TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Penyakit Kawasaki Jika Lambat Dirawat Boleh Jejaskan Jantung Anak! Apa Gejala Yang Kita Perlu Tahu?

4 min bacaan
Penyakit Kawasaki Jika Lambat Dirawat Boleh Jejaskan Jantung Anak! Apa Gejala Yang Kita Perlu Tahu?

Ibu ini berkongsi tentang gejala penyakit kulit Kawasaki untuk meningkatkan kesedaran supaya ibu bapa lain tahu bahayanya penyakit ini jika tidak dikesan awal. Mari ketahui apakah itu penyakit Kawasaki!

3 hari berturut-turut anak lelakinya, Caleb (6 tahun) demam disertai dengan ruam, kelesuan, sakit mulut, dan tidak berselera makan. Ibunya, Annie Ingles tidak sangka anaknya itu menghidap penyakit kulit Kawasaki.

Selepas suaminya perasan titik-titik pelik  yang penuh dengan air pada lidah anak mereka, Annie mula curiga. Dia terus menelefon doktor pakar dan menghantar gambar lidah anaknya. Doktor memberitahu Caleb mungkin menghidap penyakit kulit Kawasaki.

“Kami rasa sungguh lega kerana penyakit itu dapat dikesan dari awal untuk mengelak kerosakkan pada jantung,” kata Annie kepada theAsianparent.

Dia telah berkongsi pengalamannya di Facebook dengan harapan ceritanya boleh meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini yang jarang berlaku. 

Ibu bapa perlu tahu penyakit ini sangat berbahaya dan boleh memberi kesan seumur hidup jika tidak dirawat dari awal. 

Mereka telah menjalani ujian darah CBC (Complete blood count) and ujian gema 2D keesokan harinya, dan keputusan ujian mengesahkan diagnosis awal doktor.

Caleb menghidap penyakit kulit Kawasaki.

Apakah Itu Penyakit Kulit Kawasaki?

penyakit kulit kawasaki

Kredit: eMedicineHealth

Penyakit ini menjejaskan bahagian mulut, kulit, dan nodus limfatik. Punca penyakit ini tidak diketahui dan ia selalu menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Apabila gejala-gejalanya dikesan awal, kanak-kanak boleh pulih dengan cepat dan dalam hanya beberapa hari sahaja. Tapi kalau tidak dirawat sehingga 10 hari selepas mulanya gejala penyakit ini, jantung mereka boleh terjejas.

Komplikasi termasuklah keradangan saluran darah yang sangat membahayakan jika merebak ke arteri jantung. Ia juga boleh memberi kesan kepada corak denyutan jantung normal, seperti aritmia serta fungsi injap jantung yang tidak normal.

Bagaimana Untuk Mengetahui Anak Saya Ada Penyakit Kulit Kawasaki?

penyakit kulit kawasaki

Kredit: Country News Center

Doktor memberi contoh tindak balas badan terhadap keradangan ini adalah seperti tanda demam dan nodus limfatik yang bengkak. Selepas keradangan itu reda, organ-organ badan akan kembali pulih kecuali jantung kanak-kanak itu.

Oleh sebab jantung kanak-kanak itu masih berdenyut dengan cepat, penyakit Kawasaki boleh menyerang arteri dan organ jantung. 

Jika tidak dirawat, arteri akan menjadi radang dan boleh menyebabkan aneurisme dan serangan jantung apabila anak sudah dewasa nanti. Tanda-tanda penyakit ini mengikut fasa. Fasa pertama adalah demam yang lebih lama dari 5 hari. Fasa ini boleh berlanjut sehingga 2 minggu.

Caleb telah menunjukkan tanda awal, yang lebih dikenali sebagai “strawberry tongue” di mana rupa lidah kanak-kanak itu seperti buah strawberi.

Berikut adalah gejala lain yang ibu bapa perlu tahu:

Penyakit Kawasaki Jika Lambat Dirawat Boleh Jejaskan Jantung Anak! Apa Gejala Yang Kita Perlu Tahu?

Kredit: Kawasaki Research Foundation

  • mata jadi merah 
  • ruam pada dada, perut, dan alat kelamin
  • mulut kering dan berwarna merah
  • sakit tekak
  • bengkak pada tapak tangan dan kaki (warna ungu kemerahan)
  • nodus limfatik yang bengkak 

Sebaik sahaja kanak-kanak memasuki fasa kedua penyakit ini, sebahagian besar tangan dan kaki mereka boleh mula mengupas.

Ini juga boleh disertai dengan cirit-birit, muntah-muntah, sakit sendi dan sakit perut.

Bagaimanakah Penyakit Ini Boleh Dirawat?

Ibu bapa perlu tahu penyakit ini terdapat 2 jenis —tipikal dan atipikal. Penyakit Kawasaki tipikal menunjukkan semua gejala yang sama seperti jenis atipikal, kecuali satu tanda.

Kes Caleb didiagnosis sebagai atipikal kerana demamnya tidak teruk dan dia tidak mengalami nodus limfatik yang bengkak. Rawatan perlu dijalankan tidak kurang dari 10 hari demam kanak-kanak itu mula, untuk mengelakkan kesan kepada jantung. 

Cara rawatan:

  • Dos gamma globulin secara intravena
  • Dos tinggi Aspirin untuk mengurangkan komplikasi jantung 

Caleb telah melakukan kedua-dua jenis rawatan dan rawatannya tidak murah kerana dos ubat dikira mengikut berat badan pesakit kanak-kanak.

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Pengajaran Selepas Pengalaman Penyakit Ini? 

  1. Penyakit Kawasaki berbahaya apabila tidak dikesan awal dan dirawat. Ia boleh mendatangkan kesan seumur hidup apabila anak dewasa.
  2. Jangan pandang ringan tanda-tanda penyakit.
  3. Pastikan doktor anda doktor yang berwibawa, teliti dan jenis yang akan mempertimbangkan semua kemungkinan. Yang paling penting, mereka mesti tahu cara bertindak cepat.
  4. Jangan fikir penyakit in tidak mungkin melanda kanak-kanak yang anda kenal.
  5. Baca dan menimba ilmu untuk membantu anda. Sediakan wang yang cukup kerana proses rawatan akan memerlukan banyak wang dan mengambil masa yang lama.
  6. Tiada soalan kerisauan yang tidak munasabah. Oleh itu, jangan teragak-agak untuk bawa anak jumpa pakar kerana pengesanan awal adalah penting.

Sumber: Annie Ingles, Kid’s Health dan Heart.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Anak Demam Ibu Google Saja Untuk Merawat, 6 Hari Lepas Itu Disahkan Hidap Kawasaki!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Penyakit Kawasaki Jika Lambat Dirawat Boleh Jejaskan Jantung Anak! Apa Gejala Yang Kita Perlu Tahu?
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham