7 tanda awal kanser yang wanita mungkin salah anggap sebagai simptom mengandung

Tahukah anda kadang-kadang, tanda awal kanser payudara atau kanser ovari boleh nampak seperti tanda tanda mengandung? Ini 7 tanda yang sering disalah erti.
7 tanda tanda mengandung yang mungkin tanda awal kanser
Memang excited kalau kita tahu yang kita hamil dengan melihat beberapa tanda tanda mengandung. Tapi, tahukah anda yang kanser payudara atau kanser ovari juga boleh menunjukkan tanda-tanda awal yang sering disalah erti sebagai tanda mengandung?
Kami bukan ingin menakutkan anda, tapi anda perlu mengetahui ilmu ini agar anda boleh menjaga kesihatan diri sendiri dan mendapatkan pertolongan dari doktor dengan sewajarnya.
Jadi mari kita tengok apakah 7 tanda tanda mengandung yang mungkin sebenarnya adalah tanda awal kanser ini:
1. Ujian kehamilan yang positif
Kredit: radio.wosu.org
Dalam kes yang mungkin jarang berlaku, ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif (anda hamil, yay!) boleh menjadi tanda awal kanser. Hal ini kerana ujian kehamilan tersebut mengesan hormon yang digelar sebagai hCG.
Jika ada hormon hCG, maka wanita itu hamil. Namun, hormon hCG juga hadir dalam tubuh individu yang didiagnosis dengan kanser. Jadi, mungkin ujian kehamilan positif adalah petanda awal kanser!
Apa yang penting adalah anda perlu melakukan ujian saringan dengan doktor.
2. Kaki bengkak
Salah satu tanda tanda mengandung yang harus dialami oleh semua ibu hamil adalah masalah kaki bengkak. Ini terjadi kerana badan menghasilkan lebih banyak darah dan cecair untuk melindungi bayi dalam kandungan.
Namun, kaki bengkak juga adalah petanda praeklampsia. Praeklampsia selalunya menyerang wanita yang sudah hamil selama 20 minggu ke atas. Ia boleh menyebabkan masalah jantung dan kegagalan hati berfungsi.
30% wanita yang menghidap praeklampsia akan terkena kanser, jadi amat penting untuk ibu-ibu hamil di luar sana mendapatkan pemeriksaan doktor pakar agar mereka mampu memantau kesihatan anda.
3. Darah sedikit semasa hamil (spotting)
Kredit: YouTube
Kira-kira 20% wanita hamil mengadu mereka mengalami spotting atau pendarahan ringan ketika 12 minggu pertama kehamilan. Sebenarnya, spotting memang biasa berlaku, terutamanya dalam trimester terakhir.
Tapi, spotting juga adalah salah satu tanda awal kanser serviks yang ramai wanita tidak sedar! Ini kerana mereka menganggap spotting adalah pendarahan "biasa".
Jadi, anda kena lebih peka dengan kesihatan anda, ya!
4. Sakit di bahagian bawah perut
Kredit: verywell.com
Sakit di bahagian bawah perut adalah tanda tanda mengandung yang biasa terjadi. Ini kerana bayi sedang membesar dalam kandungan wanita.
Namun dalam sesetengah kes, sakit di bahagian bawah perut adalah petanda bengkak atau pembentukan cecair yang mengakibatkan kanser perut, malah juga kanser serviks.
Maka, jika ketika hamil, anda asyik mengalami rasa sakit yang sungguh tajam di sekitar perut/abdomen anda, segera dapatkan rawatan doktor pakar untuk mengenalpasti punca kesakitan tersebut.
5. Mual dan pening (morning sickness)
Kredit: Pregnancy & Baby
Satu lagi tanda tanda mengandung adalah rasa mual dan pening, atau lebih dikenali sebagai morning sickness. Ia selalu sangat terjadi pada wanita hamil, hingga ia dianggap sebagai normal.
Namun, morning sickness juga boleh menjadi tanda awal untuk kanser perut dan kanser usus.
6. Tambah berat badan
Kredit: TheHealthSite.com
Pertambahan berat badan ketika mengandung adalah normal, kerana janin sedang membesar dalam kandungan anda.
Namun, pertambahan berat badan juga kadang kala merupakan tanda awal untuk kanser ovari. Ini kerana jika anda terkena kanser ovari, tumor boleh membesar dengan cepat dalam abdomen wanita, yang membuatkan pertambahan berat badan.
7. Asyik terlupa
Wanita hamil akan sinonim dengan masalah cepat lupa atau pelupa. Namun biasanya lepas bersalin nanti, ingatan anda akan kembali seperti sediakala.
Kalau tak kembali juga, anda boleh cuba 2 trik mudah ini untuk tidak jadi pelupa ketika hamil.
Akan tetapi, ada masalah juga jika anda asyik terlupa. Ia mungkin adalah petanda awal untuk kanser otak, kerana kimia dalam otak anda diubahsuai hingga anda menjadi pelupa.
Apa yang penting di sini adalah anda harus sentiasa peka dengan kesihatan diri sendiri. Lakukan pemeriksaan dengan doktor pakar jika anda risau dengan sesuatu simptom yang dialami.
Kami di theAsianparent mendoakan yang terbaik untuk semua ibu-ibu hamil di luar sana. Semoga anda sentiasa dilindungi-Nya.
Artikel diterjemah daripada theAsianparent Philippines
Kredit gambar: MGH Center for Women's Mental Health
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Babygaga.com, Ovarian-cancer-survivors.org
Baca juga:
Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!
16 tanda anda hamil dah masuk tiga hari -- No.9 paling senang nak tahu!
4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!