X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

4 min bacaan
Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

Ibu hamil makan durian sering ditakutkan dengan kata-kata orang sekeliling bahawa ia adalah buah yang 'panas' dan boleh jadi punca keguguran

Ibu hamil makan durian sering menjadi persoalan yang diutarakan oleh orang ramai di luar sana.

Ada yang mengeluarkan kenyataan sehingga membuatkan para wanita yang hamil takut untuk mengambil walaupun seulas durian untuk dirasai. Sudahlah si ibu mengidam, ditakut-takutkan pula dengan mitos yang tidak benar. Kasihan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu hamil makan durian berisiko mengalami keguguran?
  • Ibu mengandung makan durian: Tidak menolak kemungkinan komplikasi kepada kehamilan JIKA durian diambil terlalu banyak
  • Manfaat dalam buah durian yang ramai orang tidak tahu
  • Buah durian tinggi dengan serat, mengelakkan masalah sembelit

Ibu hamil makan durian berisiko mengalami keguguran?

Memandangkan kini tibanya musim durian, para peminat buah ini tidak ketinggalan menikmati keenakannya termasuklah ibu mengandung. 

Meskipun begitu ramai ibu yang kali pertama berasa takut dan risau kerana ada yang mengatakan bahawa durian merupakan buah yang 'panas' sehingga boleh menyebabkan keguguran.

ibu hamil makan durian

Menjelaskan dengan lebih lanjut, seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr. Nurul Khairiyah Khairuddin mengatakan ia hanyalah mitos yang dibawa dari mulut ke mulut sejak dahulu kala.

Malah, jelas beliau lagi, tidak pernah ada kajian yang dilakukan dapat membuktikan sejauh mana kebenaran tanggapan berkenaan.

Ibu mengandung makan durian: Tidak menolak kemungkinan komplikasi kepada kehamilan JIKA durian diambil terlalu banyak

Perkara ini kita semua tahu kan? Kalau ambil terlalu banyak durian, kita yang tak mengandung pun boleh menerima komplikasi dan keadaan kesihatan yang terjejas. Contohnya jika individu tidak mengandung memakan durian terlalu banyak daripada kuantiti yang disarankan, mereka juga akan demam akibat terlalu panas.

Inikan pula ibu mengandung.

Pastikan perlu diambil pada kadar yang disarankan dan dibenarkan sahaja.

“Sajian yang ideal disarankan adalah dua ulas sahaja dan ia sudah cukup untuk membekalkan khasiat dan nutrien kepada tubuh. Tetapi jika menghidapi diabetes, pengambilan perlu lebih dikurangkan,” jelas beliau.

Manfaat dalam buah durian yang ramai orang tidak tahu

ibu hamil makan durian

Jelas beliau, durian sememangnya penuh dengan kandungan gizi dan nutrisi yang baik seperti Serat, Kalsium, Protein, Kalium, Vitamin C dan Folat untuk kebaikan wanita hamil.

"Dalam durian terkandung pelbagai bahan yang boleh membantu ibu hamil. Ada kalium atau nama lainnya potasium yang lebih tinggi berbanding pisang. Kandungan ini membantu menyeimbangkan aliran darah ibu hamil di samping membantu mengawal pengumpulan air dalam sel.

"Kita tahu ibu mengandung selalu kena edema atau keadaan kaki tangan bengkak akibat pengumpulan air waktu mengandung. Makan sedikit durian dapat membantu mengurangkan edema ini.

"Ia turut diperkaya Vitamin C dan organo-sulfur bagi membantu mengurangkan jangkitan kuman dan kulat. Vitamin E serta Beta Caroten pula dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Ini membantu menaikkan sistem imuniti ibu hamil yang mudah terkena jangkitan kulat dan kuman," katanya.

Buah durian tinggi dengan serat, mengelakkan masalah sembelit

Beliau turut memberitahu bahawa raja buah ini juga memiliki serat yang membantu melancarkan pembuangan najis.

Terutamanya dalam kalangan wanita hamil mereka kerap berdepan dengan masalah sembelit akibat pengambilan tablet zat besi atau akibat kesan hormon mengandung yang bertindak secara tidak langsung pada aktiviti usus.

Kandungan serat yang tinggi membantu sistem pencernaan dengan meningkatkan pergerakan peristaltik usus dan membantu pengeluaran enzim pencernaan serta jus gastrik bagi melancarkan sistem penghadaman.

Untuk rekod, durian sebenarnya mengandungi asid amino tryptophan yang boleh meningkatkan penghasilan hormon serotonin dan melatonin bagi membantu menguruskan fungsi tidur dan mengurangkan stress.

Semoga bermanfaat!

Hormon tryptophan juga membantu untuk seseorang itu tidur lena terutamanya bagi ibu hamil yang sukar untuk tidur pada waktu malam.

Jadi, jikalau ibu hamil ingin merasa makan durian, berilah walaupun seulas dua. Okay?

Utusan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hati-Hati Bila Beri Bayi Bawah 2 Tahun Makan Buah Durian, Ini Info Yang Wajib Ibu Tahu!

Baca juga:  Terlalu Makan Banyak Buah Durian Hingga Keguguran, Wanita Ini Luah Rasa Menyesal

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Baca juga: Ibu Hamil Teringin Makan Durian, Tapi Adakah Raja Buah Ini Selamat Untuk Kandungan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena
Kongsikan:
  • Diet GDM Ibu Hamil Yang Bebas Gluten, Begini Cara Kawal Gula Agar Kandungan Sihat

    Diet GDM Ibu Hamil Yang Bebas Gluten, Begini Cara Kawal Gula Agar Kandungan Sihat

  • Perubahan Rambut Ketika Hamil Rapuh & Menipis, Ini 5 Tips Berguna Buat Ibu

    Perubahan Rambut Ketika Hamil Rapuh & Menipis, Ini 5 Tips Berguna Buat Ibu

  • Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

    Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

  • Diet GDM Ibu Hamil Yang Bebas Gluten, Begini Cara Kawal Gula Agar Kandungan Sihat

    Diet GDM Ibu Hamil Yang Bebas Gluten, Begini Cara Kawal Gula Agar Kandungan Sihat

  • Perubahan Rambut Ketika Hamil Rapuh & Menipis, Ini 5 Tips Berguna Buat Ibu

    Perubahan Rambut Ketika Hamil Rapuh & Menipis, Ini 5 Tips Berguna Buat Ibu

  • Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

    Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.