Hmmm… dengan cuaaca sekarang yang panas terik, sedapnya kalau dapat menikmati milo ais kepal! Bayangkan bila sampai di tekak, rasa sejuk, manis dan enak memang terangkat selera. Jika sebelum ini ibu ayah hanya mendapatkan di kedai-kedai berhampiran, memandangkan sekarang tengah PKP apa kata kali ini cuba buat sendiri milo ais kepal di rumah bersama anak-anak.
Ais kepal milo tidak hanya disukai orang dewasa tapi kanak-kanak turut gemar menikmatinya. Jom ibu-ibu berdendang sayang di dapur. Siapkan pencuci mulut ini untuk sekeluarga. Tapi ingat jangan beri anak makan selalu sebab ia mengandungi gula yang tinggi, buat sekali sekala saja ya!
Baca juga: Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!
Resepi milo ais kepal mudah dan sedap

Bahan-bahan:
- 1/2 susu krimer manis
- Ais batu secukupnya untuk dikisar
- 1 sudu besar serbuk coklat
- 8 sudu serbuk Milo
Cara membuatnya:
- Kisar ais batu menggunakan blender
- Kemudian, masuk ais yang dikisar tadi dalam mangkuk
- Campurkan serbuk milo, serbuk coklat dan susu krimer manis. Kemudian, gaul dengan mixer
- Selepas itu, tuangkan campuran tadi di atas ais kepal
- Untuk topping, anda boleh menambah serbuk milo, taburan kacang halus atau cornflakes
- Ais kepal milo siap untuk dinikmati
Resepi ais kepal milo: Hadkan sukatan susu krimer
Untuk ibu-ibu yang ingin berikan anak minum ais kepal milo, anda boleh menyukat kandungan gula sendiri seperti menghadkan penggunaan susu krimer atau mengurangkan sudu serbuk milo.

Ia terpulang kepada anda kerana sukatan gula dalam resepi ini tinggi. Jadi ibu perlu mengubah sukatannya sendiri. Asalkan ia masih enak dan manis untuk dinikmati.
Nasihat daripada pakar Dr Luciana, ibu bapa perlu membatasi kandungan gula dalam minuman manis sebelum berikan pada anak-anak.
Seperti minuman ais kepal milo ini susu krimer manis mengandungi 20 gram gula. Jadi ibu boleh menyukatnya sendiri atau mengurangkan sedikit susu krimer dalam sajian ini.
Di bawah kami kongsikan video resepi ais kepal milo ini
Kemudian ramai orang mencubanya sendiri di rumah dan kesedapannya memang cukup umpp!!
Jadi, kalau ibu agak malas nak buatnya di rumah bolehlah dapatkannya di Kuala Kangsar. Secara tak langsung, kita dapat support perniagaan mereka ini.
Selamat mencuba!
Sejarah ais kepal milo di Malaysia
Jika diselidik dari manakah asalnya ciptaan ais milo kepal ini, sebenarnya ia bermula dari pasangan peniaga yang sudah berusia di Kuala Kangsar, Perak. Dikenali sebagai Milo Kepal Tok Abah Viral, kedai miliknya pernah muncul di kaca televisyen melalui rancangan Majalah 3.

Sebelum mendapat perhatian dan tular sehingga seluruh Malaysia, pasangan ini mengatakan bahawa mereka sudah berniaga hampir 3 tahun. Jika dilihat dari kejauhan, kedai ini tidak henti-henti menerima kehadiran pengunjung yang sanggup beratur panjang bagi menikmati ais kepal milo Tok Abah.
Pada awalnya, mereka hanya meletakkan ais kepal ini dalam plastik. Kemudian ia ditambah baik kepada bekas plastik dengan saiz yang agak besar.
Apa yang istimewanya, mereka tidak menggunakan ais kisar yang sudah sedia dijual oleh pembekal, sebaliknya mengisar sendiri ketulan ais sehingga menjadi ais kepal.
Bukan itu sahaja, bancuhan milo yang dicampur susu juga sangat pekat. Mereka berniaga jujur menggunakan milo asli dan bukannya serbuk koko.
Justeru, tidak hairanlah mengapa Ais kepal Tok Abah Kuala Kangsar ini menjadi tarikan ramai pelanggan adalah bancuhan Milo meleleh yang diletakkan atas ais kepal tu. Pekat, ori dan banyak.
Satu cawan bancuhan milo pekat ini sudah cukup untuk satu plastik ais kepal. Harga sebungkus ais kepal ini cuma RM5.00 sahaja. Memang puas hati makan ais kepal ni walaupun kena bersabar dan beratur panjang.
Sumber: theAsianparent Indonesia, LensaPijut
Kredit foto: Google
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!