5 Minuman Berkhasiat Untuk Ibu Hamil Selain Air Masak, Yum Sedapnya!

5 Minuman Berkhasiat Untuk Ibu Hamil Selain Air Masak, Yum Sedapnya!

Anda sering mencari info mengenai makanan yang sihat untuk diambil semasa hamil. Bagaimana pula dengan pengambilan minuman?

Ibu hamil perlu menjaga pengambilan makanan dan minuman untuk menjaga kandungan. Namun, jangan terlalu risau dengan pantang-larang ketika hamil. Anda bukan hanya boleh minum air masak sahaja sepanjang 9 bulan ini.

Terdapat beberapa minuman untuk ibu hamil yang sangat digalakkan pengambilannya sepanjang 9 bulan hamil.

minuman untuk ibu hamil, makanan untuk ibu hamil, susu untuk ibu mengandung, jus untuk ibu mengandung, minum air kosong, air kosong untuk ibu mengandung

Wanita bukan sahaja perlu mengambil makanan dalam jumlah yang banyak semasa hamil, malah jumlah pengambilan cecair juga penting untuk menampung keperluan air dalam badan.

Jika kebiasaannya kita memerlukan 2 liter air, wanita hamil pula memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air!

5 Minum Untuk Hidrasi

H2O sememangnya sangat penting untuk kesihatan sel darah si ibu. Ini juga bagi mengelak hidrasi yang boleh menyebabkan kelahiran bayi tidak cukup bulan.

Ibu hamil memerlukan air yang cukup setiap hari untuk mengekalkan hidrasi di dalam badan, juga untuk menjaga kandungan. 

Minuman Untuk Ibu Hamil #1 Air Kelapa

minuman untuk ibu hamil, makanan untuk ibu hamil, susu untuk ibu mengandung, jus untuk ibu mengandung, minum air kosong, air kosong untuk ibu mengandung

Terdapat mitos yang mengatakan jika minum air kelapa, bayi yang dikandung akan berkulit cerah. Walaupun hal tersebut hanya mitos kerana warna kulit bayi bergantung pada genetik, tidak dapat dinafikan minum air kelapa banyak khasiatnya.

Air kelapa merupakan minuman isotonik semula jadi yang boleh mengelakkan hidrasi dan mengganti garam natural yang hilang dari tubuh semasa berpeluh.

Minuman untuk ibu hamil #2: Teh herba
minuman untuk ibu hamil, makanan untuk ibu hamil, susu untuk ibu mengandung, jus untuk ibu mengandung, minum air kosong, air kosong untuk ibu mengandung

Teh herba tanpa kafein elok diambil oleh ibu hamil malah dapat mengurangkan gejala morning sickness. Dapatkan nasihat doktor mengenai jenis teh herba yang sesuai untuk ibu hamil, dan berapa cawan yang boleh diambil sehari.

Umumnya, teh yang selamat diambil adalah chamomile, peppermint dan jasmine.

Minuman untuk ibu hamil #3: Jus atau smoothies buah atau sayur
minuman untuk ibu hamil, makanan untuk ibu hamil, susu untuk ibu mengandung, jus untuk ibu mengandung, minum air kosong, air kosong untuk ibu mengandung

Sekiranya ibu tidak biasa dan inginkan variasi rasa selain air kosong yang tawar, anda boleh membuat jus atau smoothies dari buah-buahan atau sayur-sayuran!

Selain menjadi pilihan minuman yang sihat, jus atau smoothies menjadi pilihan yang baik untuk menghilangkan rasa lapar ketika anda lapar. Kandungan protein, vitamin dan mineral dalam buah-buahan dan sayur-sayuran sangat baik untuk kehamilan.

Minuman untuk ibu hamil #4: Susu

minuman untuk ibu hamil, makanan untuk ibu hamil, susu untuk ibu mengandung, jus untuk ibu mengandung, minum air kosong, air kosong untuk ibu mengandung

Segelas susu sehari sememangnya baik untuk mengekalkan kesihatan dan memberi tenaga kepada ibu hamil. Susu mengandungi kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang ibu dan bayi yang dikandung.
 
Jika anda tidak berapa sukakan susu, anda masih boleh menerima khasiat susu dengan mencuba minuman yang berasaskan susu sepertu smoothies dan milkshake. Kandungan protein dan b12 sangat penting untuk tumbesaran bayi.
Minuman untuk ibu hamil #5: Lemonade

minuman untuk ibu hamil, makanan untuk ibu hamil, susu untuk ibu mengandung, jus untuk ibu mengandung, minum air kosong, air kosong untuk ibu mengandung

Segelas lemonade segar bukan sahaja untuk mengelakkan hidrasi, malah kandungan vitamin C yang terdapat dalam lemonade juga bermanfaat untuk ibu dan kandungan. Yang menariknya, lemonade juga boleh mengurangkan gejala morning sickness.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Devi Agustina Susanty dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner