Nutrien makanan seimbang semasa hamil dan menyusu tidak bermaksud anda perlu menggandakan saiz hidangan ketika waktu makan. Sebaliknya, perlu mengutamakan diet yang berkhasiat setiap hari. Terus baca untuk mengetahui nutrien-nutrien penting yang diperolehi melalui diet anda.
Waktu hamil dan menyusu merupakan suatu jangka masa di mana pemakanan paling penting bagi seseorang wanita. Ibu hamil bukan setakat perlu menitik berat kesihatannya sendiri, tetapi beliau juga perlu menjaga si manja dalam kandungan. Jadi, anda perlu berusaha berlipat kali ganda untuk melihat kesannya!
Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan
Kenapa nutrien makanan seimbang untuk ibu mengandung dan menyusu amat penting?
Ketika hamil, keperluan nutrien makanan seimbang tertentu meningkat bagi:
- Memenuhi keperluan tenaga untuk kesihatan sendiri
- Mengurangkan symptom kehamilan seperti loya, cepat penat dan diabetes ketika hamil (GDM), iaitu tidak toleransi terhadap glukosa dalam tahap berlainan yang dihidapi semasa hamil
- Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan janin
- Membina tisu pada plasenta dan rahim untuk menyokong pertumbuhan janin
Keperluan nutrisi turut meningkat semasa menyusu kerana:
- Menambah semula simpanan nutrisi dalam badan
- Menggalakkan ibu cepat pulih lepas bersalin
- Membantu penghasilan susu badan
- Menambah tenaga untuk memenuhi keperluan fizikal selepas bersalin
Jadi, sumber nutrisi penting yang diperlukan bayi ketika dalam kandungan atau selepas bersalin (jika menyusu badan) adalah anda, si ibu. Nutrisi ini boleh diperolehi dari makanan yang anda makan, atau suplemen makanan, atau kedua-duanya sekali.
Untuk memudahkan pemahaman anda, berikut merupakan senarai nutrisi penting yang perlu diambil ketika hamil atau menyusu:
Sukatan makanan ibu hamil dan menyusu badan
#1. Protein
Semasa hamil, protein memainkan peranan penting dalam perkembangan janin serta organnya seperti otot, saraf, dan otak. Protein juga membantu penghasilan kulit dan rambut.
Pengambilan protein yang mencukupi mampu mengurangkan risiko bayi mati dalam kandungan atau kelahiran bayi pramatang.
Menurut garis panduan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), 2017, dalam trimester pertama kehamilan, anda memerlukan jumlah protein yang lebih kurang sama setiap hari, dengan sedikit peningkatan sebanyak 0.5g/sehari.
Apabila janin semakin berkembang, semakin meningkat keperluan protein anda.
Pengambilan protein yang disyorkan ketika hamil:
- Trimester Pertama: +0.5 g/sehari
- Trimester Kedua: +8 g/sehari
- Trimester Ketiga: +25 g/sehari
Kenapa pengambilan protein semakin meningkat apabila janin semakin besar? Ia kerana protein tambahan diperlukan untuk menyokong proses sintesis tisu ibu hamil dan janin.
Keperluan protein meningkat pada peringkat awal kehamilan dan mencapai jumlah maksimum pada trimester ketiga. Ketika menyusu pula, ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan protein untuk menyokong penghasilan susu badan.
Pengambilan protein yang disyorkan ketika menyusu:
- 6 bulan pertama: +19g/sehari
- 6 bulan seterusnya: +13g/sehari
(Sumber: Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), 2017)
Pemakanan ibu postnatal perlu mengandungi:
#2. Kalsium
Kalsium amat penting semasa mengandung kerana ia membantu membina, mengekal, dan menguatkan tulang dan gigi anda serta bayi dalam kandungan.
Tubuh anda juga memerlukan kalsium untuk fungsi metabolik. Kalsium penting untuk penguncupan vascular dan vasodilatasi, fungsi otot, penghantaran saraf, isyarat intraselular, dan rembesan hormon dalam sistem peredaran darah, cecair ekstraselular, otot atau tisu lain.
Bayi dalam kandungan pula amat memerlukan kalsium tambahan ketika trimester ketiga kehamilan. Ketika ini, perkembangan tulang bayi sedang berlaku dengan pesat. Pengambilan kalsium yang mencukupi mampu mengurangkan risiko pra-eklampsia pada wanita hamil.
Jika anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi dari diet atau suplemen, badan anda akan mengambil kalsium dari tulang anda sendiri untuk diberi pada bayi dalam kandungan!
Sebab itu, pengambilan kalsium amat penting ketika hamil untuk mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua.
Pengambilan kalsium bergantung pada usia. Anda memerlukan kira-kira 1g dan 1.3g kalsium setiap hari, iaitu lebih kurang empat hidangan makanan yang kaya dengan kalsium.
Pengambilan kalsium yang disyorkan
- 13-19 tahun: 1,300mg/sehari
- 20-49 tahun: 1,000mg/sehari
(Sumber: Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), 2017)
Sukatan makanan ibu postnatal
#3. Kolina
Kolina adalah nutrien penting yang wajar diambil ibu ketika hamil kerana ia menyokong perkembangan otak janin dan menguatkan struktur sel membran.
Kolina juga menyumbang kepada sintesis asetilkolin; sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam daya ingatan dan pembelajaran.
Kolina juga mampu melindungi janin dari kecacatan tiub saraf, jadi ia merupakan salah satu nutrien penting yang anda perlu ambil untuk memastikan bayi dalam kandungan memperolehi permulaan yang sihat dalam hidup seawal mungkin.
