Sememangnya, ia sesuatu yang sukar untuk dibayangkan bahawa bayi kita lahirkan akan berubah menjadi seorang anak kecil yang degil dan nakal, tetapi kita semua tahu yang ia boleh berlaku – walau sebaik atau sepatuh mana pun anak-anak itu. Ini bermakna bermulanya fasa baru keibubapaan iaitu mendisiplinkan anak.
Apabila anak kecil anda sudah mula membuat perangai, anda mungkin ingin mengingatkan diri sendiri yang anda perlu menghadapi episod-episod ini sehinggalah mereka mencapai usia…dewasa. Itupun, mereka masih belum tentu hendak dengar cakap kita (ini kata-kata daripada seorang ibu yang berpengalaman).
Tetapi, jangan berputus asa. Ada cara-cara yang berkesan dan bersesuaian dengan umur dalam mengatasi masalah salah laku mereka yang akan membuatkan mereka berfikir dua kali sebelum mengulanginya. Okaylah, mungkin mereka fikir tiga, empat atau lima kali. Yang pastinya mereka akan sedar juga…selagi mana anda menjalankan hukuman atau mendisiplinkan mereka dengan cara yang betul.
Ini Cara-Cara Untuk Mendisiplinkan Anak Mengikut Usia Mereka
Anak-Anak Kecil
Pertama sekali, bayi berusia dibawah 10-12 bulan tidak sepatutnya didisiplinkan melebihi daripada perkataan ‘tidak’ yang berulang atau pukulan lembut di tangan.
Ini untuk mengajar mereka kepentingan tidak menyentuh barang mudah pecah, benda yang boleh melecurkan atau membahayakan mereka dan tidak meletakkan benda ke dalam mulut yang mungkin boleh menyebabkan mereka tercekik atau beracun.
Tetapi, sebaik sahaja mereka mencapai umur anak kecil, anda sudah perlu bersedia untuk mendisiplinkan anak anda. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa keingkaran anak kecil selalunya adalah hasil daripada masalah lain.
Mungkin mereka ketakutan, sakit atau sekadar tidak memahami apa yang diharapkan daripada mereka. Mereka juga mungkin berasa rimas dengan persekitaran mereka. Dan, ya, ada juga anak kecil yang hanya sekadar mahu menguji, kerana mereka rasakan itulah yang perlu mereka lakukan.
Walau apa sebab sekalipun, langkah pertama dalam mendisiplinkan mereka adalah dengan cara mengalihkan perhatian. Cuba alihkan mereka daripada situasi tersebut dengan membawa perhatian mereka kepada sesuatu yang positif. Ini selalunya akan berkesan, tetapi jika tidak berhasil, cuba salah satu daripada berikut:
- Keluarkan anak kecil daripada situasi tersebut
- Pegang anak anda di atas riba dengan lembut tetapi tegas; bercakap dengan mereka secara tenang, menegaskan dengan yakin apa yang diharapkan daripada mereka
- Denda ‘time-out’ (denda renungan) yang pendek – satu minit untuk setiap umur mereka
- Mengambil barang yang menimbulkan masalah tersebut (mainan, buku, dan sebagainya)
Kanak-Kanak Prasekolah
Apabila anak kecil anda mencapai umur kanak-kanak prasekolah, mereka lebih tahu apa yang betul, apa yang salah dan boleh dipertanggungjawabkan atas tingkah laku mereka. Sekali lagi, langkah disiplin tersebut perlu sesuai dengan umur dan ‘jenayah’ tersebut.
Ia juga penting untuk ingat bahawa anak-anak pada umur sebegini gemar untuk meniru perbuatan anda dan selalunya membuat sesuatu seperti ibu dan ayah mereka (memakai alat solek, bermain dengan kotak peralatan, memasak, mengemop lantai dan sebagainya) atas niat untuk membantu (itulah yang mereka fikirkan).
Untuk hal ini, ia lebih bagus untuk tidak mendisiplin atau menghukum. Mereka sejujurnya tidak fikir apa yang mereka buat itu salah.
