X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

23 Apr, 2025
Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Anak kena penyakit Kawasaki boleh menjadi pengalaman yang menakutkan bagi ibu ayah kerana ia boleh memberikan kesan jangka panjang

Apabila anak kecil tiba-tiba demam panas, ibu bapa mana yang tidak risau. Lebih-lebih lagi jika demam berlarutan selama beberapa hari, suhu mencecah hampir 40°C, dan simptom mula kelihatan seperti bibir merah menyala, ruam halus di badan dan ‘strawberry tongue’.

Itulah detik cemas yang dilalui oleh sepasang suami isteri apabila bayi lelaki mereka yang berusia 8 bulan bernama Nuh, mula menunjukkan simptom luar biasa selepas beberapa hari demam panas yang tidak kebah.

▲▼Isi Kandungan

  • Anak Demam Tidak Kebah Berhari-Hari
  • Keputusan Ujian Denggi Dan Influenza Negatif
  • Bibir Nuh Jadi Merah Dan Ada Strawberry Tongue
  • Pakar Mengesahkan Penyakit Kawasaki
  • Nuh Dimasukkan Ke Wad Serta-Merta
  • Perlu Ambil Ubat Aspirin Selama 6 Minggu

Anak Demam Tidak Kebah Berhari-Hari

Menurut perkongsian oleh seorang bapa, Ahmad Najmee, anaknya yang berusia 8 bulan, Nuh, mengalami demam panas dengan suhu mencecah 39-40 darjah celsius.

Setiap kali diberikan suppositori paracetamol (PCM), suhu badannya hanya menurun selama tiga hingga empat jam sebelum kembali meningkat.

Ada kalanya, kami terpaksa memberikan suppositori Voren untuk menurunkan suhu, namun kesannya hanya bertahan sekitar lima hingga enam jam sahaja.

Pada waktu malam, kami sering memandikannya dengan air suam menggunakan pancuran kerana kaedah tepid sponging langsung tidak memberikan kesan. Saya sempat berseloroh kepada isteri, “Fuh, panas macam seterika badan baby ni.”

Masuk hari ketiga, ketika kami menyangka suhu badannya akan reda, keadaannya masih tidak berubah. Kami mula perasan kemerahan pada wajah, badan dan tapak tangannya – seolah-olah ruam halus mula timbul.

Keputusan Ujian Denggi Dan Influenza Negatif

Kami membuat ujian kendiri menggunakan kit Dengue dan Influenza, namun kedua-duanya menunjukkan keputusan negatif. Disebabkan masih bimbang, kami membuat keputusan untuk memulakan rawatan antibiotik Azithromycin. Namun, masuk hari kelima, suhu badan Nuh kembali meningkat mendadak.

Keadaan Nuh semakin tidak menentu. Dia menjadi sangat meragam, kerap menangis dan mula menunjukkan tanda-tanda tantrum. Malah, dia enggan menyusu langsung – sesuatu yang sangat luar biasa kerana biasanya dia aktif dan mudah dijaga.

Bibir Nuh Jadi Merah Dan Ada Strawberry Tongue

Pada ketika ini, saya perasan bibir Nuh menjadi merah, dan muncul gejala “strawberry tongue”. Kami segera mengulangi ujian Influenza dan juga Covid-19, namun kedua-duanya negatif.

Perasaan saya semakin tidak tenang. Saya mula mengesyaki sesuatu yang lebih serius sedang berlaku – sama ada penyakit Kawasaki atau meningitis. Maka, saya mencadangkan agar kami membawa Nuh berjumpa pakar pediatrik untuk penilaian yang lebih tepat.

Isteri saya pada awalnya agak keberatan, kerana pada hari yang sama kami sebenarnya merancang untuk bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu persidangan perubatan. Mungkin kerana naluri keibuan dan rasa berat hati, beliau agak sukar untuk menerima hakikat bahawa keadaan anak kami mungkin serius.

Pakar Mengesahkan Penyakit Kawasaki

Saya cuba memujuknya dengan berkata, “Sekurang-kurangnya kita dapatkan dahulu pandangan pakar pediatrik di sini. Kalau berlaku apa-apa, mudah untuk kita buat keputusan.” Akhirnya, beliau bersetuju dan menghubungi rakan setugasnya di hospital untuk mendapatkan temu janji segera dengan pakar pediatrik.

