Boleh ke mendisiplinkan anak orang lain? Bila kita boleh buat?

Anda pasti biasa ternampak perbuatan "nakal" kanak-kanak sampai rasa nak tegur. Tapi, anda tak boleh senang-senang pergi mendisiplinkan anak orang lain!
Mendisiplinkan anak orang lain - boleh ke?
Jika anda sering bertemu dengan kanak-kanak, anda pasti akan ternampak perilaku yang kurang enak dilihat hingga terasa ingin menegur. Tapi realitinya, kita tidak boleh terus masuk campur dan mendisiplinkan anak orang lain.
Apa yang anda rasa jika ada orang yang tidak dikenali, mendekati anak anda dan mula memarahi mereka?
Jadi, apa yang anda boleh lakukan apabila anda melihat kes pembulian di taman permainan, terutamanya apabila melibatkan anak anda?
Ala Kazdin, seorang penulis The Everyday Parenting Toolkit berkongsi dengan Fatherly tentang bila anda boleh melibatkan diri dalam mendisiplinkan anak orang lain:
- Apabila nyawa seseorang dalam bahaya
- Jika anda mengenali ibu bapa anak itu dengan baik dan ajaran yang anda beri hanya sedikit.
Jangan terlalu ketat, pastikan anda kekal tenang walaupun mereka sedang bergaduh sesama mereka
Nasihat bijak Kazdin - apa-apa pun, kita tidak boleh terus pergi mendisiplinkan anak orang lain, setiap kanak-kanak yang kita lihat berkelakuan buruk, atau kita akan dapat musuh ke mana sahaja kita pergi.
Jika kita tidak akan berjumpa kanak-kanak itu lagi, kita sepatutnya boleh memaafkan perkara yang buat kita tersinggung itu.
Tapi apa yang kita patut buat jika kanak-kanak itu tetamu di rumah?
6 garis panduan yang boleh diikut untuk mendisiplinkan anak orang lain
1. Kekal tenang
Walaupun kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang berbahaya atau mampu merosakkan, jangan menjerit atau memukul. Betulkan perilakunya dengan tenang, tapi jangan menghukum.
2. Bersetuju dengan ibu bapa anak itu sebelum buat apa-apa
Jika anda hendak menghukum anak seseorang, beritahu dulu ibu bapa anak itu tentang peraturan dan strategi disiplin sebelum berbuat apa-apa.
3. Tetapkan peraturan asas
Ambil masa untuk memberitahu supaya mereka tahu
Jika anda tidak memberitahu kanak-kanak itu tentang peraturan, macam mana mereka hendak mengikutnya? Ambil masa untuk menjelaskan peraturan asas supaya dia tahu tentang batasannya.
4. Jangan pertikaikan hal kecil
Janganlah hanya kerana sepah yang sikit atau anak itu tidak mengucapkan terima kasih, anda hendak memarahinya. Perkara yang boleh dibiarkan janganlah diperbesarkan.
5. Jangan malukan kanak-kanak itu
Mendisiplinkan kanak-kanak di hadapan kawan-kawannya hanya akan memalukannya. Sebaliknya anda boleh mencadangkan permainan lain atau berikan mereka masa rehat.
6. Berterus terang
Terus-terang kepada ibu bapa kanak-kanak yang anda marah. Adalah lebih baik mereka mendengar dari pihak anda tentang apa yang terjadi.
Sumber: theAsianparent Philippines
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: