Tidak dinafikan ramai ibu ayah mengakui bahawa anak tidur bersama setiap malam walaupun sudah berusia 7 tahun. Sememangnya setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, namun hal yang jelas ialah kesan tabiat ini terhadap proses perkembangan si manja.
Dalam ajaran Islam, anak kecil sebelum baligh hendaklah diajarkan untuk meminta izin sekiranya ingin memasuki ruang tidur ibu ayah. Peraturan ini perlu dilaksanakan dalam rumah tangga. Jika masih tidur bersama, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab ini?
Anak tidur bersama dengan ibu ayah ada efek buruk
credit to sources
Melalui laman Twitter bernama Firdaus Mokhtar, telah berkongsi kisah benar tentang seorang gadis mengalami ketagihan seks melampau (hypersexual disorder) yang dipercayai bermula daripada rumahnya sendiri.
”Saya mula buat hubungan seks pada umur 16 tahun, dengan lelaki luar yang tidak kenal. Ini berterusan sampai saya habis sekolah dan masuk kolej,” luahnya dengan dahi berkerut dan suara perlahan.
”Keinginan untuk melakukan seks datang hampir setiap hari. Sekali buat, saya mampu bertahan lama sehingga 8 jam. Kalau 6 jam itu dikira paling sedikit. Jadi saya sentiasa mencari ramai lelaki, hari ini orang lain dan esoknya orang lain.
”Jadi apa yang membuatkan awak datang ke sesi terapi?” soal Firdaus yang terkejut sambil membayangkan anak perempuannya di rumah.
Jawab gadis berkenaan, dia kemurungan. Kadang-kadang terfikir macam mana hendak meneruskan hidup sebegini. ”Saya tahu ia salah, tetapi tidak dapat mengawal nafsu sendiri. Bila jadi kemurungan sangat, saya akan kunci diri dalam bilik 2-3 hari. Waktu ini sahaja saya tidak mencari lelaki untuk melakukan hubungan,” ceritanya.
Baca juga: Patutlah Anak Selalu Meragam & Susah Tidur, Ramai Ibu Ayah Tidak Sedar 5 Kesilapan Ini!
Menyaksikan aksi intim ibu ayah setiap malam
Justeru disebabkan itulah dia cuba mencari jalan keluar terhadap tekanan diri. Apabila diselidik, gadis ini mengatakan bahawa dia mempunyai 7 orang adik beradik. Dia anak nombor 5.
Tinggal di rumah yang ada 3 bilik. Kakak dengan abang sudah mengambil bilik sorang satu. Jadi adik-adik lain kena tidur satu bilik dengan ibu ayah sampailah dia berumur lebih 12 tahun.
credit to sources
Tanpa ibu ayah sedar, inilah punca sebenar. Gadis berkenaan mengatakan sepanjang tidur sekali dengan ibu ayah, banyak kali dia tersedar sewaktu mereka melakukan hubungan suami isteri.
”Lebih 2 tahun anak ini menaahan keinginan untuk tahu, nak cuba buat apa yang dia biasa dengar dan curi-curi tengok waktu malam di bilik ibu ayah. Allahuakbar.” cerita Firdaus.
Asingkan tempat tidur anak seawal usia
Akibatnya, dia mula cuba-cuba dan melakukan hubungan seks buat pertama kali ketika berusia 16 tahun. Memang gila! Sejak itulah dia kerap melakukan benda ini sampailah sekarang.
Kawan-kawan yang baik, perasan tak Nabi kita ada menyebut anak-anak ini perlu diasingkan tempat tidur ketika mereka berusia 10 tahun. Inilah salah satu sebabnya.
Ada sesetengah ulama berkata sebaiknya asingkan tempat tidur anak lebih awal sekitar usia 5-6 tahun. Ia lebih baik jika mereka berlainan jantina. Hal ini kerana ketika memasuki usia 10 tahun, kanak-kanak sudah boleh berfikir dan mempunyai emosi sendiri.
Pembentukan naluri dan perasaan ingin tahu sangat tinggi ketika mereka sudah berumur 10 tahun. Anak juga ingin mencuba apa sahaja yang dilihat oleh mereka.
Kadang kita rasa macam ”Alah, budak tu kecil lagi. Tak tahu apa-apa”. Macam budak-budak lagi perangai dia.
Sebagai ibu ayah zaman moden ini, usahlah hendak berdalih dengan apa yang disarankan oleh Nabi kita ya! Setiap satunya pasti ada hikmah dan kepentingan tersendiri. Jika tidak tahu pasti akan ada keberkatannya juga.
Untuk kes gadis tadi, masih berada dalam follow up dengan pihak hospital. Kita doakan sama-sama semoga dia sembuh dan mendapat kekuatan untuk menjadi yang lebih baik pada kemudian hari.
Mungkin pada awalnya agak sukar untuk membiasakan anak kecil tidur sendiri di biliknya. Apa yang penting adalah mengajarkan mereka menggunakan teknik berkesan seperti membacakan buku cerita sehingga tertidur, menemani sebelum mereka melelapkan mata dan sediakan ganjaran kepada anak yang berani tidur berasingan.
Sumber: Firdaus Mokhtar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Isteri Cantik Tapi Suami Biasa-Biasa Saja, Namun Hubungan Tetap Utuh & Setia, Ini Rahsianya…
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!