Sedang anda berlari menaiki tangga untuk melihatkannya, anak kedua, 4 tahun, mengamuk kerana baju Ultraman yang ingin dipakainya masih lagi di dalam bakul baju kotor.
Anda cuba memujuknya agar pakai sahaja baju lain.
Tiba-tiba si kecil anda yang berusia 8 bulan menangis dengan kuat!
“Alamak,daging dah hangus!”, anda teringatkan kerja anda di dapur.
Makin ramai anak, makin stress?
Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Today.com ke atas 7,164 orang ibu warga Amerika, ibu yang mempunyai 3 orang anak adalah yang paling stress.
Malah, ibu anak 3 lebih stress daripada ibu yang beranak 4!
Ini kerana apabila bilangan anak bertambah menjadi 3, mereka lebih ramai daripada ibu dan bapa (hanya 2 orang).
Namun, keadaan ini akan kembali tenang apabila bilangan anak menjadi 4 atau lebih.
Menurut seorang pakar psikiatrik, Dr. Janet Taylor “Semakin ramai anak anda, semakin yakin anda dengan kebolehan anda sebagai ibubapa.”
Malah, tekanan juga semakin berkurang apabila anak makin ramai kerana si sulung boleh membantu dalam menangani adik-adik yang lain.
Stress yang dicipta sendiri
Walaupun menguruskan anak-anak memang satu perkara yang mencabar mental, fizikal dan emosi seorang ibu, sebahagian besar stress sebenarnya adalah berpunca dari diri ibu itu sendiri.
Di dalam tinjauan yang sama, pada skala 1 hingga 10, purata tahap stress yang dihadapi oleh ibu-ibu tersebut adalah 8.5!
75 peratus daripada ibu-ibu ini stress dengan tekanan yang diberi ke atas diri sendiri berbanding tekanan yang dirasakan dari persekitaran mereka.
72 peratus mengaku yang mereka stress dengan stress itu sendiri!
Hargai masa anda
Tugas-tugas seorang ibu tidak pernah habis. Namun, ada ketikanya anda perlu ‘melarikan’ diri seketika bagi menikmati masa anda bersendirian walaupun hanya 10 minit.
Selain itu, ada baiknya jika anda menghadkan penglibatan anak-anak anda di dalam aktiviti ko-kurikulum atau aktiviti-aktiviti tambahan yang lain seperti berenang, balet, muzik dan sebagainya.
“Kamu boleh masuk Pengakap atau satu jenis sukan. Kita takkan boleh main lima jenis sukan”, kongsi seorang ibu tentang bagaimana dia menguruskan masa bersama anak-anak lelakinya sewaktu mereka sedang membesar.
Tip-tip menguruskan rumahtangga
1. Rancang sebaiknya
10 minit merancang boleh menjimatkan berjam-jam masa membuat sesuatu pekerjaan.
Tidak perlulah duduk di meja dengan kertas dan pen untuk merancang kerja-kerja rumah yang rutin.
Cukup sekadar menggambarkan sahaja di dalam kepala apa yang hendak dibuat keesokan harinya.
2. Persediaan awal
Pakaian dan beg sekolah anak, baju kerja suami dan diri sendiri, beg pakaian anak untuk ke taska, semua itu boleh disediakan sebelum anda masuk tidur.
Esok pagi, capai sahaja apa yang sudah tersedia dan anda tidak perlu memunggah timbunan kain untuk mencari stoking anak dan suami!
3. Mana satu nak buat dulu ya?
Lakukan apa yang penting untuk diselesaikan terlebih dahulu. Jangan membuat jangkaan yang terlalu tinggi sehingga anda sendiri yang stress.
Setiap perkara di dalam dunia ini ada kepentingannya tersendiri dan bagi kerja-kerja di rumah, hanya anda yang lebih arif tentangnya.
4. Sayang, boleh tolong tak?
Bahagikan tugas-tugas di rumah bersama pasangan anda. Tiada salahnya seorang suami menolong menjemur kain atau menyapu sampah.
Tetapi gunalah bahasa yang lembut untuk meminta si dia membantu anda. Jangan sampai orang kata anda ”Queen Control” pula!
5. Rajinnya anak mama
Disiplinkan anak-anak untuk lakukan sendiri kerja-kerja rumah sesuai umur mereka.
Contohnya, anak yang berumur 2-3 tahun sudah boleh mengutip mainan atau buku yang bersepah dan 4-5 tahun sudah boleh diminta menyimpan barang-barang dapur yang baru dibeli.
Anak berumur 6-8 tahun pula boleh diminta melakukan kerja-kerja yang lebih kompleks seperti membuang sampah, mengemop, menyidai baju dan menyiram pokok.
Jangan lupa beri pujian kepada anak anda selepas selesai tugas kerana mereka amat memerlukannya.
BERKAIT: I’m afraid to discipline my kid…
6. Tidak perlulah berdisiplin ala tentera
Mungkin anda sakit mata memandang timbunan kain di atas sofa, atau mainan berselerak satu rumah.
Namun, jika anda rasa terlalu penat, biarkan sahaja semua itu dan pergilah lakukan apa yang anda suka seperti tidur, baca majalah atau Facebook, atau main candy crush.
Bila sudah tenang, pergilah selesaikan kerja-kerja yang tertangguh itu.
BERKAIT: 10 ways to get your kids to enjoy housework
Rujukan:
Tips/Cara Menguruskan Rumahtangga
Cara Menguruskan Anak & Rumahtangga – For Beginners
Why three is the most stressful number of children to have – BUT mothers of four are MORE relaxed
Involving kids in tasks and chores
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!