Apabila anak-anak melakukan sesuatu, mulalah ibu ayah bersikap memaksa dan melarang. Jangan ke sana, jangan buat ini dan itu! Malah sebelum apa-apa lagi, ibu ayah sudah mula melarang menyebabkan anak tidak boleh menggunakan kebolehan sendiri terlebih dahulu dan mengganggu proses pembelajaran si kecil.
#3 Kerap Mengancam Anak
Ancaman berulang boleh membuat kanak-kanak takut dan anak berhenti melakukan perbuatan tak elok tetapi ia bukan tindakan yang baik.
Ancaman menyebabkan kanak-kanak mempunyai emosi negatif seperti terlalu takut, akan diancam bahaya sekiranya tidak makan, doktor akan menyuntik dadah jika degil dan sebagainya lagi.
Perkara-perkara ini akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan anak menjadi bimbang dan mula menipu. Anak juga akan kekurangan pemikiran kreatif, kurang keyakinan dan kurang percaya kepada orang dewasa untuk perlindungan.
#4 Banyak Bercakap
Ibu ayah yang terlalu banyak bercakap boleh menyebabkan anak tidak boleh fokus. Kanak-kanak hanya boleh mendengar dan faham untuk masa yang tidak terlalu lama, jadi jangan pula anak mengambil keputusan untuk mengendahkan semua kata-kata anda.
Sebaiknya ibu ayah hanya bercakap bahagian yang penting sahaja supaya anak mendengar kata dan tidak keliru dengan apa yang anda perkatakan. Jalan lain adalah dengan membiarkan anak bercakap dan meluahakn terlebih dahulu sebelum ibu atau ayah mula berleter!
#5 Memalukan Anak
Apabila anak tidak dapat melakukan apa yang diingini ibu ayah, atau mereka melakukan kesalahan, ibu ayah tidak boleh menghukum mereka dengan memalukan anak-anak. Tindakan seperti ini mempunyai kesan yang memudaratkan pada pemikiran kerana ia seolah menghina.
#6 Guna Kekerasan Sebagai Hukuman
Menghukum dengan kekerasan, seperti menendang, memukul anak dengan tangan atau benda seperti tongkat, tali pinggang, kasut, buku dan lain-lain adalah perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan ya ibu ayah!
Ini kerana tingkah laku ini tidak menyebabkan perilaku anak menjadi lebih baik pun! Bukan sahaja anak akan rasa sakit malah emosi si kecil juga boleh tercalar.
Di kebanyakkan negara, tindakan seperti ini dianggap sebagai menyalahi undang-undang dan ibu ayah boleh dikenakan tindakan!
Sekiranya ibu bapa mahu membetulkan perangai buruk atau perilaku anak mereka, anda sepatutnya bersikap tolak ansur terlebih dahulu dan gunakan pendekatan verbal yang lebih munasabah.
Biarkan anak-anak menyatakan pendapat dan meluahkan perasan mereka. Apabila anak berkelakuan baik, berikan balasan seperti memuji mereka kerana tidak bergaduh dan bermain dengan baik sejak kebelakangan ini.
Ini termasuklah memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak kerana ini boleh memberi kebaikkan kepada keperluan emosi mereka. Tanpa perlu memarahi anak, ibu ayah harus menjadi contoh peranan yang baik untuk mereka .
Contohnya jika anda tidak mahu anak-anak menipu, anda yang seharusnya menunjukkan contoh terlebih dahulu dengan tidak menipu di depan anak. Antara perbuatan yang kelihatan remeh adalah seperti mengatakan ‘Ibu tidak ada di rumah’ padahal anda tidak mahu menerima kunjungan tetamu.
Nah, ada tak di antara sikap ini yang anda lakukan, ibu ayah? Jika ada, berubahlah demi memperbaiki perilaku anak sebelum ia menjadi lebih teruk!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.