Semasa hamil dan menyusu, keperluan kolina amat tinggi. Disebabkan keperluan yang tinggi, pemindahan kolina dari ibu ke janin akan menurunkan simpanan kolina dalam plasma ibu.
Ini akan menyebabkan simpanan kolina dalam badan merosot. Sekiranya pengambilan kolina ibu hamil rendah, risikonya untuk melahirkan bayi yang cacat tiub saraf akan meningkat.
Pengambilan kolina yang disyorkan:
Untuk ibu hamil: 450mg/sehari;
Untuk ibu menyusu: 550mg/sehari
(Sumber: www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK114308/)
#4. Asid Folik
Folat atau asid folik (bentuk sintetik) adalah sejenis Vitamin B (Vitamin B9) yang membantu tubuh membentuk sel darah merah. Ia juga menggalakkan pembahagian sel yang sihat.
Sebenarnya, tubuh manusia kehilangan banyak folat akibat proses biokimia dalam badan. Proses perkumbuhan dari air kencing, kulit dan hempedu juga menyebabkan kehilangan folat. Sebab itu, anda perlu menambah nutrien folat melalui pemakanan.
Folat membawa kebaikan terhadap tubuh badan anda. Ketika mengandung, jumlah darah akan meningkat. Di sinilah fungsi asid folik akan memainkan peranan penting apabila ia membantu pembentukan sel darah merah bersama dengan zat besi.
Asid folik juga mengurangkan risiko komplikasi ketika bersalin, seperti pra-eklampsia dan kelahiran bayi pramatang.
Asid folik amat penting ketika 28 hari pertama kehamilan kerana ketika ini, sistem saraf pusat janin anda sedang berkembang. Banyak kes kecacatan otak dan tulang belakang berlaku dalam tempoh ini kerana ibu mengandung tidak mengambil asid folik yang mencukupi semasa hamil.
Menurut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), 2017), ibu mengandung harus mengambil asid folik sebanyak 600 mcg setiap hari. Ketika menyusu pula, anda digalakkan mengambil ia sebanyak 500 mcg setiap hari.
Pengambilan asid folik yang disyorkan:
- Ketika mengandung: 600 mcg/sehari dari diet folat setara (DFE)
- Ketika menyusu: 500 μg/sehari dari diet folat setara (DFE)
#5. DHA
DHA bermaksud docosahexaenoic acid, sejenis asid lemak Omega-3 yang penting untuk membantu dalam perkembangan otak dan mata janin.
DHA juga memainkan peranan penting dalam membantu penstrukturan dan fungsi tisu badan serta fungsi imun dan perkembangan otak dan retina.
Pengambilan DHA ketika waktu awal hamil adalah penting kerana otak janin berkembang sejak konsepsi. DHA mula terkumpul di otak janin secara pesat semasa trimester terakhir kehamilan dan terus disalur kepada bayi semasa menyusu.
Dalam erti kata lain, anda adalah sumber utama DHA untuk bayi dalam kandungan semasa kehamilan dan selepas bersalin.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan DHA dalam diet kerana keperluan janin yang tinggi terhadap DHA akan mengurangkan simpanan DHA pada ibu hamil sebanyak 50%.
Pengambilan DHA yang disyorkan
Ibu hamil dan menyusu : 200 mg sehari15
Adakah anda menerima nutrien makanan seimbang yang cukup?
Jadi ibu semua, mengamalkan pemakanan seimbang untuk ibu mengandung dan menyusu amat penting. Diet anda haruslah mengandungi kesemua nutrien yang tersebut di atas.
Kami pasti anda akan cuba sedaya upaya untuk mengambil makanan sihat yang mengandungi nutrien tersebut, namum anda masih mungkin kekurangan nutrien tertentu atau menghadapi kesukaran untuk mengambil jenis nutrien dalam kombinasi yang sesuai.
Tambahan pula dengan situasi asyik loya dan muntah yang dialami oleh hampir 70-80% wanita mengandung boleh menpengaruhi corak pengambilan makanan dan nutrien.
Loya membuatkan anda susah makan makanan tertentu yang menyumbangkan nutrien penting. Muntah pula mengakibatkan segala nutrisi yang diambil tadi hilang dan kehilangan berat badan.
Dalam keadaan begini, suplemen dalam bentuk susu amat membantu ibu mengandung dan menyusu untuk mendapatkan campuran vitamin dan mineral penting yang diperlukan mengikut tahap yang disyorkan oleh pakar-pakar
Enfamama A+ adalah suplemen susu prenatal yang dirumus khas untuk ibu mengandung dan menyusu setiap hari.
Susu ini diformulasi secara saintifik dengan tahap DHAn dan Kolinap paling tinggi, hanya dalam dua gelas susu setiap hari.
Enfamama A+ juga membantu anda mendapatkan nutrien penting lain seperti Asid Folik, Kalsium & Zat Besi, sementara menyokong penambahan berat badan yang bersesuaian sewaktu hamil.
Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang Enfamama A+.
n Dalam 2 hidangan/sehari. Berdasarkan hidangan harian yang disarankan berbanding dengan susu ibu mengandung jenama lain pada Sept 2017. Adalah disyorkan untuk mengambil 2 hidangan Enfamama A+ sehari
pBerbanding dengan susu ibu mengandung jenama lain yang utama dalam pasaran pada Sept 2017. Tahap Kolina Enfamama A+: 560mg per 100g
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!