X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 5 Bulan Ke Atas Sudah Pandai Bergolek, Ibu Sila Waspada Jika Anak Terjatuh Katil!

4 min bacaan
Bayi 5 Bulan Ke Atas Sudah Pandai Bergolek, Ibu Sila Waspada Jika Anak Terjatuh Katil!

Ramai ibu ayah mengakui rasa bimbang setelah anak semakin membesar kerana perlu sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan bayi jatuh dari katil ketika tidur

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik bayi yang baru dilahirkan pada suatu ketika dahulu kini sudah membesar dengan sihat dan comel. Walau bagaimanapun seiring pertambahan usia mereka, ibu ayah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada akan risiko anak jatuh katil atau jatuh terlentang.

Apabila berdepan dengan situasi ini, pastinya ibu ayah menjadi tidak keruan dan panik. Ini kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan dalaman dan tidak boleh dikesan dengan mata kasar.

Bayi semakin membesar, ibu ayah perlu sentiasa berjaga-jaga akan risiko anak jatuh katil semasa tidur

bayi jatuh

credit to sources

Bukan mudah untuk menjaga anak yang masih kecil. Meskipun sudah waspada setiap masa, namun jika ia ditakdirkan untuk berlaku, ia akan tetap berlaku walaupun si manja berada di depan mata anda.

Di Malaysia kebanyakan anak yang masih kecil tidur lena bersama ibu ayah. Ia amat berbeza dengan negara luar kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi lagi.

Tidak kira anda melihat dengan mata sendiri si manja terjatuh dan segera menyelamatkannya atau hanya sedar setelah mendengar bunyi objek terjatuh, semestinya sudah cukup mendatangkan rasa bersalah dalam diri.

Justeru ini 5 langkah mudah yang para ibu perlu buat:

#1. Mengangkat bayi dengan secepat mungkin

Apabila anak jatuh, sudah tentu ia memberikan impak terhadap fizikal si manja tanpa anda dapat mengesannya dengan baik. Kebiasaannya, bayi yang jatuh akan meraung dan terkejut. 

Keadaan menjadi bertambah buruk sekiranya mereka terkejut mendengar jeritan ibu ketika melihat si manja terjatuh. Justeru, cara pertama paling penting untuk anda lakukan ialah segera mengangkat dan mendukungnya.

Berikan kucupan dan usap-usaplah tubuh si manja untuk memberikan sedikit ketenangan kepadanya.

#2. Lakukan pemeriksaan

tips bayi jatuh katil

credit to sources

Apabila bayi yang jatuh sudah kembali tenang, ibu ayah dinasihatkan untuk memeriksaan bahagian kepada dan tubuh badan yang lain. Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda kecederaan, benjolan, luka atau pendarahan yang teruk, segeralah untuk membawanya berjumpa doktor.

Elakkan terus memeriksa badan si manja ketika mereka masih lagi menangis kerana anda mungkin terpaksa berdepan kesukaran untuk melakukannya. Bagi merawat benjolan di rumah, ibu boleh cuba merendamkan sehelai kain bersih menggunakan air suam dan tuamkan pada bahagian tersebut.

Jangan sesekali menggunakan sebarang minyak atau krim kerana ia boleh mendatangkan masalah kerengsaan kulit.

#3. Beri minum susu

Sekiranya ibu ayah berjaya melakukan kedua-dua langkah di atas tanpa sebarang masalah, anda boleh terus menyusukan si manja sama ada susu badan ataupun susu formula.

Ini bagi membolehkan bayi berasa kenyang dan memudahkan proses melelapkan mata dengan segera.

#4. Elakkan aktiviti yang lasak

Dalam keadaan tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil mereka mungkin cenderung berasa mengantuk dan kehilangan daya tumpuan. Ini kemungkinan disebabkan oleh rasa sakit pada bahagian kepala atau leher yang berterusan bagi tempoh masa beberapa hari.

Bukan itu sahaja, anda mungkin juga tidak perlu berasa risau sekiranya si manja menunjukkan diri aktif seperti biasa. Namun pastikan mereka memperoleh waktu rehat yang mencukupi.

Untuk sementara waktu, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak. Jika ibu menyedari bahawa berlaku perubahan pada pola tidur si manja, segera dapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak.

#5. Kenal pasti tanda-tanda bahaya

cara berdepan anak jatuh

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Meskipun si manja anda sudah berhenti menangis atau merengek, namun jangan menarik nafas lega lagi ya ibu! Hal ini kerana anda perlulah mengenal pasti tanda-tanda tidak normal yang dialami oleh bayi setelah dia terjatuh katil.

Antaranya ialah:

  1. Muntah-muntah
  2. Menangis kerap dan nyaring
  3. Pengsan
  4. Kekejangan pada wajah
  5. Keluar darah atau cecair kuning dari hidung dan telinga
  6. Mengalami kekejangan pada wajah
  7. Ada bahagian tubuh badan tidak boleh digerakkan

Justeru sekiranya anda mengalami situasi ini, usahlah terlalu panik dan bawa bertenang. Adalah amat penting membawa bayi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Usia 2 Hari Terjatuh Akibat Ibu Terlalu Penat, Wahai Ibu Jangan Salahkan Diri Sendiri

Baca juga: Elfira Loy Menggigil Lihat Anak Terhantuk Sampai Benjol Kebiruan, Ini Parents Boleh Buat Bila Anak Terjatuh

Baca juga: Kanak-Kanak & Bayi Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Bayi 5 Bulan Ke Atas Sudah Pandai Bergolek, Ibu Sila Waspada Jika Anak Terjatuh Katil!
Kongsikan:
  • Bayi 9 Bulan Maut Lepas Terjatuh Dari Katil Ibu - Bahaya Biar Bayi Tidur Atas Katil Dewasa!

    Bayi 9 Bulan Maut Lepas Terjatuh Dari Katil Ibu - Bahaya Biar Bayi Tidur Atas Katil Dewasa!

  • Jangan Panik Bila Bayi Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu Dengan Cepat!

    Jangan Panik Bila Bayi Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu Dengan Cepat!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Bayi 9 Bulan Maut Lepas Terjatuh Dari Katil Ibu - Bahaya Biar Bayi Tidur Atas Katil Dewasa!

    Bayi 9 Bulan Maut Lepas Terjatuh Dari Katil Ibu - Bahaya Biar Bayi Tidur Atas Katil Dewasa!

  • Jangan Panik Bila Bayi Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu Dengan Cepat!

    Jangan Panik Bila Bayi Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu Dengan Cepat!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.