X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Aiskrim Malaysia Yang Sangat Sedap & Kreatif, Pencuci Mulut Mudah Dilakukan Anak-anak Juga Pasti Suka!

4 min bacaan
Resepi Aiskrim Malaysia Yang Sangat Sedap & Kreatif, Pencuci Mulut Mudah Dilakukan Anak-anak Juga Pasti Suka!

Siapa yang tak suka aiskrim Malaysia yang dibuat dengan pelbagai perisa yang menarik. Semua ibu perlu mencubanya di rumah!

Teringat masa kecil dulu, pulang dari kelas mengaji memang wajib beli aiskrim Malaysia yang dijual di kedai Makcik Milah.  Kini, viral pula resepi aiskrim Malaysia dengan perisa yang lebih enak. Salute dengan rakyat Malaysia, kreativiti bab makan memang nombor satu! 

Wah mesti lagi sedap dengan pelbagai pilihan perisa!

Resepi Aiskrim Malaysia Yang Sangat Sedap & Kreatif, Pencuci Mulut Mudah Dilakukan Anak-anak Juga Pasti Suka!

Dulu-dulu, aiskrim ini dijual dengan harga serendah 20 sen. Mujur dalam poket seluar ada 40 sen. Bolehlah beli dua batang aiskrim. Indahnya dunia saat itu! 

Tapi, apa kata anda cuba sendiri resepi aiskrim Malaysia ini. Sebab kos nak buat pun murah saja. Anggaran dalam RM10 ke RM20. Malah, bila buat sendiri, terjaminlah kebersihannya untuk diberikan pada anak-anak. Mesti ramai yang nak tahu bagaimana cara buat aiskrim malaysia yang menjadi pilihan anak-anak ini bukan?

Jadi, hari ini kami akan kongsikan lapan resepi aiskrim Malaysia daripada pelbagai maklumat untuk anda mencubanya. Apa tunggu lagi, ayuh ke dapur sekarang! 

8 resepi aiskrim Malaysia yang anda patut cuba di rumah 

#1 Resepi aiskrim Malaysia: Choki-choki 

Resepi Aiskrim Malaysia Yang Sangat Sedap & Kreatif, Pencuci Mulut Mudah Dilakukan Anak-anak Juga Pasti Suka!

Kredit: eskerengmalaysia Instagram

Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 4 tin air
  • secubit garam
  • 2 sudu setengah tepung jagung
  • Choki-choki 

Cara-cara membuat: 

  1. Kacau semua bahan dengan api perlahan. 
  2. Tambah tepung jagung untuk lembutkannya 
  3. Masukkan sedikit garam. 
  4. Setelah itu, potong choki-choki saiz kecil.
  5. Kemudian masukkan choki-choki ke dalam pastik. Selepas itu tuang semua bancuhan tadi ke dalam plastik. ikat kemas dan siap! 

Baca juga: Sedapnya Milo Ais Kepal Meleleh & Penuh Topping, Ini Resepi Mudah Untuk Dicuba!

2. Resepi aiskrim Malaysia:  Sumi

resepi aiskrim Malaysia, resepi aiskrim, resepi aiskrim di Malaysia, resepi perisa aiskrim,aiskrim, jenis jenis aiskrim, cara buat aiskrim Malaysia, aiskrim Malaysia, resepi dan cara buat aiskrim, cara nak buat aiskrim, cara nak buat aiskrim Malaysia

Kredit : Astro awani

Bahan-bahan:

  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • perisa dan warna yang anda suka
  • 3 packet jelly sumi – dibelah 4 setiap satu

Cara-cara membuat: 

  1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
  2. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
  3. Masukkan perasa dan pewarna, kacau rata.
  4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai.
  5. Kemudian masukkan jelly bersama-sama.

#3. Resepi aiskrim Malaysia: Kacang hijau 

resepi aiskrim Malaysia, resepi aiskrim, resepi aiskrim di Malaysia, resepi perisa aiskrim,aiskrim, jenis jenis aiskrim, cara buat aiskrim Malaysia, aiskrim Malaysia, resepi dan cara buat aiskrim, cara nak buat aiskrim, cara nak buat aiskrim Malaysia

Kredit: Buku Resepi.com

Bahan-bahan:

  • Kacang hijau (rendam semalaman) 
  • 1 liter santan 
  • 2 ke 3 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
  • Gula merah 
  • Satu ke tiga cubit garam

Cara-caranya:

  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk. 
  2. Masak air gula merah secara berasingan dan tapis.
  3. Bila kacang sudah empuk masukkan air gula merah, gula, garam dan santan.
  4. Masak macam buat bubur kacang.
  5. Kemudian tutup api dan tunggu sejuk sedikit baru masuk dalam plastik. 

