X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dilema Mak-Mak Bila Nak Berkawan, Ini Cara Untuk 'Buat' Kawan Dengan Para Ibu Lain

7 min bacaan
Dilema Mak-Mak Bila Nak Berkawan, Ini Cara Untuk 'Buat' Kawan Dengan Para Ibu Lain

Inilah masanya untuk anda mencari rakan-rakan baru. Geng emak-emak untuk lebih tepat! Bukan apa, mereka selalunya lebih mempunyai pengalaman dalam keibubapaan, jadi berguna untuk anda setiap kali muncul masalah yang baru. 

Pentingnya mempunyai kawan-kawan yang memahami situasi anda sebagai mak-mak adalah ibarat satu sistem sokongan padu yang baharu. Selain adik beradik dan ibu-bapa anda, kawan-kawan juga memainkan peranan penting untuk membantu anda melalui fasa baharu ini. 

Tidak semua rakan-rakan lama anda sudah berkahwin kan? Malah, yang sudah berkahwin pun tidak semuanya mempunyai anak. Dilema untuk anda berkongsi masalah itu sentiasa wujud, tidak kira apa jua situasi.

“Patutkah aku share masalah aku di group chat ni? Tapi Nora bukan ada anak, nanti menganggu dia pula.”

Ini belum lagi masalah bagi anda yang pertama sekali menjadi ibu di kalangan rakan-rakan. Itu yang lebih merunsingkan, malah ada satu masa anda akan rasa cukup disisihkan, seolah-olah tiada siapa akan mengerti keadaan anda.

Jadi untuk anda yang mempunyai dilema sebegini, ada cara-cara untuk anda mengatasinya. Jangan khuatir okay?

Kepentingan Mak-Mak Untuk Berkawan

mak-mak

Umum sedia maklum, persahabatan ini sememangnya penting buat mak-mak di luar sana untuk mengharungi air bergelora yang datang ketika membesarkan anak-anak. Mempunyai rakan keibubapaan yang lain amatlah membantu anda untuk mengatasi perasaan keseorangan dan lebih disokong ketika menghadapi pelbagai peringat serta cabaran bersama anak-anak.

Malah, berhubung akan memberi mak-mak lebih peluang untuk menormalkan umur dan peringkat dengan ibu bapa lain yang mengalami masalah yang sama. Persahabatan juga boleh dirasakan seperti ‘tempat yang selamat’ (safe space).

Sahabat juga merupakan tempat untuk anda menerima atau berkongsi sokongan dan cadangan semasa malam tanpa tidur (sleepless nights) atau apabila hormon anda ‘kelaut’.

Dilema Mak-Mak Dalam Berkawan

#1. Mencari kawan baharu

Inilah masanya untuk anda mencari rakan-rakan baru. Lebih tepat lagi adalah ‘geng mak-mak”. Bukan apa, mereka selalunya lebih mempunyai pengalaman dalam keibubapaan, jadi berguna untuk anda setiap kali muncul masalah yang baharu.

Jika anak anda sudah pandai menunjukkan ciri-ciri ingin berkawan dan boleh bermain di luar, bawalah dia ke taman. Cari taman yang berhampiran dengan rumah anda, pasti ramai ibu-ibu lain yang turut membawa anak mereka bermain. Dan ringankan mulut untuk beramah mesra.

Janganlah setakat bawa anak keluar bermain dan fokus kepada anak sahaja.

Kata Suzanne Degges-White, PhD, professor Northern Illinois University, “Selain bawa anak-anak ke taman, kelas-kelas seni seperti kelas muzik, gym kanak-kanak juga adalah pilihan terbaik untuk berjumpa kawan-kawan ibu yang baharu.”

Perlu diingatkan bahawa mereka juga memerlukan anda sama seperti anda memerlukan mereka. Kebanyakkannya sering membuat kawan baru ketika bermulanya bekerja di tempat baharu dan andalah yang ‘baharu’ di situ1. Jadi, keingininan untuk membuat kawan baharu lebih kepada anda.