Setibanya kami di hospital, pakar mengesahkan bahawa Nuh memenuhi semua kriteria penyakit Kawasaki. Ketika itu, pakar turut menunjukkan bahawa kawasan suntikan BCG pada tubuh Nuh turut mengalami kemerahan – salah satu tanda penyakit Kawasaki.

Hati saya mula dilanda kegusaran. Penyakit Kawasaki bukan perkara main-main. Walaupun jarang dijumpai semasa saya bertugas di wad pediatrik dahulu, saya tahu ia boleh membawa maut sekiranya berlaku komplikasi, terutamanya jika menyerang jantung.

Isteri saya cuba merayu kepada pakar agar Nuh dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur, namun pakar tidak berani mengambil risiko tersebut. Menurutnya, hanya dua minggu sebelum itu, terdapat satu kes bayi yang mengalami komplikasi serius akibat penyakit Kawasaki.

Nuh Dimasukkan Ke Wad Serta-Merta

Justeru, Nuh perlu dimasukkan ke wad serta-merta untuk diberikan rawatan Intravenous Immunoglobulin (IVIG) dalam tempoh 24 jam. Dos yang diperlukan ialah sebanyak lima hingga enam botol, dan kosnya pula sangat tinggi – melebihi RM1,000 sebotol.

Akhirnya, kami terpaksa membatalkan perancangan untuk menyertai persidangan perubatan di Kuala Lumpur. Kami turut menghubungi beberapa hospital swasta untuk mendapatkan anggaran kos rawatan. Anggarannya mencecah sekitar RM40,000 termasuk caj wad, belum termasuk sebarang prosedur tambahan sekiranya berlaku komplikasi.

Kami akhirnya membuat keputusan untuk menempatkan Nuh di HOSZA bagi rawatan segera. Selepas diberikan IVIG dalam tempoh 24 jam, suhu badan Nuh mula menurun dan keadaannya menjadi lebih stabil. Dia juga kelihatan kurang meragam. Hati kami sedikit tenang.

Perlu Ambil Ubat Aspirin Selama 6 Minggu

Namun, sepanjang rawatan, isteri saya perlu sentiasa mengawasi saluran IV kerana beberapa kali Nuh cuba menggigit dan mencabut branula di tangannya. Agak memenatkan.

Setelah empat hari di wad, doktor pakar merancang untuk menjalankan imbasan jantung. Alhamdulillah, tiada komplikasi ditemui dan Nuh dibenarkan keluar hospital. Namun, beliau masih perlu mengambil ubat aspirin selama enam minggu.

Kami juga diberikan temu janji untuk melakukan imbasan jantung susulan (repeat ECHO). Syukur, selepas enam minggu, hasil imbasan oleh pakar dari Institut Jantung Negara (IJN) mengesahkan bahawa Nuh bebas daripada sebarang komplikasi akibat penyakit Kawasaki.

Pengajaran:

  1. Jangan sesekali mengambil mudah apabila anak mengalami demam panas yang berpanjangan, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat gejala seperti strawberry tongue. Segeralah membawa anak ke hospital untuk mendapatkan pengesahan dan rawatan yang sewajarnya.

  2. Sebagai ibu bapa, kita pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Namun, kadangkala emosi keibubapaan boleh mengaburi pertimbangan klinikal kita – terutamanya apabila kita sendiri mempunyai latar belakang perubatan. Maka, jangan segan untuk mendapatkan pandangan pakar luar demi memastikan anak kita menerima rawatan yang terbaik dan paling tepat.

Kesimpulannya, penyakit Kawasaki mungkin jarang berlaku, tetapi ia boleh membawa risiko besar kepada jantung jika tidak dirawat segera. Naluri ibu bapa memang penting, tetapi jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor.

Kadangkala sebagai ibu bapa, kita mungkin teragak-agak atau rasa ragu, tetapi tindakan segera boleh menyelamatkan nyawa.

Ahmad Najmee

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Penyakit Kawasaki Pada Anak, Ibu Sila Waspada Jika Anak Demam Lebih 4 Hari & Naik Ruam!

Baca juga: Penyakit Kawasaki Jika Lambat Dirawat Boleh Jejaskan Jantung Anak! Apa Gejala Yang Kita Perlu Tahu?

Baca juga:  Baby 8 Bulan MAUT, Awalnya Alami Gejala Kawasaki Selepas Dijangkiti Covid-19

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham