theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Bagaimana Cara Dan Bila Ingin Didik Anak Menguruskan Wang Saku?

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
Bagaimana Cara Dan Bila Ingin Didik Anak Menguruskan Wang Saku?

Anda keliru bagaimana ingin ajar anak menguruskan duitnya? Berapa banyak wang saku yang patut ibu bapa beri pada anak? Mari ketahuinya di sini.

Menurut kaji selidik tahunan T. Rowe Price, hampir 83% ibu bapa percaya bahawa anak mereka perlu melakukan kerja rumah untuk mendapat wang saku.

Tetapi penulis buku, "The Opposite of Spoiled" - Ron Lieber pula berpendapat kita (ibu bapa) tidak harus menjadikan wang saku sebagai galakan supaya anak akan melakukan kerja rumah.

Kalau satu hari nanti mereka tidak memerlukan wang, mereka pasti enggan melakukan tugas mereka.

“Wang saku sepatutnya diberi, bukan sebagai gaji, tapi sebagai 'alat pengajaran'"

Jadi, kanak-kanak tak perlu tolong kemas rumah?

Bagaimana Cara Dan Bila Ingin Didik Anak Menguruskan Wang Saku?

Sudah tentunya tidak.

Mereka masih perlu menolong ibu bapa untuk mengemas, tapi mereka tidak patut menerima ganjaran untuk kerja rumah kerana itu adalah tugas sekeluarga. 

Pakar keibubapaan juga menyokong amalan ini dan menegaskan anak-anak sepatutnya menolong di rumah kerana ia adalah perkara yang patut dilakukan setiap hari. 

Tapi kaji selidik juga mendapati hampir 34% ibu bapa langsung tidak beri wang saku pada anak mereka.

Pakar berpendapat ini juga adalah satu kesalahan, kerana jika ibu bapa ingin mendidik anak dengan cara yang betul untuk mengendali duit, anak perlu diberi duit terlebih dahulu.

Biarpun serba kekurangan, sesetengah keluarga masih akan memberi sedikit wang saku kepada anak supaya mereka boleh belajar untuk berjimat.

Tapi bilakah anak patut diberi wang saku? Berapa banyak dan berapa kerap? Mari kita pelajari ia bersama-sama.

Bila anak boleh diajar cara menguruskan wang?

Bagaimana Cara Dan Bila Ingin Didik Anak Menguruskan Wang Saku?

Sebanyak 20% daripada ibu bapa dalam kaji selidik yang sama telah mula memberi wang saku apabila anak berumur 6 tahun.

19% yang lain telah memberi apabila anak mencapai usia yang lebih tua, berumur antara 7 dan 8 tahun.

Jadi, apakah umur yang sesuai untuk mula mengajar anak cara menguruskan wang?

Sebenarnya, anak boleh diajar pada bila-bila masa, tetapi pakar menggalakkan ibu bapa mula mengajar tentang duit apabila anak mula menunjukkan minat. 

Berapa kerap wang saku patut diberi?

Kebanyakkan ibu bapa memberi anak mereka wang setiap minggu dan pakar juga menyokong amalan ini untuk kanak-kanak kecil.

Tetapi untuk kanak-kanak yang lebih tua atau remaja, ibu bapa boleh cuba memberi wang saku secara bulanan.

Tujuan ini supaya anak boleh belajar bagaimana untuk menguruskan duit itu agar cukup hingga ke akhir bulan dan berjimat cermat.

Bagaimana cara memberi wang pada anak? 

Bagaimana Cara Dan Bila Ingin Didik Anak Menguruskan Wang Saku?

Cara ibu bapa memberi wang juga boleh mengikut umur anak dan ia boleh berubah apabila anak semakin besar.

Contohnya, ibu bapa boleh memberi duit kertas dan duit syling apabila kanak-kanak mula belajar tentang wang.

Duit kertas dan syling boleh mengajar anak cara untuk menghitung duit serta memberi stimulasi visual dan sentuhan.

Apabila anak lebih faham tentang konsep duit, barulah anda boleh ajar anak cara berjimat pula.

Sesetengah ibu bapa akan mengajar anak untuk mengasingkan duit mereka dengan meletakkan ia ke dalam balang atau tabung berasingan.

Ini mengajar anak untuk membuat peruntukkan wang untuk "perbelanjaan", "wang simpanan" dan "wang untuk diderma."

Berapa banyak wang saku yang mencukupi?

Bagaimana Cara Dan Bila Ingin Didik Anak Menguruskan Wang Saku?

Apabila ibu bapa kurang pasti, cuba tanya ibu bapa lain yang sudah mula memberi wang saku.

Selalunya ibu bapa mula memberi wang saku supaya anak boleh membeli makanan di sekolah.

Ibu bapa mungkin lebih senang membuat anggaran jumlah wang yang sesuai jika mereka sendiri tahu harga barangan.

Ada yang lebih suka memberi wang mengikut formula yang berasaskan umur apabila anak-anak anda masih muda.

Misalnya jika anak anda berumur 6 tahun, dia akan mendapat setengah daripada usianya iaitu RM 3.

Ini cara yang senang dan adil supaya anak-anak tidak mempertikaikan jumlah wang yang berbeza-beza.

Jumlah wang saku yang ibu bapa berikan bergantung kepada keadaan kewangan mereka.

Tetapi pakar bersetuju wang yang diberi sepatutnya cukup supaya anak-anak anda boleh membeli barang-barang kecil dan berjimat serta simpan duit untuk membuat membeli barang yang lebih besar/mahal.

Ini boleh menyediakan mereka untuk kehidupan sebenar nanti.

Berapa banyak duit saku yang anda beri pada anak-anak anda?

Sumber: Spokesman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.comberjimat-beli-lampin-bayi/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bagaimana Cara Dan Bila Ingin Didik Anak Menguruskan Wang Saku?
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

    Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

  • 5 pengajaran praktikal untuk mengajar anak anda nilai duit

    5 pengajaran praktikal untuk mengajar anak anda nilai duit

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

app info
get app banner
  • Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

    Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

  • 5 pengajaran praktikal untuk mengajar anak anda nilai duit

    5 pengajaran praktikal untuk mengajar anak anda nilai duit

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi