X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Personaliti & Karakter Anak Berbeza Mengikut Kumpulan Darah Mereka, Anak Anda Yang Mana?

3 min bacaan
Personaliti & Karakter Anak Berbeza Mengikut Kumpulan Darah Mereka, Anak Anda Yang Mana?

Kalau nak tengok perwatakan dan keperibadIan anak, anda boleh lihat melalui karakter anak menurut golongan darah ini. Adakah ia sama atau sebaliknya?

Personaliti anak menurut golongan darah boleh dilihat berdasarkan darah mereka sama ada ia jenis A, B, O atau AB. Setiap golongan darah ini memiliki keunikan tersendiri.

Jom lihat adakah ia tepat, lebih kurang sama atau kurang tepat. Pokok pangkalnya, ibu bapa boleh lihat adakah karakter anak ini benar-benar mengikut golongan darahnya. 

Menurut ahli naturopati Amerika Syarikat, Peter J. D’ Adamo, beliau mengatakan personaliti anak menurut golongan darah mencerminkan sikap, keperibadian dan perwatakan dirinya. 

Manakala pakar psikologi pula mengatakan, ibu bapa mudah mencorak dan mengasuh anak sekiranya tahu jenis darah anak mengikut karakter anak menurut golongan darah ini.

Namun, jangan jadikannya sebagai acuan utama kerana ibu bapalah orang penting yang mencorakkan didikan pada anak-anak. 

Personaliti Anak Menurut Golongan Darah 

Personaliti anak menurut golongan darah O

personaliti

 

  • Karakter anak menurut golongan darah O: memiliki semangat yang tinggi. Dia cenderung melakukan sesuatu perkara tanpa perlu bertanya terlebih dulu. Pendek kata, dia bijak buat keputusan. 
  • Namun begitu, karakter anak menurut golongan darah O ini juga bijak menutupi kesalahan sendiri tapi bila tak boleh nak uruskan sesuatu, dia melarikan diri. 
  • Tapi, karakter anak menurut golongan darah O juga seorang yang pemurah dan berjiwa pemimpin. Tapi ada negatifnya di mana dia seorang yang keras kepala.
  • Bila anda tahu anak jenis darah O, elakkan kata-kata ‘perintah’ kerana mereka tak suka. Tapi ibu bapa boleh meminta bantuan mereka dan mereka mudah berikan pertolongan. 
  • Ketika sedang marah berikan dia sedikit waktu untuk tenang. 

Personaliti anak menurut golongan darah B

personaliti

  • Seorang yang kreatif. 
  • Ada rasa ingin tahu dan tertarik dengan pelbagai hal. 
  • Mempunyai kemampuan multitasking yang baik. 
  • Menikmati kehidupan dengan santai dan aman. 
  • Tak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain berkaitan dirinya. 
  • Bagi anak dengan golongan darah B, ibu bapa perlu bebaskan anak memilih apa yang dia suka dari sudut minat dan bakatnya. 

Karakter anak menurut golongan darah A

personaliti

  • Karakter anak dalam kategori darah A adalah seorang yang mudah ikut kata-kata ibu bapanya, takut berhadapan dengan risiko, dan sangat cermat dalam uruskan sesuatu perkara. 
  • Dia pantang jika ada orang yang  melanggar peraturan dan dia juga mudah menerima arahan. 
  • Seorang yang mudah dipercayai kerana karakter dirinya penuh ketelitian.
  • Seorang yang berwatak serius, tenang dan adakalanya sedikit keras kepala.
  • Untuk ibu bapa, menjaga anak dengan golongan darah A ini anda perlu memberikannya jaminan keselamatan supaya dia percaya bahawa kata-kata anda itu benar 

Karakter anak menurut golongan darah AB

Personaliti & Karakter Anak Berbeza Mengikut Kumpulan Darah Mereka, Anak Anda Yang Mana?

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
  • Anak dalam golongan darah AB pula memiliki sikap peribadi yang unik. 
  • Dia memiliki sedikit sifat dari golongan darah A dan darah B. 
  • Walaupun suka berkawan, anak golongan darah AB juga suka menyendiri. 
  • Ibu bapa yang mempunyai anak dalam golongan darah AB perlu faham karakternya dan bertanya apa yang sedang di lakukan.

Anak anda golongan darah apa? Jom kongsikan ia dengan kami!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Golongan Darah Jenis O Lebih Selamat & Tidak Mudah Dijangkiti Covid-19 – Kajian

Baca juga: Jenis Darah Anak Berbeza Dengan Darah Ibu Ayah, Mengapakah Ia Boleh Terjadi?

Baca juga: Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku kanak-kanak
  • /
  • Personaliti & Karakter Anak Berbeza Mengikut Kumpulan Darah Mereka, Anak Anda Yang Mana?
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham