X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari

4 min bacaan
Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari

Cara mencegah demam dengan berkesan di rumah perlu ibu ayah tahu bagi mengelakkan dari melakukan kesilapan ketika merawat anak kecil yang jatuh sakit.

Apabila si manja jatuh sakit, ibu ayah akan berasa risau sehingga tidak dapat tidur malam menjaganya. Setiap orang pasti memiliki cara mencegah demam berbeza, ada yang mengikuti cara tradisional dan ada juga bergantung sepenuhnya pada rawatan di klinik.

Biarpun terdapat pelbagai pilihan cara merawat anak demam di rumah, namun ibu ayah hendaklah memastikan ia dilakukan secara betul supaya tidak menyebabkan keadaan menjadi makin teruk.

Cara mencegah demam anak di rumah dengan berkesan

cara mencegah anak demam

foto: shutterstock

Cara mencegah demam anak yang masih kecil sememangnya tidak sama dengan orang dewasa. Masalah ini berlaku apabila suhu badan mengalami peningkatan melebihi suhu normal iaitu 36.0 hingga 37.5.

Bila si manja demam, ia adalah sebagai pertahanan tubuh bayi ketika menerima serangan kuman dan bakteria. Ketika ini suhu badan juga akan meningkat secara automatik bagi melawan infeksi berkenaan.

Justeru, lakukan beberapa perkara mudah ini sekiranya anak kecil anda jatuh sakit:

#1. Masalah demam

Jika anak demam, pastikan dia dimandikan 3 kali sehari agar suhu badan yang panas keluar. Memang betul pun masa belajar Sains dulu, ada topik kenapa air panas dalam cawan teh menjadi sejuk hanya beberapa minit.

Hal ini adalah kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk. Samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

#2. Selesema

Bila anak mengalami selesema, tetaplah mandikannya 3 kali sehari supaya lendir hingus akan mudah untuk keluar. Namun sayangnya kebanyakan ibu-ibu hari ini menyangka jika selesema, anak sejuk dan tidak perlu dimandikan.

Apabila ini berlaku, si manja akan mudah berkahak sehingga menyebabkan sesak nafas. Jadi, ibu ayah cuba praktikkan tips menghilangkan selesema ini, alhamdulillah maksimum kena pun hanya 3 hari.

#3. Batuk

merawat demam

credit to sources

Sama juga sekiranya anak batuk, ibu tetaplah memandikannya 3 kali sehari bagi membolehkan panasnya keluar. Bila tidur malam, sapukan minyak telon atau yuu yee di belakang badannya dalam jam antara 1 hingga 3 pagi. Dengan izin Allah, kahaknya akan cepat beransur baik.

Sekiranya minyak terlalu panas, campurkan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum ibu mengurut badan anak. Menurut seorang doktor, apabila kahaknya longgar dan cair, tepuk belakang anak bila-bila masa ketika dia batuk bagi membolehkannya muntah dan mengeluarkan lendir-lendir berkenaan.

Tips memandikan anak yang kurang sihat 

Sebenarnya, ada 3 waktu mandi yang sesuai untuk anak kecil iaitu 8 pagi, selepas Zohor dan sebelum jam 7 malam.

Jika anda terpaksa mandikannya selepas jam 7 malam, sebaiknya menggunakan air suam dan sapu sedikit minyak telon selepas siap mandi supaya dadanya tidak mudah sejuk yang boleh menyebabkan selesema.

Bukan itu sahaja, biasakan amalan selepas mandi untuk menyapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada, belakang dada, betis dan tapak kaki. Ia dapat membantu melancarkan peredaran darah anak secara tidak langsung.

merawat anak demam panas dan batuk

credit to sources

Kalau orang dulu-dulu, apabila anak demam, batuk atau selesema memang tak bagi mandi. Namun sebenarnya suhu badan yang panas akan terperap dan menyebabkan keadaan lebih teruk.

Zaman sekarang sudah berubah, ramai bidan sudah pun belajar ilmu sains dan teknologi. Doktor juga turut berpesan supaya jika anak demam, ibu ayah perlu pasangkan penghawa dingin (jika ada) supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, ia menjadi satu kelebihan. Anda dinasihatkan untuk memberikan si manja susu secara kerap semasa anak dalam fasa tidak agar dia lebih bertenaga dan membekalkan antibodi untuk melawan penyakit dengan cepat.

Justeru, bagi anda yang baru bergelar ibu, jangan panik dan banyakkan membaca untuk mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Cara memandikan anak dengan betul

Mandi anak kecil ketika tidak sihat ada caranya. Mulakan dari bahagian kaki dahulu, kemudian jirus badan dalam 3 hingga 4 kali bagi membolehkan wap panas keluar. Akhir sekali barulah bahagian kepala.

Selepas keluar bilik mandi, lap hidung dahulu takut air masuk dalam hidung bagi mengelakkan selesema.

Cara kedua pula ialah mandi guna buah lemon. Ibu ayah boleh hiris nipis-nipis dan masukkannya dalam baldi.

Sumber: Klinik Dr Asmah

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compernafasan-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari
Kongsikan:
  • Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

    Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

  • Demam panas bayi semakin membimbangkan, perlu ke saya bawa ke hospital?

    Demam panas bayi semakin membimbangkan, perlu ke saya bawa ke hospital?

  • 9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

    9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

    Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

  • Demam panas bayi semakin membimbangkan, perlu ke saya bawa ke hospital?

    Demam panas bayi semakin membimbangkan, perlu ke saya bawa ke hospital?

  • 9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

    9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.