#4. Resepi aiskrim Malaysia: Asam Boi 

resepi aiskrim malaysia

Bahan-bahan: 

  • Air panas
  • Gula
  • Perisa asam masin 
  • Asam boi
  • Plastik aiskrim 

Cara-cara membuat:

  1. Larutkan gula dengan air panas. 
  2. Masukkan perisa asam masin. (nak guna perisa oren pun boleh)
  3. Biarkan sejuk. 
  4. Masukkan asam boi ke dalam plastik. 
  5. Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang sudah sejuk ke dalam plastik. Ikat ketat-ketat.
  6. Simpan dalam peti ais hingga beku. 

#5. Resepi aiskrim Malaysia: Nutella 

Resepi Aiskrim Malaysia Yang Sangat Sedap & Kreatif, Pencuci Mulut Mudah Dilakukan Anak-anak Juga Pasti Suka!

Kredit: eskerengmalaysia Instagram

Bahan-bahan: 

  • Nutella
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin susu cair
  • 7 tin air masak
  • 2 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecik esen vanilla
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat: 

  1. Masak air, susu manis, susu cair, tepung jagung sehingga mendidih. 
  2. Masukkan esen vanilla dan garam. 
  3. Sejukkan
  4. Masukkan nutella dalam plastik aiskrim. 

#6. Aiskrim strawberi 

resepi aiskrim Malaysia, resepi aiskrim, resepi aiskrim di Malaysia, resepi perisa aiskrim,aiskrim, jenis jenis aiskrim, cara buat aiskrim Malaysia, aiskrim Malaysia, resepi dan cara buat aiskrim, cara nak buat aiskrim, cara nak buat aiskrim Malaysia
Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Kredit: mummy in pinky

Bahan-bahan: 

  • 1 packet buah strawberi 
  • Perisa strawberi
  • 3 cawan air
  • Gula

Cara-cara membuat: 

  1. Kisar buah strawberi dengan air. 
  2. Didihkan atas api dan masukkan gula sehingga rasai manis buah. 
  3. Selepas itu, masukkan perisa strawberi. 
  4. Masukkan kedalam plastik aiskrim. 

#7. Aiskrim perisa pisang dan madu yogurt 

resepi aiskrim Malaysia, resepi aiskrim, resepi aiskrim di Malaysia, resepi perisa aiskrim,aiskrim, jenis jenis aiskrim, cara buat aiskrim Malaysia, aiskrim Malaysia, resepi dan cara buat aiskrim, cara nak buat aiskrim, cara nak buat aiskrim Malaysia

Kredit: Mejuez

Bahan-bahan: 

  • 280gm yogurt tanpa lemak
  • 90gm pisang 
  • 1 1/2 sudu teh Madu

Cara-cara membuat: 

  1. Kisar yogurt, pisang, madu.
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Bekukan

#8. Aiskrim mango dan strawberi yogurt 

resepi aiskrim Malaysia, resepi aiskrim, resepi aiskrim di Malaysia, resepi perisa aiskrim,aiskrim, jenis jenis aiskrim, cara buat aiskrim Malaysia, aiskrim Malaysia, resepi dan cara buat aiskrim, cara nak buat aiskrim, cara nak buat aiskrim Malaysia

Bahan-bahan: 

  • 280gm yogurt tanpa lemak
  • 30gm strawberi segar
  • 30gm mangga segar
  • 1 1/2 sudu teh madu

Cara-cara membuat: 

  1. Kisarkan strawberi, mangga & madu. 
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim. 

Selamat mencuba! 

Cubalah resipi healthy strawberry frozen yogurt yang senang ini, cuma mengambil masa 5 minit anda untuk menyediakannya! Untuk ibu-ibu yang masih menyusu, anda boleh cuba membuat breast milk ice cream jika ada kelebihan susu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Borakkita, Maisarah Mohamad

Baca juga: 4 Sebab Kenapa Ais Krim DILARANG Untuk Bayi 1 Tahun Ke Bawah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Aiskrim Malaysia Yang Sangat Sedap & Kreatif, Pencuci Mulut Mudah Dilakukan Anak-anak Juga Pasti Suka!
Kongsikan:
  • 7 Resepi Aiskrim Buah Homemade Yang Mudah & Sedap, Anak-Anak Pasti Sukakannya!

    7 Resepi Aiskrim Buah Homemade Yang Mudah & Sedap, Anak-Anak Pasti Sukakannya!

  • Nak Cuba Resipi Aiskrim Dari Susu Ibu Untuk Kanak-Kanak Sihat Ini?

    Nak Cuba Resipi Aiskrim Dari Susu Ibu Untuk Kanak-Kanak Sihat Ini?

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.