X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Edema Ketika Hamil? Apa Tu? Siapa Yang Pernah Bengkak Kaki Ketika Hamil Mesti Tahu

3 min bacaan
Edema Ketika Hamil? Apa Tu? Siapa Yang Pernah Bengkak Kaki Ketika Hamil Mesti TahuEdema Ketika Hamil? Apa Tu? Siapa Yang Pernah Bengkak Kaki Ketika Hamil Mesti Tahu

Dan sebenarnya edema ini bukan saja berlaku di kaki ya, anda mesti tidak lagi muat untuk menyarung cincin perkahwinan di trimester ke tiga kehamilan bukan? 

Selalu tak ibu mengandung alami cramp kaki ketika tidur? Apabila bangun dari katil pula sakitnya kaki bila jejak lantai. Rasa mencucuk cucuk? Dan apabila malam pula kaki membengkak macam disengat tebuan? Itulah tanda hamil yang sihat dan normal paling ketara, ia dipanggil edema!

Dan sebenarnya edema ini bukan saja berlaku di kaki ya, anda mesti tidak lagi muat untuk menyarung cincin perkahwinan di trimester ke tiga kehamilan bukan? 

Apa Itu Edema?

Oedema/Edema iaitu bengkak pada buku lali dan tapak kaki sering terjadi dan cukup biasa  dalam kehamilan kerana pada waktu ini, badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada keadaan normal. 

Apabila bayi semakin membesar di dalam rahim, ia akan memberi tekanan pada saluran darah di bahagian pelvik.

Lantas menyebabkan saluran darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah terjejas. Saluran darah ini dikenali sebagai vena kava, ia terletak pada bahagian kanan badan.

tanda hamil

Lantas tekanan yang dialaminya menyebabkan peredaran darah menjadi perlahan lalu darah pun terkumpul. 

Akibat daripada darah terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui saluran darah kecil (kapilari) dan masuk ke dalam tisu pada tapak kaki serta buku lali. Disebabkan sesetengah wanita hamil yang menyimpan lebih banyak air, maka ini menambahkan lagi bengkak kaki. 

Bengkak kaki ini akan terjadi jika anda banyak berjalan, lantas pada waktu petang atau penghujung hari anda dapati kaki semakin membengkak. Dan apabila dipicit atau ditekan ia tidak akan melantun atau menganjal. 

Adakah edema ini tanda hamil normal?

Ya, boleh dikatakan 50 hingga 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalami edema ini. Dan ia biasanya terjadi pada trimester ketiga kehamilan.

Ramai yang cakap bengkak kaki bila surut itu tanda nak bersalin? Tidak juga, ia mungkin berlaku pada sesetengah wanita hamil tapi ada juga yang masih bengkak kakinya dan telah tiba waktu bersalin. 

Namun sekiranya anda mengalami bengkak teruk pada tangan, muka dan tapak kaki maka segeralah berjumpa doktor. Kerana bimbang pula ia adalah tanda praeklampsia. 

Cara mengurangkan bengkak

tanda hamil

  • Tinggikan kaki apabila baring atau duduk untuk melancarkan peredaran darah. Letak kerusi kecil di pejabat untuk menahan kaki anda. 
  • Baring mengiring ke kiri. Ia dapat mengurangkan tekanan pada vena kava. 
  • Elakkan berjalan terlalu lama tanpa rehat. Memanglah ibu hamil di hujung kehamilan digalakkan berjalan tapi bukanlah terlalu lama sampai letih ya. 
  • Elakkan menyilang kaki ketika duduk
  • Sekiranya anda masih perlu travel ke luar negeri pastikan anda memakai stokin sokongan atau stokin tekanan (support tights), ia dapat membantu mengelakkan darah beku disekelilingi buku lali apabila anda duduk terlalu lama. 
  • Berurut. Ya anda masih boleh berurut tapi di bahagian tertentu sahaja. Seperti kes ini, anda boleh berurut di bahagian kaki. Ia mampu memberi kelegaan walaupun sementara. Sekiranya ingin hasil yang lebih baik, lakukan ia tiga kali seminggu. 
  • Berenang juga dapat mengurangkan bengkak kaki, ini keranan di dalam air, badan anda akan terapung jadi perjalanan darah juga akan menjadi lancar. 

Edema Ketika Hamil? Apa Tu? Siapa Yang Pernah Bengkak Kaki Ketika Hamil Mesti Tahu

Seperti tanda hamil dan kesan kehamilan lain, bengkak kaki juga akan hilang sebaik anda melahirkan si comel nanti.

Jangan terlalu bimbang, perjalanan kehamilan ini sepatutnya menyeronokkan jika anda menjadi lebih positif.

Sekiranya bengkak kaki ini betul-betul menganggu rutin harian anda, berbincanglah dengan doktor mengenai langkah sebaiknya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Praeklampsia: Tanda, Risiko & Cara Pencegahan Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Edema Ketika Hamil? Apa Tu? Siapa Yang Pernah Bengkak Kaki Ketika Hamil Mesti Tahu
Kongsikan:
  • Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

    Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

  • Kaki Bengkak Ketika Hamil Trimester Ke-3, Ini Cara Kurangkan Rasa Sakit

    Kaki Bengkak Ketika Hamil Trimester Ke-3, Ini Cara Kurangkan Rasa Sakit

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

    Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

  • Kaki Bengkak Ketika Hamil Trimester Ke-3, Ini Cara Kurangkan Rasa Sakit

    Kaki Bengkak Ketika Hamil Trimester Ke-3, Ini Cara Kurangkan Rasa Sakit

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.