theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!

4 min bacaan
•••
Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!

Cara hilangkan batuk bayi secara semula jadi boleh dilakukan di rumah. Perkongsian ibu ini telah terbukti berkesan dan boleh merawat batuk dengan cepat!

Ibu bapa masih ingat tak cara hilangkan batuk bayi yang kami kongsi sebelum ini yang menggunakan madu sebagai tuam?

Semakin ramai ibu-ibu lebih suka menggunakan petua dan cara hilangkan batuk bayi secara semula jadi dari memberi anak ubat dan antibiotik. Baru-baru ini seorang ibu dari Singapura bernama Dorcas telah berkongsi satu lagi petua yang berkesan lagi ajaib.

Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

Wanita kongsi cara hilangkan batuk bayi di rumah

petua hilangkan batuk bayi

credit to sources

Ketika berkongsi petuanya, Dorcas berkata, “Saya pasti ramai ibu-ibu rasa bimbang apabila bayi mereka batuk atau selesema untuk masa yang lama. Anak saya sendiri telah mengalami selesema dan batuk berkahak selama lebih dari seminggu.”

“Walaupun sudah seminggu saya memberi anak ubat Zyrtec, ubat titis hidung Illadin dan menggunakan Sterimar setiap hari, keadaaannya tidak bertambah baik. Saya mula rasa bimbang kerana jika bayi saya terus begini, risiko untuk mendapat bronkitis akan semakin tinggi. Minyak EO pun saya dah cuba, tetapi tidak berkesan juga.”

Nasib baik rakan sekerjanya telah berkongsi petua AGO. Apa itu AGO? A untuk Apple, G untuk Garlic dan O untuk Onion. Caranya senang saja!  Epal itu cuma perlu dikukus bersama dengan bawang putih dan bawang merah.

“Hanya 1 hari selepas memberi anak minum cecair yang keluar dari epal dan kedua-dua bawang itu, dia telah pulih sebanyak 80%. 2 hari kemudian dia hampir pulih sepenuhnya!”

petua hilangkan batuk dan selsema, petua hilangkan batuk bayi 4 bulan, petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi, petua hilangkan batuk berkahak, petua hilangkan batuk dengan bawang putih, ubat batuk untuk bayi 3 bulan, cara sedut kahak bayi guna mulut, petua hilangkan batuk bayi 11 bulan, cara hilangkan batuk bayi

Resipi hilangkan batuk bayi di rumah

Bahan-bahan:

1 epal merah

1 bawang merah saiz besar

4-5 ulas bawang putih

Langkah-langkah:

  1. Kukuskan semua bahan-bahan bersama selama 20 minit.
  2. Ibu-ibu akan nampak air bertakung dalam mangkuk bersama bahan-bahan yang dikukus tadi. Tuang air itu keluar dan beri anak minum air itu sahaja. Jangan lenyek atau purikan bahan-bahan.
  3. Lakukan ini satu kali sehari.

Menurut Dorcas, rasa air hasil dari petua AGO ini agak manis, jadi senang disuap kepada bayi. 

Maklum balas ibu-ibu lain yang telah cuba cara hilangkan batuk bayi yang senang ini

“Ramai juga ibu-ibu yang telah mencuba petua ini. Ada yang katakan petua ini benar-benar berkesan untuk bayi mereka. Ada pula yang mengatakan ia tidak berkesan: mungkin bayi mereka hanya minum sedikit sahaja kemudian berhenti,” kata Dorcas.

Adakah ibu-ibu akan cuba cara hilangkan batuk bayi semula jadi ini? Kongsi bersama kami ya, kalau petua AGO ini telah membantu bayi anda!

Petua lain bagi menghilangkan masalah batuk anak kecil

hilangkan batuk bayi

credit to sources

#1. Minyak bawang putih

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya bakar bawang putih dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, tambah minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu pada bahagian dada anak untuk melegakan pernafasan.

#2. Rehatkan anak

Jika si manja tidak sihat, ia menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam ataupun majlis kenduri kerana si manja akan berasa letih dan melambatkan proses penyembuhan.

Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, tindakan sebegini juga menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. 

#3. Pastikan aliran udara yang baik di dalam rumah

Elakkan anak terperap dalam bilik dan rumah sahaja. Jika mereka menangis mahukan penghawa dingin, ibu ayah perlulah mengabaikannya buat sementara waktu.

Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik dan membolehkan si manja menikmati udara segar.

#4. Minyak masak

Biarpun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga menjadi bahan rawatan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

#5. Menggunakan madu

Madu lebah sebenarnya mampu melegakan sakit tekak dan batuk lebih cepat berbanding pengambilan uba di farmasi. Berikan si manja makan 1/2 sudu teh madu sebelum waktu tidur.

Nota: Madu hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas.

Ini adalah kerana madu mungkin mengandungi kuman bakteria yang boleh menghasilkan botulisme. Botulisme boleh meracuni bayi bawah umur 1 tahun kerana usus bayi yang belum cukup matang.

Untuk keselamatan, pakar kanak-kanak telah menyaran supaya hanya memberi madu kepada kanak-kanak yang lebih tua.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapura, Ethissa

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!
Kongsikan:
•••
  • Buat sendiri 'ubat batuk' anak dengan NANAS, batuk boleh sembuh dalam 3 hari

    Buat sendiri 'ubat batuk' anak dengan NANAS, batuk boleh sembuh dalam 3 hari

  • 8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda

    8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda

  • Bayi Diseksa Kejam 271 Hari Oleh Ibu Angkat Hingga Mati, Sila Alert Tanda Penderaan Ini!

    Bayi Diseksa Kejam 271 Hari Oleh Ibu Angkat Hingga Mati, Sila Alert Tanda Penderaan Ini!

  • Mengapa Ramai Wanita Pura-Pura Klimaks Ketika Hubungan Seks? Ini Jawapan Pakar

    Mengapa Ramai Wanita Pura-Pura Klimaks Ketika Hubungan Seks? Ini Jawapan Pakar

app info
get app banner
  • Buat sendiri 'ubat batuk' anak dengan NANAS, batuk boleh sembuh dalam 3 hari

    Buat sendiri 'ubat batuk' anak dengan NANAS, batuk boleh sembuh dalam 3 hari

  • 8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda

    8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda

  • Bayi Diseksa Kejam 271 Hari Oleh Ibu Angkat Hingga Mati, Sila Alert Tanda Penderaan Ini!

    Bayi Diseksa Kejam 271 Hari Oleh Ibu Angkat Hingga Mati, Sila Alert Tanda Penderaan Ini!

  • Mengapa Ramai Wanita Pura-Pura Klimaks Ketika Hubungan Seks? Ini Jawapan Pakar

    Mengapa Ramai Wanita Pura-Pura Klimaks Ketika Hubungan Seks? Ini Jawapan Pakar

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Garis Panduan Komuniti
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi