TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

BAHAYA! Wanita ini hampir maut lepas implan yang dipakai terkena saluran darah

3 min bacaan
BAHAYA! Wanita ini hampir maut lepas implan yang dipakai terkena saluran darah

Teruknya keadaan dia selepas buka implan hingga darah tak henti keluar dan tangan membengkak! Anda ada pengalaman ngeri macam ini tak?

Kejadian ngeri akibat alat cegah hamil

Sudah banyak kali kita dengar tentang pelbagai kejadian ngeri akibat memakai sesetengah jenis alat cegah hamil. Antara alat cegah hamil yang selalu kita dengar mengundang bahaya yang tak dijangka ialah implan, IUD dan pil perancang.

Begitu jugalah yang terjadi pada wanita ini. Selepas memakai alat cegah hamil yang berbentuk implan, seorang wanita akhirnya mengalami mimpi ngeri apabila implan yang dipakai tersebut membawa masalah yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. 

Ikuti luahan perkongsian wanita itu. 

alat cegah hamil, alat cegah kehamilan, alat cegah mengandung, bahaya pakai implan, alat cegah hamil implan, pencegahan kehamilan, cara cegah hamil, cara cegah mengandung, cara cegah hamil setelah berhubungan, alat percegah hamil, kaedah mencegah kehamilan, isteri cegah kehamilan,

Alat cegah hamil: Beliau sudah 2 tahun pakai implan 

Ibu, JANGAN…

Jangan lagi pakai alat cegah hamil seperti implan kerana risikonya sungguh menakutkan! Biarlah aku seorang saja yang alami. 

Semoga para suami faham dan mengerti untuk tidak meminta isteri pakai alat cegah hamil ini. 

Ini bukan bermaksud menolak rezeki dari Allah. Tapi aku sudah beberapa kali bersalin secara czer dan badanku juga tidak berdaya untuk mengandung lagi. 

Oleh sebab itu, aku bercadang untuk pakai implan di lengan. Waktu pasang memang rasa sakit sedikit dan kurang selesa dalam tempoh 3 minggu. 

Malah dengan pakai alat cegah hamil ini juga aku sukar untuk buat kerja rumah. Apatah lagi, haid tidak teratur selepas memakainya. 

Malah, pernah sekali itu, haid aku datang sampai 2 bulan lamanya tanpa henti. Jadi, tidak hairanlah kerana itu aku kurus melidi. 

Pendek cerita, hampir dua tahun alat cegah hamil implan ini tertanam dalam lengan dengan keadaan haid yang tidak teratur dan kerap. Penat sebenarnya bila keadaan begini. Rasa diri tak terurus dan kusut. 

Sebab itu, aku ambil keputusan untuk datang ke klinik O&G yang sama sewaktu nak pakai implan dulu. Kebetulan klinik itu dekat dengan rumah. Waktu nak tanggalkan implan itu memang lama tapi selesai juga. Tak ada yang pelik masa itu. 

alat cegah hamil, alat cegah kehamilan, alat cegah mengandung, bahaya pakai implan, alat cegah hamil implan, pencegahan kehamilan, cara cegah hamil, cara cegah mengandung, cara cegah hamil setelah berhubungan, alat percegah hamil, kaedah mencegah kehamilan, isteri cegah kehamilan,

Alat cegah hamil ini punca pendarahan di tangan 

Selepas implan dikeluarkan dan ubat bius juga hilang, aku mula rasa berdenyut-denyut, tanda sakit. 

Lebih mengejutkan dan panik apabila darah yang keluar tak henti-henti. Ia terus saja keluar hingga buat aku rasa hampiri maut. Tidak sanggup rasanya alami dua jam pendarahan tapi aku bersyukur ada keluarga yang sentiasa di samping. Lalu mereka bawa aku ke hospital terdekat. 

Menurut doktor, implan yang aku pakai mungkin terkena bahagian saluran darah. Itu yang menyebabkan darah tak berhenti dan tangan bengkak hingga ke jari. Doktor tersebut terus merawat hingga darah berhenti. Alhamdulillah. 

Untuk semua ibu, hati-hati bila ingin pakai implan ini. Kemungkinan ada bahaya yang anda belum nampak. 

Alat cegah hamil: Kelebihan pakai implan 

  • Implan boleh digunakan hingga 3 tahun. Ia boleh terus dipasang selepas melahirkan bayi atau keguguran
  • Implan boleh melindungi dari kehamilan. 
  • Tidak ganggu hubungan kelamin. 
  • Masih boleh lakukan aktiviti seharian seperti biasa 
  • Melindungi diri dari penyakit bengkak pelvis atau kanser rahim
  • Kesuburan kembali normal selepas implan dikeluarkan.
  • Ibu menyusu tak perlu bimbang kerana ia selamat digunakan

Alat cegah hamil : kekurangan pakai implan 

  • Haid tidak teratur – Ada yang tidak alami haid dan ada yang haid terlalu lama. Namun, ia akan kembali normal apabila sampai setahun. 
  • Sakit kepala, tumbuh jerawat dan mual 
  • Payudara sakit 
  • Perubahan mood dan tekanan perasaan 
  • Hilang rasa ghairah untuk bersama suami 
  • Berat badan naik 
  • Boleh jadi jangkitan kuman pada lengan. Namun boleh dirawat dengan makan antibiotik. 

Ibu, sebelum memilih sebarang alat kontrasepsi apapun, ingatlah untuk selalu berkonsultasi dengan doktor untuk memilih perancang keluarga yang terbaik buat anda. Kini, terdapat pelbagai pilihan perancang keluarga yang ada di pasaran. Ataupun, suami boleh menjalankan prosedur vasektomi.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Building a Better Home: 7 Best Household Items You Need to Invest In
Building a Better Home: 7 Best Household Items You Need to Invest In
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

https://my.theasianparent.comvasektomi-untuk-suami/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • BAHAYA! Wanita ini hampir maut lepas implan yang dipakai terkena saluran darah
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham