TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

5 min bacaan
Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

Keselamatan kanak-kanak di rumah perlu menjadi keutamaan ibu ayah kerana sifat mereka yang suka meneroka boleh membahayakan nyawa

Memiliki balkoni di rumah memang satu kelebihan udara segar, ruang santai, dan pemandangan yang menenangkan. Tetapi jika anda mempunyai anak kecil, balkoni boleh menjadi zon bahaya sekiranya aspek keselamatan kanak-kanak di rumah diabaikan.

Justeru ada beberapa langkah keselamatan kanak-kanak di rumah yang ada balkoni, ibu ayah dan seluruh penghuni rumah perlu tahu.

Malang sememangnya tidak berbau, dan insiden melibatkan terjatuh dari balkoni bukan sesuatu yang jarang berlaku di Malaysia.

Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni

Menurut portal PDRM, Sebanyak 195 kanak-kanak bawah 12 tahun meninggal dunia akibat kecuaian penjaga termasuk ibu bapa direkodkan polis dalam tempoh 2021 hingga September 2022.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkata, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang cuai sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, emosi atau kematian kanak-kanak.

Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM Dr Farah Nini Dusuki berkata, kes-kes itu bukanlah kemalangan tetapi kesalahan serius di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].

Kesalahan kecuaian sehingga mengakibatkan kematian boleh diambil tindakan di bawah seksyen 31(1)(a) dan seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Mengikut seksyen itu, mana-mana individu, ibu bapa, atau penjaga yang didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Justeru berikut beberapa langkah keselamatan kanak-kanak di rumah yang ada balkoni, ibu ayah perlu praktikkan:

1. Jauhkan Perabot Dari Tingkap Atau Balkoni

Salah satu naluri kanak-kanak adalah suka memanjat untuk melihat sesuatu dari sudut yang lebih tinggi atau sekadar menguji kemampuan mereka. Oleh itu, jika terdapat kerusi, meja, atau bangku diletakkan berdekatan dengan pagar balkoni, ini sebenarnya meningkatkan risiko anak memanjat dan jatuh.

Malah, jika ruang balkoni kecil dan sempit, lebih baik jangan letakkan perabot langsung di situ. Sekiranya mahu gunakan balkoni untuk duduk bersama tetamu, letakkan kerusi hanya apabila digunakan dan alihkan selepas itu. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan anak menggunakan perabot sebagai ‘tangga’ untuk memanjat pagar.

2. Pastikan Jarak Palang Pagar Balkoni Tidak Melebihi Had Selamat

Pagar balkoni yang kukuh dan selamat sangat penting untuk mengelakkan anak terjatuh. Jarak antara palang pagar tidak boleh terlalu luas supaya anak kecil tidak boleh merangkak atau melepasi celah tersebut. Secara umum, jarak yang selamat adalah tidak melebihi 10 cm (4 inci).

Selain itu, ketinggian pagar juga memainkan peranan penting; ia perlu cukup tinggi sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki) agar anak tidak mudah memanjat atau melompat melepasi pagar tersebut.

Jika rumah anda mempunyai balkoni bertingkat, walaupun bukan di kondominium, wajib ada pagar penghadang yang memenuhi standard keselamatan ini.

3. Pintu Balkoni Sentiasa Dikunci dengan Dua Lapisan Keselamatan

Kanak-kanak zaman sekarang sangat pintar dan cepat belajar. Walaupun masih kecil, mereka mungkin sudah tahu cara membuka pintu gelangsar balkoni jika ia tidak dikunci dengan baik. Oleh sebab itu, hanya mengunci pintu sekali tidak cukup.

Pasang dua jenis kunci berbeza agar sukar untuk anak membuka pintu tanpa pengawasan. Contohnya, selain kunci biasa, anda boleh letakkan papan penyekat di landasan pintu gelangsar supaya pintu tidak mudah dibuka. Ini adalah langkah mudah tetapi berkesan untuk menghalang anak keluar bermain di balkoni tanpa penjagaan.

4. Kawasan Balkoni Perlu Bebas Dari Mainan dan Objek Menarik

Satu lagi faktor yang boleh menyebabkan anak menuju ke balkoni adalah adanya mainan menarik perhatian di situ.

Jika ada mainan kegemaran diletakkan dekat balkoni, anak mungkin akan cuba mengakses kawasan itu secara sendiri untuk mengambil mainan tersebut. Oleh itu, pastikan balkoni sentiasa kosong dari benda yang boleh menarik perhatian anak, supaya mereka tidak mempunyai alasan untuk bermain atau keluar ke kawasan tersebut tanpa pengawasan.

5. Pentingnya Pengawasan Rapi Dari Ibu Bapa dan Penjaga

Walaupun semua langkah keselamatan fizikal telah diambil seperti memasang jeriji yang kukuh, kunci berganda dan menjaga kawasan balkoni daripada perabot, pengawasan langsung daripada ibu bapa tetap paling penting. Jangan sesekali meninggalkan anak kecil sendirian di balkoni walaupun untuk seketika.

Kejadian jatuh dari balkoni boleh berlaku dalam masa beberapa saat tanpa kita sedari. Sentiasa berada dekat dengan anak apabila mereka berada di kawasan berisiko ini.

6. Keselamatan Di Dapur

Dapur sangat berbahaya untuk anak kerana ada pisau tajam, api dan bahan pembersih. Simpan peralatan tajam, pemetik api, dan bahan kimia jauh dari jangkauan anak.

Pasang pelindung dapur supaya anak tak boleh sentuh api atau tombol dapur. Pastikan periuk dialihkan ke dalam, dan elak anak terlanggar sudut meja dengan pengadang sudut.

Jangan lupa simpan alatan bahaya seperti gunting, pemetik api dan plag elektrik supaya anak tidak tersalah pegang atau tersentuh.

7. Keselamatan di Bilik Air

Bilik air licin dan berisiko lemas walaupun dalam air cetek. Letak tikar getah anti-gelincir, terutama di kawasan pancuran dan tab mandi.

Pasang alat kawal suhu air supaya air tidak terlalu panas. Paling penting, jangan tinggalkan anak seorang diri di bilik air kerana risiko kemalangan boleh berlaku dengan cepat.

8. Pendidikan Keselamatan Untuk Anak Dari Awal

Selain daripada langkah fizikal, mengajar anak tentang bahaya balkoni juga penting. Dengan pendekatan yang mudah dan sesuai dengan umur mereka, ibu bapa boleh mulai menerangkan bahawa balkoni bukan tempat untuk bermain tanpa pengawasan.

Anak yang faham risiko akan lebih berhati-hati dan mungkin mengurangkan keinginan mereka untuk memanjat pagar atau bermain di tempat berbahaya.

Kesimpulannya, keselamatan kanak-kanak di rumah bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, apatah lagi apabila melibatkan kawasan berisiko seperti balkoni.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap sudut rumah termasuk balkoni adalah selamat untuk seluruh keluarga.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Valet Work

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Detik Hitam Anak 1 Tahun Tertonggeng Dalam Baldi, Badan Dah Lembik

Baca juga: Bahaya Beri Gadjet/Tablet Pada Bayi Bawah 2 Tahun, Boleh Ganggu Perkembangan Fizikal & Kognitif!

Baca juga: Bayi Jatuh Katil Amat Bahaya, Ibu Waspada Jika Anak Muntah, Demam & Lemah

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya
Kongsikan:
  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham