Bagi ibu yang berada pada fasa awal kehamilan, apabila ada pendarahan kecil pasti rasa tidak senang duduk dan risau dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Selalunya apabila ada spotting atau pendarahan kecil ini ramai yang ingat mereka akan keguguran sedangkan ia mungkin kerana beberapa perkara.
Kali ini kami kongsikan saranan doktor ini sekiranya anda mendapati pada awal kehamilan anda mendapat spotting yang paling dirisaukan oleh ibu-ibu hamil.
Pendarahan kecil atau spotting pada awal kehamilan, ini yang anda perlu tahu
Kredit: klikdokter
Spotting, light bleeding atau pendarahan kecil ini biasanya berlaku dalam satu pertiga di kalangan ibu hamil. Ia biasanya tidak memberi ancaman kepada ibu dan bayi.
Antara penyebabkan kepada berlakunya perkara ini adalah kerana berhubungan kelamin, jangkitan kuman atau koyak pada dinding vagina. Tetapi perlu diingat adakalanya pendarahan boleh juga disebabkan oleh ancaman keguguran, hamil di luar rahim atau uri di bawah.
Menurut Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan & Fertiliti, Dr Maiza spotting ditakrifkan sebagai pendarahan ringan dari faraj yang berlaku di luar jangka masa normal kitaran haid.
Lazimnya ia hanya melibatkan sejumlah kecil darah, wanita mungkin menyedari kehadirannya pada tisu ketika mengelap faraj selepas buang air kecil atau tompokan coklat di seluar dalam.
Spotting boleh bawa pelbagai tanda
Krdit: hotzehealth
Satu dari 4 ibu hamil mengalami spotting pada awal kehamilan sehingga 12 minggu. Kebanyakannya tidak berkait dengan masalah kehamilan yang serius dan berjaya melahirkan bayi dengan selamat. Lazimnya spotting berwarna coklat, merah cair atau merah jambu.
Bagaimanapun katanya, spotting ketika hamil ini boleh menjadi tanda atau simptom:
- Awal kehamilan (implantation bleed)
Berlaku dalam masa 7 hingga 10 hari semasa awal kehamilan ketika telur yang telah disenyawakan oleh sperma menempel di dinding rahim
- Ancaman keguguran (threatened miscarriage)
Ancaman keguguran atau keguguran sepenuhnya. Kebanyakan masa pendarahan jenis ini diikuti dengan gejala lain seperti sakit di bahagian ari-ari.
Kebanyakan penyakit kelamin seperti kuman Chlamydia boleh menyebabkan pendarahan. Jangkitan ini mestilah dirawat.
Pendarahan sekeliling uri yang biasanya berhenti sendiri dan tidak meminggalkan komplikasi kepada kandungan.
Berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada bahagian selain dinding rahim selalunya di bahagian tiub fallopian.
Pendarahan biasanya berlaku bersama gejala sakit di bahagian perut. Kandungan jenis ini selalu menjadi ancaman kepada ibu kerana ia akan pecah dan menyebabkan kontaminasi di dalam rongga abdomen.
Lakukan 4 perkara ini jika anda alami spotting
Jika anda mengalami pendarahan kecil, jangan panik. Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Doktor ini menasihatkan ini antara yang perlu ibu hamil lakukan di rumah ketika alami spotting:
- Elakkan berhubungan intim
- Berehat secukupnya
- Elakkan aktiviti lasak
- Teruskan pengambilan Folic acid
Bila anda perlu jumpa doktor?
Kredit: babycenter
Jangan bertangguh untuk berjumpa doktor sekiranya anda hamil dan perkara ini terjadi pada anda. Jangan bertangguh dan buat keputusan sendiri. Segeralah dapatkan pemeriksaan doktor.
- Mengalami sakit perut
- Spotting berubah warna ke merah pekat dan semakin banyak
- Pendarahan vagina bercampur ketulan darah beku yang banyak
- Keluar ketulan yang kelihatan seakan daging atau hati
Pendarahan vagina selepas 20 minggu kehamilan
Pendarahan bagina juga boleh berlaku selepas 20 minggu kehamilan. Antara penyebabnya termasuklah:
#1. Placenta previa
Kedudukan uri di bawah menutupi jalan keluar bayi juga boleh menyebabkan pendarahan dan menjadi ancaman kepada nyawa ibu dan anak dalam kandungan
#2. Placenta abruptio
Boleh berlaku disebabkan uri berpisah dengan rahim dan menyebabkan pendarahan yang banyak disertai sakit perut.
#3. Rahim pecah
Boleh berlaku pada wanita yang pernah bersalin secara caesarean semasa kehamilan terdahulu.
#4. Kelahiran pra matang
Boleh memberikan tanda-tanda seperti ketika hendak bersalin. Sekiranya anda mengalami pendarahan vagina ketika hamil, pastikan berjumpa doktor untuk penilaian seterusnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: dr.maiza, klinik dr Azie
Kredit foto: berita harian, healthunlocked
Baca juga: Beza “spotting” atau pendarahan semasa hamil- bila anda patut risau?
Baca juga: Keluar Darah Coklat Ketika Mengandung Trimester Ketiga, Adakah Ia Berbahaya?
Baca juga: Pendarahan impantasi sama seperti haid, bagaimana nak bezakannya?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!