Tapi dalam situasi mak-mak, masing-masing saling memerlukan. Bercakaplah dengan antara ibu baharu di situ dan dengar keluhan mereka, tentu masing-masing akan berasa lega.

emak

Foto: Shutterstock

#2. Jangan melupakan kawan lama

Dalam mencari kenalan baharu, kawan-kawan lama jangan pernah dilupakan. Mesej mereka dan bertanya khabar. Lakukannya seminggu sekali pun tidak mengapa. Dan jika anda sememangnya ada rakan-rakan yang sudah menjadi ibu, kumpulkan dalam satu ‘group’.

Rajinkan untuk bertanya khabar masing-masing dan bagus jika anda dapat keluar bersosial bersama dengan bayi-bayi anda yang comel. Sekiranya anda tidak mempunyai rakan-rakan rapat yang sudah menjadi ibu. Bagaimana pula teman-teman kelas waktu belajar dulu? Mesti ramai kan?

Jangan malu untuk bertanya pendapat dan berkongsi masalah dengan teman-teman yang tidak rapat. Mereka sebenarnya lebih bangga kalau dapat berkongsi pendapat dan memberi tips. Hubungi mereka di media sosial dan mulakan dengan memberi komen-komen di gambar mereka apabila bersama anak-anak.

#3. Jumpa kawan baharu, tapi tak setuju dengan cara mereka didik anak-anak?

“Ingat, ibu bapa lain juga ada cara mereka sendiri, dan tidak semestinya apa yang bagus untuk anda bagus untuk mereka,” kata Dr. Degges-White.

Jangan menegur cara mereka melainkan ia merbahaya untuk anak mereka dan anda. Jika anda tetap dengan pendirian anda dan sentiasa berasa anda yang betul, bimbang nanti tidak akan dapat lagi jemputan untuk anak anda bermain bersama anak mereka.

Apa yang anda perlu lakukan adalah biar sahaja mereka lakukan cara keibubapaan mereka, dan anda lakukan cara anda. Ini juga bagus untuk melatih anak anda untuk lebih bersikap toleransi.

Jika anda mampu lakukannya, anak anda pun akan ikut! Mana tahu cara mereka kelak berkemungkinan serasi dengan anda bila anak makin membesar nanti.

#4. Kawan baharu tidak ‘serasi’ kawan lama

Biarkan begitu, malah anda yang dulu juga tidak sama dengan sekarang bukan. Itu adalah normal dan dipanggil sebahagian dari perkembangan sosial kita. Kawan lama elok untuk mengingatkan siapa anda dulu dan bagaimana anda terbentuk seperti sekarang.

Manakala kawan baru membawa anda ke realiti sekarang di mana ia tidaklah teruk, dan kita mampu laluinya bersama-sama.

Cara Mak-Mak Mencari Kawan Baharu

mak-mak

Seperti yang dinyatakan di atas, membuat kawan dengan ibu-ibu lain tidak semestinya mudah. Banyak kali kita membuat alasan untuk memulakan persahabatan. Melangkah keluar dari zon selesa anda untuk membangunkan hubungan dan persahabatan baharu boleh menjadi mencabar kerana:

  • Anda seorang pemalu.
  • Anda tidak suka untuk ‘menampilkan’ diri di luar sana.
  • Anda berasa selesa dengan orang-orang di sekeliling anda.
  • Walaupun rakan di pejabat mahupun rakan yang tidak mempunyai anak, ramai mak-mak menganggap mereka tidak memerlukan rakan baharu.
  • Anda perlu pergi keluar bekerja.
  • Anda terlalu penat, dan sebagainya.

Menurut Clarity Clinic, selain daripada sebab-sebab penting untuk menjalin dan mengekalkan persahabatan dengan ibu-ibu lain, sememangnya terdapat beberapa risiko yang dipertaruhkan jika anda berdiam diri dan tidak bergaul dengan ibu bapa lain2. Beberapa risiko ini kepada kesihatan mental dan fizikal anda mungkin termasuk:

  • Pengasingan
  • Kesepian
  • Kemurungan
  • Kebimbangan
  • Cepat marah
  • Masalah hubungan dengan pasangan
  • Tabiat pemakanan yang buruk
  • Pertambahan berat badan
  • Pengurangan berat dan banyak lagi.