Kelakuan kanak-kanak prasekolah yang perlu tindakan disiplin termasuklah:
- Memukul
- Tidak berkongsi
- Membuli
- Berbohong, menipu
- Melawan kata dan bertengkar
- Ingkar
Tindakan disiplin yang sesuai bagi salah laku kanak-kanak prasekolah ialah:
- Bercakap dengan anak anda tentang salah laku mereka; kenapa ianya salah, apa yang mereka perlu lakukan untuk menebus kesilapan dan tidak mengulanginya lagi
- Denda ‘time-out’
- Mengeluarkan anak anda daripada situasi tersebut
- Mengambil semula mainan kesukaan, masa menonton TV atau sebarang keistimewaan lain atas salah laku mereka
Kanak-Kanak Sekolah Rendah
Kanak-kanak sekolah rendah berada pada umur dimana mereka mula banyak berfikir untuk diri mereka sendiri. Dan dengan pemikiran sebegini, datanglah satu perjuangan untuk kebebasan.
Ianya penting untuk membenarkan mereka mempunyai sedikit kebebasan, tetapi pada masa yang sama, anda perlu mengajar mereka tentang had kebebasan berserta penghormatan terhadap had dan kuasa tersebut.
Ini dilakukan dengan membenarkan mereka untuk mengembangkan sayap dengan cara bermalam bersama rakan-rakan, mendapatkan duit poket dan membenarkan mereka membelanjakan mengikut kemahuan mereka, membuat pilihan dalam apa yang mereka pakai, aktiviti apa yang mereka sertai (secara munasabah) dan melakukan hobi pilihan mereka sendiri.
Tetapi, apabila anak anda mula membuat perangai, langkah-langkah disiplin yang sesuai termasuklah:
- Kehilangan keistimewaan
- Satu perbuatan baik bagi setiap tindakan salah laku atau sikap tidak hormat
- Kerja-kerja tambahan
- Mengaku secara lisan setiap kesilapan mereka dan memohon maaf atasnya.
Anak-Anak Dewasa
Kredit: Get Parenting Tips
Semasa anak anda membesar dan bertambah matang, keperluan dan keinginan mereka untuk bebas, mengekspresikan pemikiran dan perasaan mereka sendiri, dan mencari siapa diri mereka adalah perkara penting dan semulajadi.
Tetapi proses mencari diri sendiri ini, seperti fasa-fasa hidup mereka yang lain, perlu ditangani dengan penuh ketegasan serta kasih sayang dan perhatian.
Ia adalah penting untuk anda membenarkan anak-anak anda untuk memupuk semangat dan minat mereka, di mana mereka dibenarkan untuk membesar dan matang mengikut rentak mereka sendiri – selagi mana ianya masih didalam had dan jangkaan keluarga anda.
Apabila mereka tidak memenuhinya, dan memerlukan disiplin, bentuk disiplin yang paling boleh diterima termasuklah:
- Kehilangan keistimewaan
- Kehilangan duit poket
- Kerja rumah tambahan
- Satu perbuatan baik bagi setiap tindakan salah laku
- Kehilangan benda yang dekat dengan mereka atau yang mereka sayangi; iPod, computer dan sebagainya
Ingat Apa Itu Sebenarnya Disiplin
Disiplin adalah bertujuan untuk mengajar tingkah laku yang betul dan menerapkan bahawa setiap perbuatan itu ada akibatnya. Disiplin bukanlah bertujuan untuk menghina, menyebabkan kesakitan atau digunakan untuk membalas dendam.
Dalam erti kata lain, disiplinlah secara tegas dan penuh kasih sayang berserta niat untuk mengajar anak anda bagaimana kehidupan ini perlu dijalani dan bukan menggunakannya sebagai alat untuk mengongkong.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bagaimana mendisiplinkan anak yang kerap melawan dan memberontak?
Baca juga: 6 kata-kata positif yang ibu bapa boleh guna apabila anak tak dengar cakap
Baca juga: 6 Sikap Ibu Bapa Ini Sebenarnya Boleh Pengaruhi Perilaku Anak Jadi LEBIH Teruk!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!