrien juga!

Berikut kami kongsikan dua resipi ringkas yang anda boleh cuba di rumah!

Penkek Beri Biru & Pisang

Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

Bahan A: 

45g Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf, 120gm tepung gandum, 25gm gula, 5gm serbuk penaik dan secubit garam.

Bahan B: 

237gm air, 1 biji telur, 10g mentega (dicairkan)

Hiasan:

1 biji pisang (dihiris nipis) dan ½ cawan beri biru.

Cara memasak:

  1. Satukan bahan A dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan. Kemudian satukan bahan B dan gaul rata dalam bekas lain.
  2. Tuang bahan bekas B ke dalam bekas B, dan gaul rata. Rehatkan adunan selama 15 minit.
  3. Panaskan kuali dan tambah sedikit mentega yang telah dicarikan. Pastikan anda guna api kecil.
  4. Tuang adunan ke dalam kuali, kemudian tambah kepingan pisang dan beri biru. Tunggu 2-3 minit.
  5. Apabila beri biru berbuih, ini bermakna sudah masak dan boleh diterbalikkan. Tunggu sebelah lagi masak.
  6. Ulang dengan seluruh adunan, tambah mentega jika perlu.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama mentega, madu mahupun jem kegemaran.

Kurma Kambing

Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

Bahan-bahan:

1kg daging kambing (potong dadu), 1 ½ camca serbuk kunyit, 5 sudu besar serbuk kurma, 3 sudu besar minyak, ¾ cawan susu tepung penuh krim Fernleaf, 6 cawan air, 6 biji tomato (dicincang), 4 biji ubi kentang (dibelah 4), 3 biji cili hijau (potong setengah), 1 sudu besar jus lemon, garam secukup rasa dan daun ketumbar.

Bahan A: 

7cm halia, 10 ulas bawang putih, 2 bawang besar, 3 cili hijau

Bahan B:

1 biji bawang besar, 2 kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 4 kuntum bunga cengkih, 4 biji buah pelaga, 2 tangkal daun kari.

Cara memasak:

  1. Campur susu tepung penuh krim Fernleaf dengan 6 cawan air.
  2. Kisar kesemua bahan A dengan ½ cawan air, kemudian campur serbuk kurma, serbuk kunyit ke dalam bahan tadi.
  3. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan B sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan A ke dalam kuali sama dan tumis sehingga wangi.
  5. Tambah susu bancuhan tadi, daging kambing dan ramuan lain kecuali ubi kentang dan cili hijau. Kacau dan masak kira-kira 1 jam.
  6. Masukkan ubi kentang, garam dan cili hijau dan biarkan ia masak selama ½ jam lagi atau sehingga daging lembut.
  7. Sebelum dihidangkan, kacau dan masukkan jus lemon dan hias dengan daun ketumbar.

Jadi kini tiada lagi alasan untuk tidak menyediakan makanan bernutrisi buat keluarga. Gunakanlah tepung susu penuh krim Fernleaf yang kaya dengan protein berkualiti tinggi yang pasti akan digemari seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Rujukan:

1 www.webmd.com/sleep-disorders/features/immune-system-lack-of-sleep

2 www.nhs.uk/live-well/sleep-and-tiredness/how-much-sleep-do-kids-need/?tabname=tiredness-and-fatigue

3 pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17403271/

4 pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/6459898/

5 www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3905294/

6 www.fonterra.com/nz/en/goodness-of-nz-milk/what-makes-nz-milk-good/from-grass-to-glass.html

7 https://www.myhealth.gov.my/sistem-pertahanan-badan/

8 https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d762d898e2.pdf

Temubual dijalankan bersama Dr Rakhee Yadav, Pakar Perunding Pediatrik dari Baby & Beyond Child Specialist Clinic Publika & Ara Damansara Medical Centre.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis Hanini

  • halaman rumah
  • /
  • Formula
  • /
  • Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!
Kongsikan:
  • Pandemik Covid-19, Sejauh Manakah Sistem Kekebalan Tubuh Mampu Melawannya?

    Pandemik Covid-19, Sejauh Manakah Sistem Kekebalan Tubuh Mampu Melawannya?

  • (Video) Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Cara Lawan Virus Dengan Minda Positif & Harapan Sembuh

    (Video) Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Cara Lawan Virus Dengan Minda Positif & Harapan Sembuh

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Pandemik Covid-19, Sejauh Manakah Sistem Kekebalan Tubuh Mampu Melawannya?

    Pandemik Covid-19, Sejauh Manakah Sistem Kekebalan Tubuh Mampu Melawannya?

  • (Video) Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Cara Lawan Virus Dengan Minda Positif & Harapan Sembuh

    (Video) Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Cara Lawan Virus Dengan Minda Positif & Harapan Sembuh

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.