Sarapan adalah sajian yang paling penting kerana ia membantu menyegarkan badan dan memberi tenaga sepanjang hari.
Tapi, bagaimana kalau kajian mengatakan sarapan pilihan seperti bijirin dan oat sebenarnya tak selamat? Satu kajian mengatakan yang beberapa jenama oat sebenarnya adalah punca kanser!
Oat punca kanser? Hasil kajian baru merisaukan ibu bapa
Satu kajian oleh Environmental Working Group (EWG) baru-baru ini telah mengkaji tahap glyphosate dalam 61 produk yang diperbuat daripada oat termasuk granola dan bar granola.
Glyphosate adalah kimia yang biasanya digunakan untuk membunuh rumpai dan serangga perosak. Ia bertanggungjawab membunuh racun perosak yang dipanggil Roundup di Amerika Syarikat.
Menurut WHO, tak mustahil yang glyphosate dapat mencetus kanser pada manusia. Oleh sebab ini, Agensi Pelindung Persekitaran telah menetapkan had penggunaan kimia toksik tersebut jika ia melibatkan pengeluaran makanan.
Malangnya, ini merupakan perkara yang normal bagi peladang untuk merawat tanaman mereka dengan Roundup bagi mengekalkan kesegaran dan rupa produk yang kelihatan rangup.
Hampir 100,000 Roundup disembur ke tanaman di Amerika Syarikat setiap tahun.
Oleh itu, ia bukanlah satu perkara yang pelik apabila EWG menemui perkara ini dalam kajian mereka:
- 43 dari 45 produk dibuat menggunakan oat yang mengandungi glyphosate.
- 31 dari 43 produk mempunyai tahap yang lebih tinggi dari yang dicadangkan oleh EPA.
Apa yang merisaukan, 5 produk yang dipanggil organik juga mengandungi glyphosate!
Walaupun kajian ini telah menemui glyphosate dalam oat yang kita makan, gysophate merupakan punca kanser bukan satu berita yang lama.
Baru minggu lepas, Monsanto, syarikat yang mengeluarkan Roundup telah mengalami kerugian yang banyak.
Seorang lelaki yang dikatakan mendapat kanser kekal dari Roundup telah berjaya menyaman mereka dan Roundup diarah untuk membayarnya dengan pampasan sebanyak RM 1 billion.
Jenama apa yang telah disahkan boleh jadi punca kanser?
EWG telah mempertimbangkan produk yang mempunyai 160 bahagian per billion glaphosate adalah selamat untuk dimakan kanak-kanak. Tapi banyak produk yang melebihi had ini.
Salah satunya termasuk Quaker Old Fashioned Oats, yang puratanya mempunyai 900-1000 bahagian per billion glyphsate.
Quaker Dinosaur Eggs and Brown Sugar Instant Oatmeal, merupakan kedua tertinggi kandungan glyphosate iaitu 700 bahagian per billion.
Satu lagi pilihan sarapa biasa adalah Cheerios, yang mempunyai 500 bahagian per billion glyphosate menurut laporan.
Ini adalah senarai penuh produk yang dikeluarkan oleh website EWG yang menunjukkan sampel produk yang mereka uji yang boleh menyebabkan bahaya:
Senarai produk yang berkemungkinan ada toksik
- Back to Nature Classic Granola
- Quaker Simply Granola Oats, Honey, Raisin and Almonds
- Back to Nature Banana Walnut Granola Clusters
- Nature Valley Granola Protein Oats ‘n Honey
- Giant Instant Oatmeal Original Flavor
- Quaker Dinosaur Eggs, Brown Sugar, Instant Oatmeal
- Great Value Original Instant Oatmeal
- Umpqua Oats, Maple Pecan
- Market Pantry Instant Oatmeal, Strawberries & Cream
- Cheerios Toasted Whole Grain Oat Cereal
- Lucky Charms frosted toasted Oat cereal with marshmallows (but the marshmallows were removed prior to glyphosate testing)
- Barbara’s Multigrain Spoonfuls, Original, Cereal
- Kellogg’s Cracklin’ Oat Bran oat cereal
- Nature Valley Crunchy Granola Bars, Oats ‘n Honey
- Quaker Steel Cut Oats
- Bob’s Red Mill Steel Cut Oats
Produk yang ada glyphosate tapi dalam kuantiti yang selamat:
- KIND Vanilla, Blueberry Clusters with Flaxseeds
- KIND Oats & Honey with Toasted Coconut
- Quaker Chewy Chocolate Chip granola bar
- Kellogg’s Nutrigrain Soft Baked Breakfast Bars, Strawberry
- Nature’s Path Organic Old Fashioned Organic Oats
- Whole Foods Bulk Bin conventional rolled oats
- Bob’s Red Mill Organic Old Fashioned Rolled Oats
Produk yang bebas glyphosate
- Nature’s Path Organic Honey Almond granola
- Simple Truth Organic Instant Oatmeal, Original
- Kashi Heart to Heart Organic Honey Toasted cereal
- Cascadian Farm Organic Harvest Berry, granola bar
- 365 Organic Old-Fashioned Rolled Oats
Kami harap artikel ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih baik tentang sarapan yang diambil oleh anak anda.
Jika anda mahukan kelainan dalam sarapan, anda boleh cuba resipi ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber asal ditulis oleh Kevin Wijaya, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
4 Resipi Menu Sarapan Pagi Lazat & Tidak Memakan Masa Lama Untuk Anak Picky Eater
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!