X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Demam Ibu Google Saja Untuk Merawat, 6 Hari Lepas Itu Disahkan Hidap Kawasaki!

22 Jan, 2020
Anak Demam Ibu Google Saja Untuk Merawat, 6 Hari Lepas Itu Disahkan Hidap Kawasaki!

Akibat merawat anak dengan carian dalam Google sahaja, ibu ini terkejut bila penyakit anaknya semakin serius dan tak sembuh-sembuh.

Boleh dikatakan sekarang ini kalau nak info atau maklumat apa sekalipun semuanya pakai Google. Tak kisahlah tentang cara nak masak, tanda tanda sakit, cara nak jaga bayi baru lahir, tips keibubapaan atau apa sahaja semuanya boleh dapat dari sini.

Namun, kita tidak menafikan laman Google sememangnya memudahkan pengguna internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Tapi kita haruslah menggunakannya dengan cara yang berhemah terutama jika ia membabitkan nyawa dan kesihatan manusia.

Nak Google itu boleh tapi pastikan anda bertanyakan kesahihannya dengan doktor terlebih dahulu supaya tiada implikasi yang boleh berlaku.

Hal ini kerana, jika tersalah info ia boleh membawa kepada kesan buruk seperti menjadi antivaksin, anti perubatan moden, ketidakpercayaan kepada hospital dan sebagainya.

Malah dengan carian info yang salah itu boleh menyebabkan kematian yang tidak disengajakan, kemudaratan dan kesan bahaya yang lain.

Seorang ibu biarkan anak pulih dengan sendiri

tanda tanda sakit

Perkara yang menakutkan ini telah terjadi di Taiwan apabila seorang ibu mencari rawatan untuk mengatasi anaknya yang demam.

Kemudian, dia terjumpa satu laman web yang menyarankan agar dia membiarkan anaknya itu di rumah supaya pulih secara semulajadi.

Menurut laman web itu lagi, ibu bapa tidak perlu bimbang jika anak demam kerana ia hanyalah seketika dan sistem imun badan mereka akan pulih sendiri. Tapi ibu bapa hanya perlu berhati-hati untuk beberapa hari. Kemudian semuanya akan menjadi baik.

Anak mulai tunjuk tanda tanda sakit

anak sakit

Selepas dua hari kemudian, anaknya mulai mengalami tanda tanda sakit atau simptom “strawberry tongue” dan ibunya sekali lagi membuat beberapa pencarian di Google dan mendapati anaknya mungkin mengalami simptom adenovirus, demam scarlet atau penyakit kawasaki.

Pada ketiga-tiga penyakit itu, wanita ini mengesyaki yang anaknya terkena penyakit adenovirus.

Disebabkan tiada vaksin yang diperlukan bagi merawat penyakit ini, jadi dia membiarkan sahaja anaknya berehat di rumah di bawah pemerhatiannya.

Dua hari kemudian, kelihatan ruam pada kulit badan anaknya tapi dia masih tak risau akan keadaan yang berlaku itu dan tetap tidak membawanya ke hospital ataupun klinik.

Selepas enam hari, kanak-kanak itu mengalami demam panas lalu membuatkan ibunya risau tapi tetap tidak membawanya ke klinik untuk berjumpa doktor.

Namun, dia masih meneruskan pencarian di internet dan kali ini mengesyaki anaknya itu menghidap penyakit kawasaki lalu dia segera membawanya ke hospital.

Mangsa hidap penyakit kawasaki

penyakit kawasaki

Selepas menerima rawatan di hospital, doktor menjelaskan bibir pesakit pecah, merah. Selain itu, tapak tangan, kaki dan mata juga turut menjadi merah serta lidah ditumbuhi bintik-bintik.

Lantas doktor mengatakan mangsa menghidap penyakit kawasaki selepas menjalankan beberapa pemeriksaan lanjut.

Kini, anaknya itu ditahan di wad hospital dan perlu menjalani rawatan untuk merawat masalah jantungnya.

Akan tetapi punca dia mendapat penyakit itu masih boleh diketahui secara terperinci.

Walaubagaimanapun, penyakit kawasaki ini biasanya dialami oleh kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun.

Ia berpunca disebabkan kelemahan sistem imun badan dan faktor genetik.

Apa nak buat bila anak demam?

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids

Sebelum itu, ibu bapa perlu tahu demam ini biasanya terjadi apabila berlakunya perkara seperti berikut:

  • Anak terkena jangkitan kuman sama ada virus ataupun bakteria.
  • Si kecil mungkin nak pandai buat sesuatu kerana badan mereka mungkin mengalami sedikit tekanan.
  • Selalu berjemur atau bermain di tengah panas dengan terlalu lama.
  • Mungkin berlaku sesuatu perkara seperti terjatuh dari katil, jatuh basikal dan lain-lain.
  • Selepas mengambil imunisasi atau vaksinasi.

Atas sebab itu, setiap rumah yang mempunyai anak kecil digalakkan untuk membeli satu termometer supaya dapat memantau suhu badan anak.

Mula-mula sekali anda perlu memeriksa suhu badan anak menggunakan termometer tersebut sama ada ia berada dalam suhu berbahaya atau tidak. Jika lebih daripada 38.5 ini bermakna anak sedang mengalami demam tinggi.

Kemudian. berikan ubat demam kepada anak mengikut dos yang sepatutnya sekurang-kurangnya 6 ke 8 jam sehari.

Selepas itu,  setiap setengah jam periksa suhu anak sama ada turun, tetap sama atau semakin naik.

Lepas itu, buka semua baju anak tapi pakaikan dengan yang lebih nipis atau berlubang supaya haba panas keluar.

Paling tidak, anda boleh juga mandikan atau lap badan mereka dengan air biasa.

Anak Demam Ibu Google Saja Untuk Merawat, 6 Hari Lepas Itu Disahkan Hidap Kawasaki!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sinar. My, World of buzz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Penyakit kawasaki jika lambat dirawat boleh menjejaskan jantung anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Demam Ibu Google Saja Untuk Merawat, 6 Hari Lepas Itu Disahkan Hidap Kawasaki!
Kongsikan:
  • Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

    Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

  • Baby 8 Bulan MAUT, Awalnya Alami Gejala Kawasaki Selepas Dijangkiti Covid-19

    Baby 8 Bulan MAUT, Awalnya Alami Gejala Kawasaki Selepas Dijangkiti Covid-19

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

    Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

  • Baby 8 Bulan MAUT, Awalnya Alami Gejala Kawasaki Selepas Dijangkiti Covid-19

    Baby 8 Bulan MAUT, Awalnya Alami Gejala Kawasaki Selepas Dijangkiti Covid-19

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.