Kesemua perkara di atas adalah jelas bahawa mencari dan mewujudkan persahabatan dengan ibu lain adalah penting untuk kesihatan mental dan kewarasan semua ibu. Berikut adalah 5 cara untuk mula berkawan dengan mak-mak lain hari ini:

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

#1. Sertai kumpulan facebook tempatan

Media sosial ialah cara terbaik untuk berhubung dengan ibu bapa tempatan yang lain. Banyak kumpulan Facebook tempatan akan menyediakan tarikh main kumpulan. Ramai ahli dalam kumpulan Facebook tempatan akan menyiarkan dan mengiklankan tentang acara akan datang yang berlaku dalam komuniti yang mengikut umur dan berkaitan dengan aktiviti bermusim.

#2. Hadiri #StoryTime di perpustakaan berdekatan

Jika anak anda belum bersekolah, menghubungi perpustakaan tempatan anda untuk mendapatkan senarai acara dan aktiviti, seperti ‘storytime’ – ia adalah cara terbaik untuk bertemu ibu lain yang mungkin berada dalam bot yang sama.

#3. Kelas bersama mak-mak dan anak-anak masing-masing

Mendaftar dan menghadiri kelas di mana ibu dan anak yang sama akan berada dalam kelas yang sama setiap minggu ialah cara yang baik untuk membiasakan diri dan mengenal pasti diri anda dengan kumpulan, berbanding dengan muncul di tempat awam sahaja (iaitu zoo, taman, akuarium).

Fun, tau!

Sepatah Dua Kata Buat Mak-mak Di Luar Sana

Ibu, anda memang baharu dalam dunia ibu ini dan sama juga orang lain sebelum mereka cekap dalam menjadi ibu, mereka juga seperti anda. Jadi itu adalah lumrah, untuk anda ambil ‘baby step’ dan belajarlah dengan sabar sekali.

Apa-apa pun yang paling penting adalah anda berasa selesa apabila anda tahu ada orang lain yang sedang tempuhi pengalaman seperti anda. Jangan pernah rasa keseorangan ya!

Jika anda berasa begitu cepat-cepat hubungi rakan rapat, adik beradik atau ibu dan ayah.  Percayalah ramai sebenarnya dan menjadi rakan ibu-ibu ni!

Semoga bermanfaat.

Psychology Today, Clarity Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Makanan Yang Terbaik Untuk Bayi Agar Cepat Gemuk & Tambah Berat Badan

Baca juga: Anak Kuat Berahsia! Ini Sebab-Sebab Anak Lebih Rapat Dengan Kawan Berbanding Ibu Bapa

Baca juga: Suami Lebihkan Kawan Daripada Isteri? Hati-Hati, Boleh Tutup Pintu Rezeki Kalau Isteri Terasa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Dilema Mak-Mak Bila Nak Berkawan, Ini Cara Untuk 'Buat' Kawan Dengan Para Ibu Lain
Kongsikan:
  • Elak Cepat Bosan Ketika Seks, Persediaan Sebelum BERAKSI Menjamin Kepuasan Bersama!

    Elak Cepat Bosan Ketika Seks, Persediaan Sebelum BERAKSI Menjamin Kepuasan Bersama!

  • Apa Itu Sindrom Anak Tunggal? Elak Anak Terkena Sindrom Ini, #2 Paling Penting

    Apa Itu Sindrom Anak Tunggal? Elak Anak Terkena Sindrom Ini, #2 Paling Penting

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Elak Cepat Bosan Ketika Seks, Persediaan Sebelum BERAKSI Menjamin Kepuasan Bersama!

    Elak Cepat Bosan Ketika Seks, Persediaan Sebelum BERAKSI Menjamin Kepuasan Bersama!

  • Apa Itu Sindrom Anak Tunggal? Elak Anak Terkena Sindrom Ini, #2 Paling Penting

    Apa Itu Sindrom Anak Tunggal? Elak Anak Terkena Sindrom Ini, #2 Paling Penting

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.