X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Rupanya Ini 10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Yang Paling Digemari Oleh Bakal Ibu, Terliurnya!

4 min bacaan
Rupanya Ini 10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Yang Paling Digemari Oleh Bakal Ibu, Terliurnya!Rupanya Ini 10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Yang Paling Digemari Oleh Bakal Ibu, Terliurnya!

Mengidam merupakan perkara biasa yang berlaku kepada ibu mengandung. Mari kita lihat senarai 10 makanan paling popular yang diidamkan oleh wanita hamil!

Mengidam ketika hamil disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh anda. Akibatnya, anda sering berasa teringin memakan makanan-makanan tertentu.

Makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan makanan yang paling popular di kalangan ibu hamil.

Jangan terkejut kerana bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah!

10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Paling Popular

Wanita apabila hamil sanggup lakukan apa sahaja untuk memenuhi rasa mengidam mereka. Berikut 10 jenis makanan yang paling ramai wanita gemar makan semasa mereka berbadan dua!

1. Jeruk/ Asam/ Acar

mengidam ketika hamil

Jeruk atau asam sangat sinonim dengan tabiat mengidam di Malaysia. Jika anda bukanlah peminat asam atau jeruk sebelum ini, tentu ramai yang dapat mengagak bahawa anda sedang hamil ketika anda memakannya!

Sebenarnya tidak ada salahnya mengidam makan asam, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong kerana makanan seperti ini bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong.

Cuba elakkan jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

2. Mempelam/Mangga muda

Buah-buahan yang masih muda dan amat masam seperti mempelam muda, kedondong, dan buah cermai juga tidak kurang popular dalam senarai mengidam semasa hamil.

Rasanya yang masam memberi ‘kejutan’ kepada deria rasa anda sekaligus membantu memberi kelegaan kepada rasa loya dan mual yang sering dialami. Sebab itulah mengidam makanan masam adalah perkara yang sangat normal!

Sungguhpun buah-buahan muda dan masam ini merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding jeruk atau asam, anda haruslah berpada-pada dalam pengambilannya kerana tubuh badan anda masih memerlukan nutrien penting daripada sumber makanan lain untuk perkembangan bayi.

3. Aiskrim

mengidam ketika hamil

Kredit: Kindel Media/Pexels

Aiskrim memang sangat digemari oleh wanita, tidak kiralah sama ada mereka sedang hamil atau tidak! Oleh kerana ianya sejuk dan mempunyai pelbagai perisa, tidak hairanlah ramai wanita hamil selalu mengidam untuk memakannya. Ia benar-benar menyamankan tekak, terutamanya pada hari-hari panas.

Untuk pilihan yang lebih sihat, cubalah bertukar kepada yogurt rendah lemak yang ditabur dengan buah-buahan segar sebagai ‘topping’. Ia tetap menyegarkan!

4. Coklat

Memakan coklat ialah seperti ‘terapi’ untuk wanita di kala mereka sedang murung. Tidak seperti ramai wanita lain, wanita hamil lebih kerap mengalami perubahan turun naik hormon yang kadangkala mengganggu emosi mereka.

Oleh itu, mungkin sahaja wanita hamil mengidam untuk memakan coklat kerana ia boleh menggembirakan mereka.

5. Kentang goreng/ Kerepek 

mengidam ketika hamil

Kredit: Dzenina Lukac/Pexels

Sememangnya snek yang amat lazat, tetapi anda perlu mengawal kuantiti pengambilannya kerana ia mengandungi banyak garam serta tinggi kandungan lemak dan kalori.

6. Roti canai

Memang sedap dimakan ketika panas! Mungkin kerana ramai wanita berasa loya dan muak untuk makan nasi, mereka lebih teringin untuk makan roti canai. Namun, anda tentu arif tentang kalorinya yang berlipat ganda, kan?

7. Buah segar

Bukan semua wanita mengidam makanan yang berlemak dan tidak sihat. Buah-buahan segar juga turut menjadi pilihan ramai wanita hamil.

Oleh itu, makanlah jambu, manggis, duku, tembikai, dan banyak lagi buah-buahan tanpa rasa ‘bersalah’!

8. Minuman berkarbonat/berkafein

Rupanya Ini 10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Yang Paling Digemari Oleh Bakal Ibu, Terliurnya!

Minuman soda berkarbonat yang menjadi makanan mengidam ketika hamil sebenarnya dapat membantu mengurangkan ‘morning sickness’ kerana karbonat dapat melegakan perut dan rasa mual yang anda alami.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Selain itu, kopi juga dikatakan dapat melegakan sakit kepala dan kemurungan walaupun ramai doktor selalunya menasihatkan wanita hamil untuk mengelakkan sebarang minuman berkafein.

9. Sambal atau makanan pedas

Mungkin kerana popularitinya di Malaysia, wanita hamil di Malaysia juga selalu mengidam makanan-makanan yang pedas.

Walau bagaimanapun, janganlah memakan terlalu banyak makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.

10. Durian

Sesetengah sumber tidak menggalakkan wanita hamil untuk memakan durian. Tetapi orang Malaysia sangat sukar untuk ‘berpantang’ dari memakan durian. Begitu juga halnya dengan ibu mengandung. Namun, jika anda berisiko diabetes, seboleh-bolehnya kawallah kuantiti pengambilannya.

Cubalah pastikan bahawa anda mendapat gizi yang seimbang daripada makanan lain juga. Lakukanlah aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakan perasaan mengidam anda seperti bersiar-siar dan menonton wayang.

Jangan jadikan makanan sebagai teman rapat atau penawar rasa gelisah anda, sebaliknya dapatkanlah sokongan dan pelukan daripada suami untuk meredakan emosi ibu mengandung.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Sangka Jantung Pisang Bagus Untuk Morning Sickness Semasa Hamil, 5 Kelebihan Ulam Berkhasiat Ini!

Baca juga: Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat

Baca juga: Edema Ketika Hamil? Apa Tu? Siapa Yang Pernah Bengkak Kaki Ketika Hamil Mesti Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Rupanya Ini 10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Yang Paling Digemari Oleh Bakal Ibu, Terliurnya!
Kongsikan:
  • Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

    Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

  • PELIK, Isteri Hamil Ini Mengidam Teruk Nak Bau & Masuk Dalam Bilik Mayat!

    PELIK, Isteri Hamil Ini Mengidam Teruk Nak Bau & Masuk Dalam Bilik Mayat!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

    Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

  • PELIK, Isteri Hamil Ini Mengidam Teruk Nak Bau & Masuk Dalam Bilik Mayat!

    PELIK, Isteri Hamil Ini Mengidam Teruk Nak Bau & Masuk Dalam Bilik Mayat!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.