TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

9 Manfaat Buah Strawberi Untuk Si Manja, Ia Merawat Kulit & Menambah Daya Ingatan

4 min bacaan
9 Manfaat Buah Strawberi Untuk Si Manja, Ia Merawat Kulit & Menambah Daya Ingatan

Tahukah anda khasiat strawberi amat penting dalam perkembangan si manja? Selain meningkatkan sistem imunisasi tubuh, ia juga baik untuk kesihatan otak.

Tidak dinafikan buah strawberi amat digemari bagi segelintir kanak-kanak yang sedang membesar. Selain bentuk dan rupanya yang dianggap comel, khasiat strawberi dikatakan mampu meningkatkan mood si manja dalam seharian.

Justeru, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan pengambilan sebanyak 400 gram buah dan sayur setiap hari bagi mengelakkan risiko serangan pelbagai penyakit.

Khasiat strawberi untuk perkembangan kanak-kanak

khasiat buah strawberi

Buah strawberi dengan warna merah menyala dan mempunyai rasa yang manis mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan si manja. Antaranya ialah:

#1. Mencegah masalah sembelit

Sembelit dan diare merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh anak kecil. Dengan pengambilan buah-buahan seperti strawberi yang tinggi  kandungan air serta serat dapat membantu menghidratkan tubuh.

Bukan itu sahaja, ia turut mengekalkan proses penghadaman agar sentiasa lancar dan mengelakkan kesukaran ketika membuang air besar.

Sekiranya usia si manja anda masih kecil dan berdepan kesukaran untuk menikmati buah ini, ibu ayah boleh menjadikannya sebagai jus strawberi atau memotong secara dadu.

#2. Mengekalkan kulit yang sihat

Khasiat strawberi yang kaya dengan vitamin C amat baik untuk kesihatan kulit anak. Ia dikatakan mampu mencerahkan serta memastikan kelembapan yang optimum.

Sekiranya anak-anak aktif menerokai dunia dengan bermain di luar rumah, jadikan buah strawberi ini sebagai pilihan utama snek buat mereka, ya!

#3. Memperbaiki mood anak

manfaat strawberi

foto: sean grover

Anak-anak yang semakin membesar dan mengalami pertambahan usia akan mengalami gangguan hormon. Justeru, anda tidak perlu berasa tertekan kerana ia adalah perkara yang normal.

Mood si manja akan berubah-ubah bila-bila masa sahaja. Jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan mengamalkan pengambilan buah strawberi. Hal ini kerana ia berupaya merangsang pelepasan serotonin iaitu hormon yang amat mempengaruhi suasana hati.

#4. Menambah daya ingatan

Kebanyakan pakar mengatakan bahawa kandungan asid folik yang terdapat dalam sebiji buah strawberi mampu meningkatkan daya ingatan seseorang. Sekiranya ia diambil sebagai rutin diet harian, buah ini berupaya membantu anak-anak untuk lebih memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara yang dipelajari.

Tetapi jangan pula anda jadikan buah strawberi sahaja sebagai menu utama bekal ke sekolah, ya ibu! Anda boleh memilih menyediakan roti bersama jem strawberi atau muffin strawberi buatan sendiri.

#5. Menjaga kesihatan mata

Pada hari ini, kebanyakan anak kecil sering dibenarkan menonton televisyen atau telefon pintar dalam memastikan mereka mudah dikawal. Tabiat menikmati waktu skrin yang berpanjangan akan memberi risiko terhadap kesihatan mata si manja. 

Kandungan antioksida seperti vitamin C dan flavonoid  terkandung dalam sebiji buah strawberi dapat membantu mencegah penyakit berkaitan mata.

Kandungan nutrisi

Khasiat strawberi yang kaya dengan vitamin C, kalium, asid folik dan serat mampu menyokong fungsi tubuh untuk sentiasa kekal cergas dan sihat sepanjang hari.

Satu cawan pengambilan buah strawberi segar atau lebih kurang 166g mengandungi pelbagai nutrisi penting dalam jumlah yang berikut:

  • Kalori: 53 kcal
  • Protein: 1.11g
  • Karbohidrat: 12.75g
  • Serat makanan: 3.30g
  • Kalsium: 27mg
  • Zat besi: 0.68g
  • Magnesium: 22mg
  • Fosforus: 40mg
  • Kalium: 254mg
  • Vitamin C: 97.60mg
  • Asid folik: 40 mikrogram (mcg)
  • Vitamin A: 28 unit antarabangsa (IU)

Buah strawberi juga mengandungi antioksidan yang banyak termasuklah anthocyanins, ellagic acid, quercetin dan kaempferol.

Resepi dadih susu strawberi

Stories Rakan Kongsi
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

manfaat strawberi

Menu sihat berasaskan buah strawberi ini pastinya dapat menambat selera anak-anak dan ia amat mudah untuk anda cuba di rumah.

Bukan itu sahaja, ibu-ibu dapat mengetahui jumlah gula yang diletakkan dan menjadikannya sebagai pencuci mulut berkhasiat berbanding pengambilan snek.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Serbuk dadih
  • Buah strawberi segar
  • Susu tepung
  • Sedikit madu atau gula

Cara penyediaan

#1. Panaskan air sehingga ia mendidih.

#2. Masukkan serbuk dadih, kacau sebati sehingga mendidih lagi

#3. Masukkan madu mengikut kemanisan yang anda inginkan.

#4. Bancuh susu tepung dalam satu gelas air sehingga pekat.

#5. Sukatan air bergantung kepada jenama serbuk dadih yang anda beli. Boleh rujuk pada label bahagian belakang bungkusan.

#6. Sejukkan dan hias dengan hirisan strawberi segar. Kemudian, masukkannya ke dalam peti sejuk.

Sumber: Medical News Today, Kumparan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

9 Manfaat Buah Strawberi Untuk Si Manja, Ia Merawat Kulit & Menambah Daya Ingatan

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkhasiat-epal

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 9 Manfaat Buah Strawberi Untuk Si Manja, Ia Merawat Kulit & Menambah Daya Ingatan
Kongsikan:
  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham